Jumaat, 30 Ogos 2013

ASSALAMU'ALAIKUM "MERDEKA"




TANGGAL 31 Ogos datang lagi - tanda meningkat setahun lagi usia kemerdekaan negara. Ketika laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang dikumandangkan Tunku Abdul Rahman mengiang-ngiang di telinga, kini Malaysia menyambut lagi ulang tahun ke-56.

Sebagaimana Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara menjadi saksi turunnya bendera Union Jack, begitulah juga bangunan dengan reka bentuk Moorish itu menjadi saksi peningkatan dalam pembangunan serta perkembangan sebuah negara bernama Malaysia.

Dengan bebasnya negara daripada belenggu penjajahan bermakna perjuangan mendapatkan kemerdekaan juga berakhir, tetapi ia juga bermakna bermulanya perjuangan mengisi kemerdekaan.Semangat merdeka juga terus disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan. Bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.
Rentetan demi rentetan peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari kemerdekaan.Kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Sana-sini ia diarak bagi membuakkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai bahan digunakan bagi membentuk Jalnnur Gemilang menandakan betapa semaraknya keinginan semua anggota masyarakat untuk terus menjadi sebuah negara berdaulat yang merdeka.

Justeru itu, sama-samalah kita mengubah sikap dan kembali ke landasan sebenar supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan yang dinikmati hari ini. Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang anggotanya bertatasusila luhur, berdaya maju, melindungi dan mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan. Untuk membentuk masyarakat madani, pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendidikan dan tarbiyah secara berkesan penting kerana pembangunan material serta kepesatan perkembangan ekonomi semata-mata belum tentu menjanjikan terbinanya masyarakat yang bermoral.

AJK PPTW mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-56, kepada warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor. 

"MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

- Pengerusi dan AJK PPTW

Rabu, 28 Ogos 2013

PONDOK AKTIVITI CEGAH JENAYAH


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pondok Aktiviti Cegah Jenayah Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor sedang dalam pembinaan. Untuk pengetahuan warga Taman Warisan pembinaan ini adalah geran persatuan penduduk daripada JPPM (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia). Lokasi Pondok Aktiviti Cegah Jenayah ini di persimpangan jalan utama masuk dan keluar ke Taman Warisan Peserai Batu Pahat.

. 




Semoga dengan adanya kemudahan ini nanti  akan memberikan kebaikan untuk semua warga Taman Warisan, Batu Pahat.


- Pengerusi PPTW 


Isnin, 26 Ogos 2013

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1434H/2013M


Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kecemerlangan minda dan deria. Program Marhaban dan Majlis Penutup Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1434H/2013M yang dirancang berjalan dengan jayanya. 

Kunjungan Marhaban dari rumah ke rumah, yang mana acara kemuncaknya pada hari Sabtu (malam Ahad) 24 Ogos 2013 di Jalan Warisan 2, Taman Warisan. Tahun ini giliran warga Jalan Warisan 2 mengendalikan Majlis Penutupan Program Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1434H/2013M. 

Program ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang di kalangan kariah Taman Warisan dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga Taman Warisan Perserai, Batu Pahat, Johor.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Taman Warisan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, samada sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun peralatan dan barang keperluan.

Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Program Marhaban dan Majlis Penutupan Marhaban Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor.


Kambing golek 
Tajaan En. Abd. Hamid Abdullah dan isterinya Pn Ramlah Ismail



Penduduk Taman Warisan Sedang Menjamu Selera


Pengerusi PPTW En. Mohd Daud sedang menyampaikan ucapan


 - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Ahad, 11 Ogos 2013

PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1434H/2013M






Gambar Hiasan : Majlis Marhaban Sambutan Hari Raya Aidilfttri PPTW 1433H/2012M


Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan Program Marhaban sambutan  Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan diadakan seperti ketentuan berikut : 

JADUAL MARHABAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1434H/2013M  PPTW

MASA
HARI/ TARIKH
RUMAH KUNJUNGAN
BILANGAN RUMAH
LOKASI JAMUAN AKHIR MARHABAN
CATATAN
SELEPAS SOLAT ISYAK
19.08.2013
(ISNIN)
JLN WARISAN   6 & 7
14
JLN WARISAN  7

20.08.2013
(SELASA)
JLN WARISAN  4 & 5
14
JLN WARISAN  5
Termasuk rumah En. Shamsudin
Hj. Md. Shah
21.08.2013
(RABU)
JLN WARISAN  1 & 3
13
JLN WARISAN  3
Termasuk rumah Tn. Hj Ariff,
En. Azman &
En. Saadon
24.08.2013
(SABTU)
JLN WARISAN  2
12
JLN WARISAN  2
MAJLIS PENUTUP MARHABAN


Majlis Marhaban ini terbuka kepada semua penduduk Taman Warisan.  Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian kepada penduduk.

Agenda Majlis Penutup Marhaban PPTW 1434H/2013M (10.30 Malam)  :
  • Jamuan Hari Raya
  • Ucapan Aluan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan
  • Pengisytiharan Kutipan Tabung Marhaban 1434H/2013M
  • Cabutan Nama Bertuah (Bagi setiap jalan - 1 pemenang)
  • Bacaan Doa oleh Tn. Hj. Mazlan bin Saman
  • Bersurai.

Catatan : Surat pemberitahuan bertarikh 6 Ogos 2013 telah diedarkan kepada warga PPTW

 - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Rabu, 7 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1434H/2013M



InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434H/2013M  pada 
8 Ogos 2013 (Khamis). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H/ 2013M dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. 
Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat".
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTW ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

  - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Ahad, 4 Ogos 2013

SALAM DI PENGHUJUNG RAMADHAN DARIPADA AJK PPTW


Rasa sebak dan terharu, Ramadhan telah berada di penghujungnya. Semoga dapat bertemu kembali Ramadhan yang akan datang, sama-sama berdoa kepada Allah. Ayuh hidupkan malam-malam terakhir ini. 




Khamis, 1 Ogos 2013

KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH SEMPENA CUTI PERAYAAN : "MAKLUM POLIS - RUMAH SELAMAT"






Menjelang cuti perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri nanti, ramailah yang akan bercuti panjang untuk pulang ke kampung halaman. Untuk lebih rasa selamat ketika meninggalkan rumah nanti, warga penduduk Taman Warisan dinasihatkan menggunakan  perkhidmatan "Maklum Polis - Rumah Selamat", satu inisiatif di bawah "Community Policing" (COPS) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Sempena cuti perayaan ini, COPS bekerjasama dengan PDRM dengan melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah Pecah Rumah dan Curi Kenderaan Sempena Musim Perayaan. Kempen yang dinamakan "Maklum Polis - Rumah Selamat" ini boleh dipohon secara online melalui laman web Community Policing dan boleh buat pilihan samada untuk Mengisi Borang Secara Online ataupun Muat Turun Borang di laman web Community Policing

InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434H/2013M  pada 8 Ogos 2013 (Khamis). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H/ 2013M dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat"..
 

- Pengerusi PPTW