Selasa, 12 Mac 2013

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PPTW KALI KE- 8 SESI 2011-2013


Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  mesyuarat AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor Kali Ke-8 Sesi 2011/2013 akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   12 MAC 2013 / 13 RABIUL AKHIR 1434H (SELASA)
 MASA     :   9.00 MALAM
TEMPAT  :   NO. 6, JALAN WARISAN 5, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. MD. ARIFFIN BIN PARNIAN, SETIAUSAHA  PPTW)
                                
Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.


Sekian. Terima kasih.

Jumaat, 8 Mac 2013

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN KALI KE-4 TAHUN 2013




Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-4 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 17 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi.
Tempat : Jln. Warisan 3, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : YB Datuk Ariss bin Samsudin, 

                Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah.
 

Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan  telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-4 Tahun 2013). 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 

8.30 pagi           :     Pendaftaran
9.00 pagi           :     Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-4
11.00 pagi         :     Penutupan Rasmi - Oleh YB Datu Ariss bin Samsudin, ADUN Semerah.
11.30 pagi         :     Jamuan & Bersurai 
                              
Sekian, terima kasih.

Catatan :     Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi /       

                  Setiausaha PPTW sebelum atau pada 11 Mac 2013

Isnin, 4 Mac 2013

MAJLIS TAKLIMAT GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN RM 10,000.00 KEPADA PERSATUAN PENDUDUK



Jabatan Pendaftran Pertubuhan Malaysia, Negeri Johor telah mengadakan Majlis Taklimat Garis Panduan Permohonan Geran RM 10,000.00 (maksima) Kepada Persatuan Penduduk pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh :  3 Mac 2013 (Ahad)
Masa :   9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat :  Persatuan Perniagaan Cina Kluang, Tingkat 1, No. 1, Jalan Wayang, 86000 Kluang. 

                             
Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat turut serta dalam Majlis Taklimat tersebut  dengan diwakili oleh dua (2) orang Ahli Jawatankuasa. 
Semoga dengan adanya taklimat seperti ini akan meningkatkan lagi kualiti pegurusan pertubuhan yang ada.