Khamis, 30 Jun 2016

PROGRAM 'SYUKUR' SUMBANGAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2016 PPTW





Program ini diadakan bertujuan untuk membantu dan meringakan beban golongan yang memerlukan sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Sumbangan berupa makan asas dan wang disampaikan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Program 'Syukur' Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri PPTW ini sumbernya daripada Majlis Perbandaran Bandaran Batu Pahat melalui Ahli Majlis Kawasan  Peserai. Terima kasih diucapakan kepada En. Fared atas pemilihan peruntukan sumbangan ini.

Pihak PPTW telah memilih En. Azam bin Siraj untuk menerima sumbangan ini.
Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri ini telah disampaikan oleh wakil pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat, pada 29 Jun 2016. Semoga dengan sumbangan ini memberikan sinar dan kegembiraan buat mereka untuk menyambut Aidilfitri....

Rabu, 29 Jun 2016

KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH SEMPENA PERAYAAN 'RUMAH SELAMAT' - BORANG MAKLUMAT BALIK KAMPUNG


Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Orang ramai yang akan meninggalkan rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri digalakkan mengisi Borang Maklumat Balik Kampung bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan di kawasan perumahan anda. Borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan ke balai polis yang berhampiran kawasan anda.

Sabtu, 25 Jun 2016

SALAM PENGHUJUNG RAMADHAN 1437H DARIPADA AJK PPTW




Rasa sebak dan terharu, Ramadhan telah berada di penghujungnya. Semoga dapat bertemu kembali Ramadhan yang akan datang, sama-sama berdoa kepada Allah. Ayuh hidupkan malam-malam terakhir ini. 

Selasa, 21 Jun 2016

SELAMAT MENYAMBUT NUZULAL-QURAN 1437H DARIPADA AJK PPTW



Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Jumaat, 3 Jun 2016

SALAM RAMADHAN 1437H/2016M





 

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1437H kepada semua warga Taman Warisan. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 6 Jun 2016 (Isnin).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami AJK mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat ini.


- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.