Khamis, 29 Jun 2017

JADUAL MARHABAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1438H/2017 PPTW


MASA
HARI/ TARIKH
RUMAH KUNJUNGAN
BIL RUMAH
LOKASI JAMUAN 
CATATAN
SELEPAS SOLAT ISYAK
10.07.2017
(ISNIN)
JLN WARISAN
1 & 2

11
JLN WARISAN  2
Termasuk rumah Tn. Hj Ariff, En. Azman & En. Saadon
11.07.2017
(SELASA)
JLN WARISAN
 5  & 6


14
JLN WARISAN  6
Termasuk rumah En. Shamsudin
12.08.2017
(RABU)
JLN WARISAN   7


06
JLN WARISAN  7

14.07.2017
(JUMAAT)
JLN WARISAN
3 & 4

12
JLN WARISAN  4
Termasuk rumah
En. Shamsudin &
Tn. Hj. Mohd Shah
Majlis Penutupan Marhaban


Majlis Marhaban ini terbuka kepada semua penduduk Taman Warisan.  Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian kepada penduduk.

Catatan : Surat pemberitahuan dan Jadual Program Marhaban Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M telah diedarkan kepada warga PPTW.

Jumaat, 23 Jun 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1438H/2017M

In sya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M  pada 
25 Jun 2017 (Ahad). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/ 2017M dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. 
 Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat".
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTW ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

  - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Rabu, 21 Jun 2017

TIPS BALIK KAMPUNG DENGAN SELAMAT PADA MUSIM PERAYAAN




In Shaa Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidifitri 1438H/2017M  pada 25 Jun 2017 (Ahad). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H/ 2017M dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya dan mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk mengelakkan berlakunya kejadian kecurian dan pecah rumah. Diingatkan patuhi undang-undang lalu lintas dan ingatlah orang yang tersayang, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir Pertubuhan Penduduk Taman Warisan ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama. 


Selamat menyambut idul fitri. Salam Aidilfitri.


,<KLIK DI SINI>   MUAT TURUN BORANG 'KEMPEN BALIK KAMPUNG DENGAN                                         SELAMAT'.

Isnin, 12 Jun 2017

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN TAHUN 1438 H / 2017M





Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)