Selasa, 31 Disember 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014





Warga Taman Warisan yang mulia,
AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2014 ini.

Diharapkan tahun 2014 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu sambil ditemani dengan azam baru. Walapun tahun 2014 penuh dengan cabaran dalam kehidupan.


Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan. 


Ingatlah : "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Tahniah!. Selamat Menyambut Tahun Baru 2014.

-Pengerusi
 Pertubuhan Penduduk Taman Warisan

Khamis, 19 Disember 2013

TAHNIAH ANDA BERJAYA MERAIH KEJAYAAN DALAM PMR 2013


Pada 19 Disember  2013 (Khamis) keputusan PMR 2013 telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada ibu bapa dan  calon PMR 2013 warga Taman Warisan Peserai, Batu Pahat kerana berjaya dengan cemerlang dalam PMR  2013. Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh di peringkat sekolah menengah. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua 

Kepada ibu bapa yang mana anak mereka mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat gred A untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan PMR 2013 (anak ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat) bolehlah memohon Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada website ini. Permohonan yang lengkap bolehlah diserahkan kepada Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.

Kehidupan adalah apa yang kita beri  pada setiap perkara yang berlaku. 

- Pengerusi PPTW