Isnin, 25 April 2016

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJARAN PPTW 2016



Anis Najiha binti Zainudin (SPM 11A)


Muhammad Danish Hakim bin Ahmad (UPSR 5A)

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan tahniah kepada anak warga Taman Warisan yang berjaya menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajaran PPTW 2016. Anugerah Kecemerlangan  Pelajaran ini telah disempurrnakan oleh YB En. Ismail bin Roslan, ADUN Semerah, dalam Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-7 Tahun  2016.

Penerima Anugerah Kecemerlang Pelajaran PPTW 2016 seperti berikut :

1.  Anis Najiha binti Zainudin (SPM 2015 - 11A)
2. Muhammad Danish Hakim bin Ahmad (UPSR 2015 - 5A)

Ahad, 24 April 2016

TERIMA KASIH YANG BERHORMAT ADUN SEMERAH




Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-7 telah diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 23 April 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 petang.
Tempat : Jln. Warisan 4, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : Yang Berhormat En. Ismail bin Roslan, 

                ADUN Semerah. 

Terima kasih YB kerana sudi hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman, Wasiran, Peserai, Batu Pahat Kali Ke-7 Tahun 2016. Terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga Allah memberakti khidmat bakti YB. Terima kasih YB. Terima kasih dan tahniah juga kepada semua yang hadir dalam mesyuarat tersebut. 

Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah penduduk Taman Warisan bertambah mantap.

Jumaat, 8 April 2016

MESYUARAT AGUNG PPTW PESERAI BATU PAHAT KALI KE-7 TAHUN 2016



Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-7 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 23 April 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 petang.
Tempat : Jln. Warisan 4, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : Yang Berhormat En. Ismail bin Roslan, 

                ADUN Semerah. 

Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan  telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-7 Tahun 2016). 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 


8.30 pagi           :     Pendaftaran
9.00 pagi           :     Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-7.
11.00 pagi         :     Acara Penutupan Rasmi : 
                              - Ucapan Aluan Pengerusi PPTW
                              - Ucapan Penutupan Rasmi oleh 
                                Yang Berhormat En.Ismail bin Roslan, ADUN Semerah 
                              - Penyampaian Cenderamata  :
                                        - Hadiah Pelajar Cemerlang
                                        - Cenderamata Perasmi
                        :    - Jamuan & Bersurai 
                      
Sekian, terima kasih.

Catatan :    1.      Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi / 
                            Setiausaha PPTW sebelum atau pada 15 April 2016.
                 2.     Tiada pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-7. 

Rabu, 6 April 2016

YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN TAHUN 2016



Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2016. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan  Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah  menjelaskan yuran tersebut kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan En. Muhamad bin Misman (No. 3, Jalan Warisan 6).

Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat  untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email :tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Sabtu, 2 April 2016

MESYUARAT KHAS PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PERLAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN, BATU PAHAT, JOHOR KALI KE-7 TAHUN 2016



Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  Mesyuarat Khas Pembentangan kertas Kerja mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat Johor Kali Ke-7 tahun 2016, akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   05 APRIL 2016 / 27 JAMADIL AKHIR 1437M (ISNIN)
 MASA     :   9.15 MALAM
TEMPAT  :   NO. 2 JALAN WARISAN 2, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. MOHD DAUD BIN SALLEH PENGERUSI PPTW)
                                
Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.


Sekian. Terima kasih.