Khamis, 30 Julai 2015

MALAM KEEMPAT (29 JULAI 2015) : MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1436H/2015M, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.


Alhamdulillah, marilah kita bersama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua Program Marhaban dan Majlis Penutup Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1436H/2015M yang dirancang berjalan dengan jayanya. 

Kunjungan Marhaban dari rumah ke rumah, yang mana acara kemuncaknya pada hari Rabu (malam Khamis) 29 Julai 2015 di Jalan Warisan 3, Taman Warisan. Pada malam keempat  ini sebanyak 7 buah rumah telah dapat dikunjungi di Jalan Warisan 3. Tahun ini giliran warga Jalan Warisan 3 mengendalikan Majlis Penutupan Program Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1436H/2015M. 

Program ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang di kalangan kariah Taman Warisan dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga Taman Warisan Perserai, Batu Pahat, Johor.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Taman Warisan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, samada sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun peralatan dan barang keperluan. Kutipan Tabung Marhaban Sambutan Aidil Fitri Pertubuhan Penduduk Taman Warisan bagi tahun 1436H/2015M berjumlah  RM 1028.00

Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Program Marhaban dan Majlis Penutupan Marhaban Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor.


Agenda Majlis Penutup Marhaban PPTW 1436H/2015M (10.30 Malam)  :
  • Jamuan Hari Raya
  • Ucapan Aluan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan
  • Pengisytiharan Kutipan Tabung Marhaban 1436H/2015M
  • Cabutan Nama Bertuah 
  • Bacaan Doa oleh Tn. Hj. Mazlan bin Saman (Tuan Imam Masjid Jamek Ar-Raudhah Peserai, Batu Pahat)
  • Bersurai







Rabu, 29 Julai 2015

MALAM KETIGA (28 JULAI 2015) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1436H/2015M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1436H/2015M dapat diteruskan untuk malam  yang ketiga (28.7.2015/11 Syawal 10436H). Warga Jalan Warisan 1 dan 2 menjadi tuan rumah. Pada malam ketiga ini sebanyak 12 buah rumah telah dapat dikunjungi.  

















Sumber gambar : Tn. Hj. Sarkawi (Blog Marhaban PPTW)

Selasa, 28 Julai 2015

KENANGAN MENGUSIK JIWA DI BULAN SYAWAL DI TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT, DALAM PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFTRI PPTW





Marilah kita sedekahkan alfatihah buat mereka agar rohnya cucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.



MALAM KEDUA (27 JULAI 2015) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1436H/2015M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.

Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1436H/2015M dapat diteruskan untuk malam  yang kedua (27.7.2015/11 Syawal 10436H). Warga Jalan Warisan 4 dan 5 menjadi tuan rumah. Pada malam kedua ini sebanyak 11 buah rumah telah dapat dikunjungi.  










Sumber gambar : Tn. Hj. Sarkawi (Blog Marhaban PPTW)

Isnin, 27 Julai 2015

MALAM PERTAMA (26 JULAI 2015) : MAJLIS 'BARAAN' MARHABAN PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI 1436H/2015M, TAMAN WARISAN PESERAI, BATU PAHAT.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kecemerlangan diri. Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1436H/2015M yang dirancang berjalan dengan jayanya. Bermula pada 26 Julai 2015 bersamaan 10 Syawal 10436H (Ahad) dengan warga Jalan Warisan 6 dan 7 menjadi tuan rumah pada malam pertama. Syukur dan puji-pujian kepada Allah, majlis malam pertama sungguh meriah, ceria dan penuh ukhwah. Pada malam pertama ini sebanyak 12 buah rumah telah dikunjungi.






Sumber gambar : Tn. Hj. Sarkawi (Blog Marhaban PPTW)

Jumaat, 24 Julai 2015

PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPTW TAHUN 1436H/2015M

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan Program Marhaban sambutan  Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan diadakan seperti ketentuan berikut : 

JADUAL MARHABAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1436H/2015M  PPTW

MASA
HARI/ TARIKH
RUMAH KUNJUNGAN
BILANGAN RUMAH
LOKASI JAMUAN AKHIR MARHABAN
CATATAN
SELEPAS SOLAT ISYAK
26.07.2015
(AHAD)
JLN WARISAN     6 & 7
15
JLN WARISAN 6

27.07.2015
(ISNIN)
JLN WARISAN     4 & 5
14
JLN WARISAN 5
Termasuk rumah En. Shamsudin & 
Hj. Md. Shah
28.07.2015
(SELASA)
JLN WARISAN     1 & 2
16
JLN WARISAN 2
Termasuk rumah Tn. Hj Ariff,
En. Azman &
En. Saadon
29.07.2015
(RABU)
JLN WARISAN 3
9
JLN WARISAN 3
MAJLIS PENUTUP MARHABAN


Majlis Marhaban ini terbuka kepada semua penduduk Taman Warisan.  Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian kepada penduduk.

Catatan : Surat pemberitahuan dan Jadual Program Marhaban Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M telah diedarkan kepada warga PPTW

 - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Ahad, 19 Julai 2015

SALAM TAKZIAH UNTUK CIKGU NORLELA DAN KELUARGA


AJK PPTW dan seluruh warga penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengucapkan salam takziah kepada Cikgu Norlea binti Sapari dan keluarga ( No. 5, Jalan Warisan 5, Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat) atas kembalinya suami beliau En. Yusri bin Rahmat ke rahmatullah pada 19 Julai 2015/3 Syawal 1436 (Ahad)) di Hospital Segamat, pada  jam 8.15 malam.

Marilah kita sedekahkan alfatihah buat Allahyarham En. Yusri bin Rahmat agar rohnya cucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ-اارَّØ­ِيم
Ø£ٌلحَÙ…ْدُÙ„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِ اٌÙ„ْعَÙ„َÙ…ِينَ*اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اٌلرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ*Ù…َÙ„ِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ اٌلدِّÙŠْÙ†ِ*Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُÙˆْدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِÙŠْÙ†ُ*Ø¥ٌÙ‡ْدِÙ†َا الصِّرَØ·َ اٌÙ„ْÙ…ُسْتَÙ‚ِÙŠْÙ…ُ*صِرَØ·َ اٌÙ„َّØ°ِÙŠْÙ†َ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِّÙ…ْ غَÙŠْرِاٌÙ„ْÙ…َغْضُبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ

- Pengerusi PPTW Peserai.

Khamis, 16 Julai 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H/2015M

InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M  pada 
17 Julai 2015 (Jumaat). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/ 2015M dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. 
 Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat".
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTW ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

  - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Ahad, 12 Julai 2015

APA SALAHNYA BERI DUTI RAYA?






Setiap kali hari raya menjelma, golongan yang paling teruja pastinya kanak-kanak kerana ia merupakan waktu terbaik untuk mengumpul wang menerusi duit raya yang diterima hasil berkunjung dari rumah ke rumah.

Ada yang mengatakan pemberian duit raya ibarat secara tidak sedar sedang melahirkan anak-anak yang berjiwa materialistik selain menjadikan duit sebagai sandaran untuk berziarah...di mana kebenarannya?

Bagi pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, beliau menyangkal pandangan tersebut kerana berpegang pada prinsip bahawa amalan memberi termasuk duit raya adalah sesuatu yang mulia dan amat digalakkan dalam Islam.

"Apa salahnya berikan duit raya kepada kanak-kanak kerana bukankah hari raya untuk gembirakan kanak-kanak," katanya.


Sehubungan itu Ahmad Dusuki menyarankan pemberian 'angpow raya' itu diteruskan dan pada masa sama bagi mereka yang tidak berkemampuan tidak perlu tertekan untuk menyediakan duit raya.

Sementara itu, pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam melontarkan pandangan berbeza dengan berkata jika tradisi memberi duit raya diteruskan, ia mungkin akan menyebabkan kanak-kanak tidak lagi mahu menziarahi rumah saudara-mara atau jiran yang tidak menyediakan 'sampul' khas untuk mereka.

"Kita takut nanti anak-anak hanya mahu pergi ziarah ke rumah yang menjanjikan duit raya dan jika ada rumah yang dikenal pasti tahun sebelumnya tidak beri duit raya, ia tidak akan dikunjungi lagi.

"Jika ini berlaku akhirnya nanti kita (ibu bapa) gagal memupuk serta mendidik mereka bahawa ziarah itu bertujuan mengeratkan siratulrahim," katanya yang juga Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Ramlah menyarankan ibu bapa supaya sentiasa menekankan kepada anak-anak mereka bahawa tentang pentingnya menziarahi rumah saudara mara atau jiran pada usia mereka masih muda kerana jika tidak budaya kunjung mengunjung akan hilang satu masa kelak.

Bagi Noorhidayu Samsuddin, beliau mula memberikan duit raya kepada kanak-kanak sejak mula bekerja pada 2006 dan jumlah yang diberi adalah mengikut kemampuan.

"Pernah dengar mereka cakap jumlah yang diberi sedikit, lalu tegur semula (mereka) kata walaupun sedikit tapi tetap duit," katanya yang merupakan Penolong Penerbit Rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sementara itu, seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Su dari Pantai Dalam menarik perhatian dengan berkata golongan wanita dilihat lebih gemar menyediakan duit raya buat kanak-kanak berbanding lelaki.

"Saya tidak sediakan duit raya kerana semasa kecil tak pernah dapat duit raya, tapi duit raya untuk kanak-kanak bagi keluarga saya disediakan oleh isteri," katanya.

Inspektor Jabatan Penjara (Bahagian Parol) Muhd Kamal Al Bana pula berkata jumlah duit raya yang diberikan kepada kanak-kanak bergantung kepada 'rezeki' semasa sambil menambah setakat ini jumlah paling besar yang diberikan adalah RM5.

"Sudah menjadi tradisi dalam setiap perayaan khususnya kalau hari raya budak-budak mesti target mahu 'angpow' dan paling penting mahu berkongsi perasaan kegembiraan di Aidilfitri," katanya.

- Sumber JAKIM 

Selasa, 7 Julai 2015

SALAM PENGHUJUNG RAMADHAN DARIPADA AJK PPTW



Rasa sebak dan terharu, Ramadhan telah berada di penghujungnya. Semoga dapat bertemu kembali Ramadhan yang akan datang, sama-sama berdoa kepada Allah. Ayuh hidupkan malam-malam terakhir ini. 

Isnin, 6 Julai 2015

KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH SEMPENA CUTI PERAYAAN - 'MAKLUM POLIS - RUMAH SELAMAT'.

Menjelang cuti perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri nanti, ramailah yang akan bercuti panjang untuk pulang ke kampung halaman. Untuk lebih rasa selamat ketika meninggalkan rumah nanti, warga penduduk Taman Warisan dinasihatkan menggunakan  perkhidmatan "Maklum Polis - Rumah Selamat", satu inisiatif di bawah "Community Policing" (COPS) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).




Sempena cuti perayaan ini, COPS bekerjasama dengan PDRM dengan melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah Pecah Rumah dan Curi Kenderaan Sempena Musim Perayaan. Kempen yang dinamakan "Maklum Polis - Rumah Selamat" ini boleh dipohon secara online melalui laman web Community Policing dan boleh buat pilihan samada untuk Mengisi Borang Secara Online ataupun Muat Turun Borang di laman web Community Policing

In Sya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M  pada 17 Julai 2015 (Jumaat). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/ 2015M dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat"..
 

- Pengerusi PPTW
  Borang 'Maklum Polis - Rumah Selamat' telah diedarkan kepada semua ahli.

Sabtu, 4 Julai 2015

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL ALQURAN 1436H DARIPADA AJK PPTW


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)