Sabtu, 30 Ogos 2014

SALAM KEMERDEKAN ULANG TAHUN KE - 57



TANGGAL 31 Ogos datang lagi - tanda meningkat setahun lagi usia kemerdekaan negara. Ketika laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang dikumandangkan Tunku Abdul Rahman mengiang-ngiang di telinga, kini Malaysia menyambut lagi ulang tahun ke-57.

Sebagaimana Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara menjadi saksi turunnya bendera Union Jack, begitulah juga bangunan dengan reka bentuk Moorish itu menjadi saksi peningkatan dalam pembangunan serta perkembangan sebuah negara bernama Malaysia.

Dengan bebasnya negara daripada belenggu penjajahan bermakna perjuangan mendapatkan kemerdekaan juga berakhir, tetapi ia juga bermakna bermulanya perjuangan mengisi kemerdekaan.Semangat merdeka juga terus disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan. Bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.
Rentetan demi rentetan peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari kemerdekaan.Kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Sana-sini ia diarak bagi membuakkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai bahan digunakan bagi membentuk Jalur Gemilang menandakan betapa semaraknya keinginan semua anggota masyarakat untuk terus menjadi sebuah negara berdaulat yang merdeka.

Justeru itu, sama-samalah kita mengubah sikap dan kembali ke landasan sebenar supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan yang dinikmati hari ini. Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang anggotanya bertatasusila luhur, berdaya maju, melindungi dan mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan. Untuk membentuk masyarakat madani, pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendidikan dan tarbiyah secara berkesan penting kerana pembangunan material serta kepesatan perkembangan ekonomi semata-mata belum tentu menjanjikan terbinanya masyarakat yang bermoral.

AJK PPTW mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57, kepada warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor. 

"MALAYSIA... DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"

- Pengerusi dan AJK PPTW

Rabu, 20 Ogos 2014

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA ULANG TAHUN KEMEREDKAN KE-57 MALAYSIA PERINGKAT PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.



Sempena Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-57, Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengadakan kempen menggalakkan kibar Jalur Gemilang di setiap kediaman masing-masing. Kempen brtujuan untuk menyemaikan semangat patriotisme dikalangan penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat terutama dikalangan kanak-kanak. Patriotisme adalah sentimen nasional yang menekankan aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara.

Salam Ulang Tahun Hari  Kemerdekaan Malaysia Ke- 57, tahun 2014  untuk seluruh warga Taman Warisan, Peserai  Batu Pahat. 

Khamis, 14 Ogos 2014

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1435H/2014M


Alhamdulillah, marilah kita bersama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua Program Marhaban dan Majlis Penutup Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1435H/2014M yang dirancang berjalan dengan jayanya. 

Kunjungan Marhaban dari rumah ke rumah, yang mana acara kemuncaknya pada hari Rabu (malam Khamis) 13 Ogos 2014 di Jalan Warisan 7, Taman Warisan. Tahun ini giliran warga Jalan Warisan 7 mengendalikan Majlis Penutupan Program Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1435H/2014M. 

Program ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang di kalangan kariah Taman Warisan dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga Taman Warisan Perserai, Batu Pahat, Johor.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Taman Warisan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, samada sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun peralatan dan barang keperluan. Kutipan Tabung Marhaban Sambutan Aidil Fitri Pertubuhan Penduduk Taman Warisan bagi tahun 1435H/2014M berjumlah  RM 1054.00

Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Program Marhaban dan Majlis Penutupan Marhaban Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor.


Agenda Majlis Penutup Marhaban PPTW 1435H/2014M (10.30 Malam)  :
  • Jamuan Hari Raya
  • Ucapan Aluan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan
  • Pengisytiharan Kutipan Tabung Marhaban 1435H/2014M
  • Cabutan Nama Bertuah 
  • Bacaan Doa oleh Tn. Hj. Mazlan bin Saman
  • Bersurai.






Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan En. Mohd Daud
Sedang Menyampaikan Ucap Utama


En. Rosli Pemenang Hadiah Utama Cabutan Bertuah
Sambutan Aidil Fitri 1435H/2014M

Rabu, 13 Ogos 2014

MALAM KETIGA : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAAN AIDIL FITRI 1435H/2014M TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.


Alhamdulillah, Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1435H/2014M dapat diteruskan untuk malam  yang ketiga (12.8.2014/16 Syawal 10435H). Warga Jalan Warisan 5 dan 6 menjadi tuan rumah. Pada malam ketiga ini sebanyak 14 buah rumah telah dapat dikunjungi.  






Selasa, 12 Ogos 2014

MALAM KEDUA : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAAN AIDIL FITRI 1435H/2014M TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.

Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1435H/2014M dapat diteruskan untuk malam  yang kedua (11.8.2014/15 Syawal 10435H). Warga Jalan Warisan 3 dan 4 menjadi tuan rumah. Pada malam kedua ini sebanyak 11 buah rumah telah dapat dikunjungi.  









- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Isnin, 11 Ogos 2014

MALAM PERTAMA : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAAN AIDIL FITRI 1435H/2014M TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kecemerlangan diri. Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1435H/2014M yang dirancang berjalan dengan jayanya. Bermula pada 10 Ogos 2014 bersamaan 14 Syawal 10435H (Ahad) dengan warga Jalan Warisan 1 dan 2 menjadi tuan rumah pada malam pertama. Syukur dan puji-pujian kepada Allah, majlis malam pertama sungguh meriah, ceria dan penuh ukhwah. Pada malam pertama ini sebanyak 15 buah rumah telah dikunjungi.






'Kambing  Panggang Golek' 
Tajaan En. Abd. Hamid Abdullah  dan Pn. Ramlah Ismail.  Alhamdulillah.


- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.