Rabu, 28 November 2012

YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN TAHUN 2012





Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2012. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan  Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah  menjelaskan yuran tersebut sebelum  atau pada 31 Disember 2012  kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Tn. Hj. Sarkawi bin Hj. Satu.


Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat;  untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.


- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Ahad, 25 November 2012

SELAMATKAN GAZA




"Ahmad...."
"Syahid Cikgu"

"Muhammad...."
"Kena tembak semalam Cikgu"

"Yusuf..."
"Terkena peluru berpandu Cikgu"

Suasana harian pelajar sekolah di Gaza.
Rakan sekelas makin berkurangan kerana masing-masing sudah melangkah ke Syurga.

Khamis, 22 November 2012

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK BENDAHARI PPTW



Bendaharai PPTW ( Tn. Hj. Sarkawi bin Hj. Satu)  telah mengadakan Majlis Perkahwinan Anak Perempuan  beliau pada butiran berikut:

Tarikh : 22 November 2012 (Khamis)
Tempat : Dewan Muafakat, SK. Peserai, Batu Pahat, Johor.
Masa : 11.00 pagi hingga 4.30 petang
Alhamdulillah ramai tetamu jemputan beliau hadir ke majlis berkenaan. Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan anak beliau mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan bahagia sehingga ke akhir hayat.


 - Pengerusi PPTW

Selasa, 20 November 2012

TAHNIAH ANAK-ANAK TAMAN WARISAN YANG BERJAYA DALAM UPSR 2012



 Pada 19 November 2012 (Isnin) keputusan UPSR 2012 telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada ibu bapa dan  calon UPSR 2012 warga Taman Warisan Peserai, Batu Pahat kerana berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2012. Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua 

Kepada ibu bapa yang mana anak mereka mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat gred A untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR 2012 (anak ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat) bolehlah memohon Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada website ini. Permohonan yang lengkap bolehlah diserahkan kepada Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.


- Pengerusi PPTW

 

Rabu, 14 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H/2012M




"Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah"

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)


DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah:
 

Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


DOA AWAL TAHUN

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:
Maksud Doa:
 Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434H/2012M




Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434H yang akan disambut pada 15 November 2012 (Khamis) ini kepada semua umat Islam, khususnya semua warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.  Semoga dengan kehadiran tahun baru ini bersamalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T., banyakkan beribadah dan mengerjakan perkara kebaikan.
 
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

Isnin, 12 November 2012

KURSUS PENGURUSAN PERTUBUHAN BERKUALITI ANJURAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM TAHUN 3/2012




Jabatan Pendaftran Pertubuhan Malaysia, Negeri Johor akan mengadakan Kursus Pengurusan Pertubuhan Berkualiti  pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 
18 November 2012 (Ahad)
Masa : Pendaftaran 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tuanku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),

              86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor.
Dorasmikan Oleh : Y. Bhg. Dato' Hj. Abdul Rahman bin Othman, Ketua Pengarah, 
                               Jabatan Pendaftaran Malaysia.

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat akan turut serta dalam kursus tersebut  dengan diwakili oleh tujuh (7) orang Ahli Jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa Biro dan Seorang (1) Juruaudit. 

Semoga dengan adanya kursus seperti ini akan meningkatkan lagi kualiti pegurusan pertubuhan yang ada.

  .

Selasa, 6 November 2012

RESULTS UPSR 2012

 Results Primary School Achievement Test (UPSR) for 2012 will be announced on 19 November 2012. Those who sat for the UPSR 2012 can check their results from their respective schools from 10am that day. UPSR results may also be checked by typing registration number to 15888. Good luck!
 

Isnin, 5 November 2012

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2012




AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENGHADAPI  PEPERIKSAAN SPM &STPM 2012
KEPADA SEMUA CALON SPM & STPM 2012, KHUSUSNYA ANAK-ANAK
WARGA TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. TENANGKAN HATI, FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK. KAMI DOAKAN SEMOGA MERAIH KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

 

- Pengerusi PPTW, Batu Pahat

Sabtu, 3 November 2012

LAGI KEJADIAN PECAH RUMAH DAN KECURIAN WAKTU TENGAHARI DI TAMAN WARISAN





 Pada 2 November 2012 (Jumaat), di antara jam 12.30 tengahari hingga jam 1.30 petang berlaku satu lagi kejadian pecah rumah pada waktu tengahari  di rumah No. 01, Jalan Warisan 6, Taman Warisan.  Rumah kepunyaan En. Samad Yousof dan Pn. Maizatul Zana Jaapar. Pada masa kejadian penghuni tiada di rumah.

Rumah berkenaan telah dipecah masuk dan sejumlah wang serta barangan didapati hilang. Pintu dapur telah dipecahkan. Modus operandi dipercayai untuk mendapatkan wang atau barang kemas dalam masa yang singkat semasa ketiadaan tuan rumah. Kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada Balai Polis Batu Pahat.

Penduduk Taman Warisan diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kejadian yang berlaku. Sila perhatikan keadaan sekeliling rumah sekiranya terdapat motosikal, kenderaan atau orang yang tidak dikenali berlegar-legar di kawasan rumah atau jiran berdekatan segera laporkan kepada pihak POLIS sekiranya didapati sesuatu kejadian yang mencurigakan. Pihak berkuasa tidak akan mengambil apa - apa tindakan terhadap pelapor walaupun setelah disiasat tiada apa yang mencurigakan, selagi niat kita melaporkan hanya untuk melindungi diri dan warga taman amnya.


Kepada tuan/puan mangsa yang terlibat, pihak AJK empati dan simpati dan diharapkan dapat bersabar atas dugaan-Nya ini. Jika ada info yang hendak dikongsi bersama atau bantuan yang diperlukan bolehlah dimaklumkan kepada AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. 

Mohon kerjasama kepada semua ahli supaya lebih berwaspada dan ingat mengingatkan sesama ahli.