Rabu, 25 April 2012

YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN TAHUN 2012





Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2012. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00 boleh dijelaskan mulai sekarang kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Tn. Hj. Sarkawi bin Hj. Satu.

Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat;  untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Sabtu, 21 April 2012

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN KALI KE-4 SESI 2011-2013






Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T,  sukacitanya dimaklumkan  mesyuarat AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-4 Sesi 2011/2013 akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   21 APRIL 2012 (SABTU)
 MASA     :   09.00 MALAM
TEMPAT  :   NO. 6, JALAN WARISAN 5, TAMAN WARISAN, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. MD. ARIFFIN, S/U PPTW)
                              

Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.


Sekian. Terima kasih.

Isnin, 2 April 2012

KEJADIAN PECAH RUMAH & KECURIAN





Assalamu'alaikum Wr. Wb.

 Warga Taman Warisan sekalian,

Saya dimaklumkan oleh Setiausaha dan Biro AJK Keselamatan bahawa telah berlaku kejadian 'Pecah Rumah dan Kecurian'  pada hari Khamis (Malam Jumaat) 29 Mac 2012 yang lepas di rumah Tuan Imam Jalan Warisan 4, sebelum ini berlaku di Jalan Warisan 7.  Kejadian 'Pecah Rumah dan Kecurian' ini perlu diambil perhatian yang serius. Oleh itu diminta warga taman sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan sekeliling dan jika ada aktiviti yang disyaki mencurigakan silalah laporkan kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa tidak akan mengambil apa - apa tindakan terhadap pelapor walaupun setelah disiasat tiada apa yang mencurigakan, selagi niat kita melaporkan hanya untuk melindungi diri dan warga taman amnya.

Kepada tuan/puan mangsa yang terlibat, pihak AJK empati dan simpati dan diharapkan dapat bersabar atas dugaan-Nya ini. Jika ada info yang hendak dikongsi bersama atau bantuan yang diperlukan bolehlah dimaklumkan kepada AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. 

Pihak AJK melalui Biro Keselamatan telah memajukan surat permohonan kepada Ketua Polis Daerah supaya dibuat pemantuan dan rondaan di dalam kawasan Taman Warisan ini. 

Mohon kerjasama kepada semua ahli supaya lebih berwaspada dan ingat mengingatkan sesama ahli.
 
-Pengerusi (Biro Keselamatan),
Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.