Ahad, 28 Jun 2015
ZAKAT FITRAH
Rabu, 24 Jun 2015
MESYUARAT AJK PPTW KALI PERTAMA SESI 2015-2017
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Kali Pertama Sesi 2015-2017 Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 26 Jun 2015 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi.
Tempat : Jln. Warisan5, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Semua AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat tersebut. .
Agenda majlis seperti berikut :
11.00 pagi : Bacaan Doa
: Ucapan Pengerusi PPTW
: Laporan Rumusan Mesyurat Agong Kali Ke-6.
: Perbincangan Khas berkaitan Program Marhaban bagi tahun 1436H
: Hal-hal lain.
: : Bersurai
Sekian, terima kasih.
Catatan : 1. Surat pemberitahuan telah diedarkan.
Selasa, 23 Jun 2015
Majlis Perjumpaan PPTW bersama Pemaju (Hashim Aris Holdings Sdn. Bhd.) dan Kontraktor Utama (Teraju A&S Sdn. Bhd.) berkenaan Projek Perumahan Fasa 2 Taman Warisan.
Tarikh : 26 Jun 2015 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi.
Tempat : Jln. Warisan 5, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir supaya segala maklumat berkaitan projek pembinaan perumahan fasa 2 dan implikasinya dapat diketahui bersama demi keharmonian seluruh penduduk taman ini.
Rabu, 17 Jun 2015
SALAM RAMADHAN 1436H/2015M
Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1436H kepada semua warga Taman Warisan. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 18 Jun 2015 (Khamis).
Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat ini.
- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.
Langgan:
Catatan (Atom)