Khamis, 21 Julai 2016

MALAM KEEMPAT (20 JULAI 2016) : MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1437H/2016M, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.


Alhamdulillah, marilah kita bersama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua Program Marhaban dan Majlis Penutup Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1437H/2016M yang dirancang berjalan dengan jayanya. 

Kunjungan Marhaban dari rumah ke rumah, yang mana acara kemuncaknya pada hari Rabu (malam Khamis) 20 Julai 2016 di Jalan Warisan 2, Taman Warisan. Pada malam keempat  ini sebanyak 7 buah rumah telah dapat dikunjungi di Jalan Warisan 1 & 2. Tahun ini giliran warga Jalan Warisan 2 mengendalikan Majlis Penutupan Program Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1437H/2016M. 

Program ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang di kalangan kariah Taman Warisan dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga Taman Warisan Perserai, Batu Pahat, Johor.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Taman Warisan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, samada sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun peralatan dan barang keperluan. Kutipan Tabung Marhaban Sambutan Aidil Fitri Pertubuhan Penduduk Taman Warisan bagi tahun 1437H/2016M berjumlah  RM 1000.50

Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Program Marhaban dan Majlis Penutupan Marhaban Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor.

Agenda Majlis Penutup Marhaban PPTW 1437H/2016M (10.30 Malam)  :
  • Jamuan Hari Raya
  • Ucapan Aluan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan
  • Pengisytiharan Kutipan Tabung Marhaban 1437H/2016M
  • Cabutan Nama Bertuah 
  • Bacaan Doa oleh Tn. Hj. Mazlan bin Saman (Tuan Imam Masjid Jamek Ar-Raudhah Peserai, Batu Pahat)
  • Bersurai







Rabu, 20 Julai 2016

MALAM KETIGA (19 JULAI 2016) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1437H/2016M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1437H/2016M dapat diteruskan untuk malam  yang ketiga (19.7.2016/14 Syawal 10437H). Warga Jalan Warisan 3 dan 4 menjadi tuan rumah. Pada malam ketiga ini sebanyak 12 buah rumah telah dapat dikunjungi.  








Selasa, 19 Julai 2016

MALAM KEDUA (18 JULAI 2016) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1437H/2016M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.

Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1437H/2016M dapat diteruskan untuk malam  yang kedua (18.7.2016/13 Syawal 10437H). Warga Jalan Warisan 5 dan 6 menjadi tuan rumah. Pada malam kedua ini sebanyak 11 buah rumah telah dapat dikunjungi.  











Isnin, 18 Julai 2016

MALAM PERTAMA (17 JULAI 2016) : MAJLIS 'BARAAN' MARHABAN PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI 1437H/2016M, TAMAN WARISAN PESERAI, BATU PAHAT.


Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kecemerlangan diri. Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1437H/2016M yang dirancang berjalan dengan jayanya. Bermula pada 17 Julai 2016 bersamaan 12 Syawal 10437H (Ahad) dengan warga Jalan Warisan 7 menjadi tuan rumah pada malam pertama. Syukur dan puji-pujian kepada Allah, majlis malam pertama sungguh meriah, ceria dan penuh ukhwah. Pada malam pertama ini sebanyak 6 buah rumah telah dikunjungi.














Jumaat, 8 Julai 2016

PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PPTW TAHUN 1437H/2016M



Gambar Hisan :  Kunjungan Marhaban ke rumah Pengerusi PPTW (1436H/2015M)

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan Program Marhaban sambutan  Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan diadakan seperti ketentuan berikut : 

JADUAL MARHABAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1437H/2016M  PPTW

MASA
HARI/ TARIKH
RUMAH KUNJUNGAN
BILANGAN RUMAH
LOKASI JAMUAN AKHIR MARHABAN
CATATAN
SELEPAS SOLAT ISYAK
17.07.2016
(AHAD)
JLN WARISAN     7
6
JLN WARISAN 7

18.07.2016
(ISNIN)
JLN WARISAN     5 & 6
14
JLN WARISAN 6

19.07.2016
(SELASA)
JLN WARISAN     3 & 4
12
JLN WARISAN 3
Termasuk rumah En. Shamsudin & 
Hj. Md. Shah
20.07.2016
(RABU)
JLN WARISAN
 1 & 2
11
JLN WARISAN 2
Termasuk rumah Tn. Hj Ariff,
En. Azman &
En. Saadon
MAJLIS PENUTUP MARHABAN


Majlis Marhaban ini terbuka kepada semua penduduk Taman Warisan.  Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian kepada penduduk.

Catatan : Surat pemberitahuan dan Jadual Program Marhaban Hari Raya Aidilfitri 1437H/2016M telah diedarkan kepada warga PPTW

 - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor

Selasa, 5 Julai 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1437H/2016M


In sya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1437H/2016M  pada 
06 Julai 2016 (Rabu). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H/ 2016M dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. 
 Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat".
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTW ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

  - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Sabtu, 2 Julai 2016

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.



Alhamdulillah, Perkidmatan Kawalan Keselamatan di Taman Warisan,Peserai, Batu Pahat, telah beroperasi pada 1 Jullai 2016. Pihak AJK Pertubuhnan Penduduk Taman Warisan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ahli PPTW yang telah memberi kerjasama yang jitu untuk terlaksananya program ini. Perkhidmatan ini mula beroperasi pada 1 Julai 2016.