Rabu, 20 November 2013

MINGGU KEJIRANAN : HANYA 10 MINIT KEMPEN CEGAH DENGGI HAPUSKAN AEDES


Assalamu'alaikum Wr. Wb. Warga Taman Warisan.

Bermula daripada rumah anda. Kempen ini dilaksanakan di kawasan rumah masing-masing pada 23 November 2013 dan 24 November 2013.




- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan
  Batu Pahat, Johor.

Isnin, 18 November 2013

KURSUS JAHITAN MANIK PPTW FASA 2



Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor (AJK Wanita) akan mengadakan Kursus Jahitan Manik anjuran bersama dengan GIATMARA  Ledang seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   23 NOVEMBER 2013 / 19 MUHARRAM 1435H (SABTU)
 MASA     :   2.00 petang - 6.00 petang
TEMPAT  :   NO. 2, JALAN WARISAN 6, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH PN. MISROHA) 
PENDAFTRAN KURSUS : RM 5.00

Sehubungan itu pihak AJK Wanita PPTW mempersilakan penduduk Taman Warisan (perempuan) bersama-sama menjayakan kursus tersebut. Peralatan dan bahan kursus disediakan. .

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Misroha di talian : 0137873654 atau 074130748, sebelum atau pada 21 November 2013 (Khamis).

Sekian. Terima kasih.

Catatan : Surat pemberitahuan kursus dan borang penyertaan telah diedarkan kepada ahli PPTW

Jumaat, 15 November 2013

TAHNIAH ANAK-ANAK TAMAN WARISAN YANG BERJAYA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN UPSR 2013



Pada 14 November 2013 (Khamis) keputusan UPSR 2013 telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada ibu bapa dan  calon UPSR 2013 warga Taman Warisan Peserai, Batu Pahat kerana berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2013. Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua 

Kepada ibu bapa yang mana anak mereka mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat gred A untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR 2013  (anak ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat) bolehlah memohon Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada website ini. Permohonan yang lengkap bolehlah diserahkan kepada Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.
 

Selasa, 5 November 2013

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2013




AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM & STPM 2013 
YANG BERMULA PADA 06 NOVEMBER 2013 
KEPADA SEMUA CALON SPM & STPM 2013, KHUSUSNYA ANAK-ANAK
WARGA TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. SEMOGA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH DAN MERAIH KECEMERLANGAN. 

Isnin, 4 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435H


Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1435H yang akan disambut pada 05 November 2013 (Selasa) ini kepada semua umat Islam, khususnya semua warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.  Semoga dengan kehadiran tahun baru ini bersamalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T., banyakkan beribadah dan mengerjakan perkara kebaikan.
  
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)