Ahad, 27 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H/2014M



InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014M  pada 
28 Julai 2014 (Isnin). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H/ 2014M dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. 
 Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat".
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTW ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

  - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Rabu, 23 Julai 2014

KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH SEMPENA CUTI PERAYAAN : "MAKLUM POLIS - RUMAH SELAMAT"


Menjelang cuti perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri nanti, ramailah yang akan bercuti panjang untuk pulang ke kampung halaman. Untuk lebih rasa selamat ketika meninggalkan rumah nanti, warga penduduk Taman Warisan dinasihatkan menggunakan  perkhidmatan "Maklum Polis - Rumah Selamat", satu inisiatif di bawah "Community Policing" (COPS) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).




Sempena cuti perayaan ini, COPS bekerjasama dengan PDRM dengan melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah Pecah Rumah dan Curi Kenderaan Sempena Musim Perayaan. Kempen yang dinamakan "Maklum Polis - Rumah Selamat" ini boleh dipohon secara online melalui laman web Community Policing dan boleh buat pilihan samada untuk Mengisi Borang Secara Online ataupun Muat Turun Borang di laman web Community Policing

InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014M  pada 28 Julai 2014 (Isnin). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H/ 2014M dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat"..
 

- Pengerusi PPTW

Ahad, 20 Julai 2014

PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN AIDIL FITRI PPTW TAHUN 2014/1435H



Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan Program Marhaban sambutan  Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan diadakan seperti ketentuan berikut : 

JADUAL MARHABAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1435H/2014M  PPTW

MASA
HARI/ TARIKH
RUMAH KUNJUNGAN
BILANGAN RUMAH
LOKASI JAMUAN AKHIR MARHABAN
CATATAN
SELEPAS SOLAT ISYAK
10.08.2014
(AHAD)
JLN WARISAN     1 & 2
15
JLN WARISAN 2
Termasuk rumah Tn. Hj Ariff,
En. Azman &
En. Saadon
11.08.2014
(ISNIN)
JLN WARISAN     3 & 4
11
JLN WARISAN  3
Termasuk rumah En. Shamsudin & 
Hj. Md. Shah
12.08.2014
(SELASA)
JLN WARISAN     5 & 6
14
JLN WARISAN  6

13.08.2014
(RABU)
JLN WARISAN  7
6
JLN WARISAN 7
MAJLIS PENUTUP MARHABAN


Majlis Marhaban ini terbuka kepada semua penduduk Taman Warisan.  Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian kepada penduduk.

Catatan : Surat pemberitahuan bertarikh 19 Julai 2014 telah diedarkan kepada warga PPTW

 - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Jumaat, 18 Julai 2014

SALAM DI PENGHUJUNG RAMADHAN DARIPADA AJK PPTW


Rasa sebak dan terharu, Ramadhan telah berada di penghujungnya. Semoga dapat bertemu kembali Ramadhan yang akan datang, sama-sama berdoa kepada Allah. Ayuh hidupkan malam-malam terakhir ini. 

Khamis, 17 Julai 2014

MESYUARAT KHAS PROGRAM MARHABAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN TAHUN 2014/1435H



Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  Mesyuarat Khas Program Marhaban Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Tahun 2014/1435H akan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   18 JULAI  2014 / 20 RAMADHAN 1435H (JUMAAT)
 MASA     :   05.00 PETANG
TEMPAT  :   NO. 2, JALAN WARISAN 2, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. MD. MOHD DAUD BIN SALLEH, PENGERUSI  PPTW)
                                
Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.

Sekian. Terima kasih.

Isnin, 14 Julai 2014

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 1435H

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Selasa, 8 Julai 2014

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 2014 SELURUH NEGERI



Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.
Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri
Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
Lampiran kadar bayaran zakat fitrah yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri

NegeriTahun 2014 (RM) [Terkini]Tahun 2013 (RM)
Perlis6.506.00
Kedah7.007.00
Pulau Pinang7.007.00
Perak7.007.00
Selangor7.007.00
Negeri Sembilan6.506.50
Melaka6.706.50
Johor8.00/5.00*5.00/8.00*
Pahang7.007.00
Terengganu7.60/7.00/4.50*4.50/7.00/7.60*
Kelantan7.007.00
Sarawak7.006.50
Sabah7.007.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.007.00
* Perbezaan kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan

Harga Fitrah RM 5.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)
mysumber.com : kadar bayaran zakat fitrah 2014 seluruh negeri 

Khamis, 3 Julai 2014

TUT POKOK



Cara untuk Tut Pokok ( Air Layering or Marcotting )
Pokok bunga jenis berkayu seperti kenanga dan cempaka serta pokok 
buah-buahan seperti limau, dokong dan jambu boleh dibiakkan dengan 
kaedah tut pada dahan matang pokok tersebut.

Di sini ditunjukkan cara-cara untuk Tut pokok bunga kenanga ( Canangium odorata atau Ylang-ylang ).


Sediakan satu gumpalan tanah kebun yang dilembabkan dengan air,

 satu keping plastik untuk membungkus dan dua utas tali rafia untuk mengikat.


Pilih dahan yang telah matang yang sesuai untuk ditut.


Buat dua gelangan pada dahan tersebut menggunakan pisau yang tajam

dan bersih. Pastikan anda tidak membuat gelangan pada bahagian dahan 
yang mempunyai tunas. Buang kulit dahan di antara gelangan tadi. 
Kikis perlahan-lahan permukaan kayu di antara gelangan tadi untuk membuang 
sisa-sisa kulit dahan. Biarkan beberapa minit untuk mengeringkan permukaan kayu tadi.


Letakkan gumpalan tanah yang lembab pada dahan yang telah 

dibuang kulit luarnya dan bungkus tanah tadi mengelilinginya. 
Saiz gumpalan tanah  bergantung kepada saiz dahan pokok. Balut plastik pembungkus pada dahan pokok dan ikat bahagian atas dan bawah gumpalan tanah tadi dengan tali rafia.


Gambar menunjukkan dahan pokok bunga kenanga yang sudah siap ditut.


 Akar akan tumbuh dalam gumpalan tanah dalam masa 2-3 minggu atau

 1-3 bulan bergantung kepada jenis pokok dan saiz pokok. Akar boleh dilihat
atau dirasa dengan jari pada bungkusan plastik. Pastikan akar sudah banyak
dan matang ( warna keperangan ) sebelum anda memotong anak 
pokok dari dahan pokok induk.

Anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg dan letakkan ditempat teduh 

selama dua minggu. Buang daun-daun yang matang dan tua untuk 
membantu pokok memulakan pertumbuhan dengan akar yang baru. 
Pertumbuhan anak pokok yang baik boleh dilihat dengan penghasilan
 pucuk-pucuk yang baru. Selamat Mencuba.