Khamis, 23 Mei 2013

YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN 2013




Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2013. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan  Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah  menjelaskan yuran tersebut kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan En. Muhamad bin Misman. 


Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat;  untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.


Khamis, 16 Mei 2013

KURSUS JAHITAN MANIK PPTW



Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor (AJK Wanita) akan mengadakan Kursus Jahitan Manik anjuran bersama dengan GIATMARA Batu Pahat seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   18 MEI 2013 / 8 REJAB 1434H (SABTU)
 MASA     :   2.00 petang - 6.00 petang
TEMPAT  :   NO. 2, JALAN WARISAN 6, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH PN. MISROHA) 
PENDAFTRAN KURSUS : RM 5.00

Sehubungan itu pihak AJK Wanita PPTW mempersilakan penduduk Taman Warisan (perempuan) bersama-sama menjayakan kursus tersebut. Peralatan dan bahan kursus disediakan. Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta kursus.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Misroha di talian : 0137873654 atau 074130748, sebelum atau pada 16 Mei 2013 (Khamis).

Sekian. Terima kasih.

Ahad, 5 Mei 2013

SELAMAT MENGUNDI PRU 13, TAHUN 2013











Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Untuk warga PPTW, Marilah, mari kita mengundi jangan lupa kewajipan pada negara.

Berfungsilah  sebagai pengundi berilmu. Bertenang dan berfikiran rasional. Jangan terbawa-bawa dengan emosi.

Tahniah!  Selamat Mengundi PRU 13, tahun 2013.

Sabtu, 4 Mei 2013

PRU 13, TAHUN 2013









Assalamu'alaiku Wr. Wb. Warga Taman Warisan, 

AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Mengundi PRU13 pada 
5 Mei 2013 (Ahad). Diharap warga PPTW yang layak mengundi jadilah pengundi yang berilmu. Bertenanglah dan berfikirlah, jangan terbawa-bawa dengan emosi.

Warga yang pulang ke kampung untuk mengundi, berhati-hati di jalan raya kami mendoakan keselamatan anda semua. Semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Tahniah!. Selamat mengundi PRU 13.

Rabu, 1 Mei 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2013








Assalamu'alaiku Wr. Wb. Warga Taman Warisan, 
AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja  2013 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2013 ini.

Diharapkan tahun 2013 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. 


“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Tahniah!. Selamat Menyambut Hari Pekerja 2013.