Selasa, 29 Mei 2012

MULAKAN HARIAN ANDA DENGAN LEMON



Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.

Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

Selamat mencuba.

Sumber : Yahoo Malaysia.

Isnin, 28 Mei 2012

"JIRAN" DI KIRI KANAN


Di kiri kanan kita ada "jiran" yang tidak pernah berenggang dengan kita. Antara kita dengan mereka tiada dinding atau hijab. Antara kita dan mereka juga tiada rahsia. Mereka tahu segala nawaitu, ucapan dan perbuatan kita. Belum lagi sempat kita kemas kini status di dinding facebook, mereka terlebih dahulu mencatat. Pantas.

Apabila hati baru merancang melakukan kebaikan , mereka telah merekodkannya walaupun belum lagi buat. Belum buat telah diambil kira. Hebat sungguh komitmen mereka memastikan segala dairi hidup kita direkod secara sistematik dan tiada satu pun yang tertinggal.

Jika kita mampu berfikir sejenak, agak-agaknya "jiran" kita yang mana lebih sibuk?Jiran di sebelah kanan ataupun kiri? Jiran yang mencatat amalan yang baik ataupun buruk? Jiran yang bernama Raqib ataupun Atid?

Ada satu cadangan yang menarik yang boleh dikongsikan bersama. Boleh kita sama-sama berazam melakukannya? Apa kata kita bagi malaikat Atid "bercuti" atau buat kerja paling minimum? Malaikat Raqib memang lebih molek bekerja keras dan lagi bagus kalau tiada masa rehat. Kenapa? Kerana itu tanda kita sedang mencari bahagia di dunia dan insya-Allah akan terus bahagia di akhirat kelak. 

Sumber : Majalah Solusi Isu No : 44

Selasa, 8 Mei 2012

PROGRAM CERAMAH DAN PRAKTIKAL PENGURUSAN JENAZAH PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT, TAHUN 2012.

 Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program Ceramah dan Pratikal Pengurusan Jenazah ini anjuran bersama Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dan Pengurusan Masjid Jamek Ar-Raudhah Peserai, Batu Pahat, Johor. Program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 13 Mei 2012 / 21 Jamadil Akhir 1433H (Ahad)
Masa :  9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Masjid  Jamek  Ar-Raudhah, Peserai, Batu Pahat.
Perceramah : Yang Berbahagia Alfadhil Ustaz Adam bin Ahmad 

                       (Pejabat Kadi, Batu Pahat).
                    
Semua penduduk Taman Warisan (lelaki),  tuan dijemput hadir ke program tersebut. Program ini adalah percuma dan peserta akan diberikan bahan rujukan dan sijil penyertaan.

Aturcara Majlis seperti berikut :

8.45 pagi            :     Pendaftaran Peserta
                         :     Ketibaan Penceramah Undangan
                         :     Bacaan Doa
                         :     Ucapan Aluan Pengerusi Program Pengurusan Jenazah
9.00 pagi            :     Ceramah dan Amali Pengurusan Jenazah                                        
11.00 pagi          :     Bersurai
                             
Sekian, terima kasih.