Khamis, 24 Januari 2013

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PPTW KALI KE-7 SESI 2011-2013







Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  mesyuarat AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor Kali Ke-7 Sesi 2011/2013 akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   25 JANUARI 2013 / 13 RABIUL AWAL 1434H (JUMAAT)
 MASA     :   9.00 MALAM
TEMPAT  :   NO. 2, JALAN WARISAN 2, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. MOHD DAUD BIN SALLEH, PENGERUSI PPTW)
                               
Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.


Sekian. Terima kasih.

* Catatan : Surat pemberitahuan mesyuarat kepada AJK telah diedarkan.

Selasa, 22 Januari 2013

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL 1434H/24 FEB 2013








Assalamu'alaikum Wr. Wb.

AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat menyambut Muaulidur Rasul 1434H. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi  Muhammad S.A.W. Sempena hari keputeraan baginda 12 Rabiul Awal 1434H, bersamaan 24 Februari 2013  kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan  kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 1434H/2013M ini.

- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.

Isnin, 14 Januari 2013

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK KETUA BIRO KEBAJIKAN PPTW


Ketua Biro Kebajikan  PPTW ( En. Mustafa bin Ismail)   telah mengadakan Majlis Perkahwinan Puteri beliau pada butiran berikut:

Tarikh :  13 Januari 2013 (Ahad)
Tempat : No. 9, Jalan Warisan 3, Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor.
Masa : 11.00 pagi hingga 5.00 petang
Alhamdulillah ramai tetamu jemputan beliau hadir ke majlis berkenaan. Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan puteri beliau mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Perserai, Batu Pahat telah menjalankan aktiviti "Rewang Kendarat" di majlis walimatul urus puteri pasangan En. Mustafa bin Ismail dan Pn. Rusidah binti Hashim ini,
 

Alhamdulillah penduduk yang hadir telah bergotong-royong dengan semangat kerjasama yang tinggi. Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang hadir membantu semasa gotong-royong "Rewang Kendarat" berkenaan. Semoga semangat ini berterusan demi kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.
 
- Pengerusi PPTW