Jumaat, 30 Mac 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG : MENGECAT PONDOK CEGAH JENAYAH & MENCERIAKAN JALAN MASUK KE TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.




Syukur kehadrat Allah S.W.T, Program Gotong Royong  : Mengecat Pondok Cegah Jenayah & Menceriakan Jalan Masuk Ke Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti ketentuan  berikut :


TARIKH   :   30 MAC 2014 (JUMAAT)
MASA     :    8.30 PAGI
TEMPAT  :   PONDOK CEGAH JENAYAH & LONGAKNG DAN PARIT JALAN MASUK KE TAMAN WARISAN. 
                
Aktiviti program tersebut :
  1. Mengecat dan membersihkan longkang serta parit  (aktiviti kaum bapa)
  2. Menanam pokok bunga dan mini landskap  (aktiviti kaum ibu)
  3. Jamuan kudapan (di hadapan Pondok Cegah Jenayah)  
Terima kasih kepada yang dapat hadir dan bersama-sama menjalankan aktiviti tersebut sambil mengeratkan silaturahim dan memupuk pemuafakatan seluruh penduduk Taman Warisan serta meelaksanakan aktiviti pencegahan wabak Denggi.                    


- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Rabu, 28 Mac 2018

MAJLIS PERSEFAHAMANAN JUALBELI GERAI & KONTRAK SEWAAN DI TAMAN WARISAN



Majlis Persefahaman Jualbeli Bangunan Gerai Azrol Station 
Di Taman Warisan, Peserai Batu Pahat.






Majlis Persefahaman Jualbeli Bangunan Gerai Azrol Station di hadapan Taman Warisan telah diadakan dengan ketentuan berikut :
Tarikh : 27 Mac 2018
Tempat : Kilang Norli Products Sdn. Bhad. No. 75, Kg. Mampan, Simpang Lima, 83020 Batu Pahat.
Masa : 10.00 malam.

*********************************************************************************************************

Majlis Persefahaman Sewaan Gerai Untuk Waktu Tertentu (Kontrak) 
Di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.



Majlis Persefahaman Sewaan Gerai Untuk Waktu Tertentu (Kontrak) di Taman Warisan (Gerai Azrol Station di hadapan Taman Warisan)  telah diadakan dengan ketentuan berikut :
Tarikh : 27 Mac 2018
Tempat : Gerai Azrol Station, Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.
Masa : 11.00 malam.
  
Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan membahagiakan warga Taman Warisan.

- Pengerusi PPTW

Selasa, 27 Mac 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG : MENGECAT PONDOK CEGAH JENAYAH & MENCERIAKAN JALAN MASUK KE TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.


Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T,  sukacitanya dimaklumkan  Program Gotong Royong  : Mengecat Pondok Cegah Jenayah & Menceriakan Jalan Masuk Ke Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

TARIKH   :   30 MAC 2018 (SABTU)
MASA     :    8.30 PAGI
TEMPAT  :   PONDOK CEGAH JENAYAH & LONGAKNG DAN PARIT JALAN MASUK KE TAMAN WARISAN. 
                
Aktiviti program tersebut :
  1. Mengecat dan membersihkan longkang serta parit  (aktiviti kaum bapa)
  2. Menanam pokok bunga dan mini landskap  (aktiviti kaum ibu)
  3. Jamuan kudapan (di hadapan Pondok Cegah Jenayah)  
Diharap semua dapat hadir dan bersama-sama menjalankan aktiviti tersebut sambil mengeratkan silaturahim dan memupuk pemuafakatan seluruh penduduk Taman Warisan serta melaksanakan aktiviti pencegahan wabak Denggi. .                       


Sekian. Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Khamis, 15 Mac 2018

TAHNIAH ANDA BERJAYA


Pada 6 Mac dan 15 Mac 2018  keputusan STPM & SPM 2018 telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada ibu bapa dan  calon STPM & SPM 2017 warga Taman Warisan Peserai, Batu Pahat kerana berjaya dengan cemerlang dalam STPM & SPM  2017. Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua 

Kepada ibu bapa yang mana anak mereka mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat gred A untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM & SPM 2017  (anak ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat) bolehlah memohon Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada website ini. Permohonan yang lengkap bolehlah diserahkan kepada Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.
 

- Pengerusi PPTW

Jumaat, 2 Mac 2018

MESYUARAT AGUNG PPTW PESERAI BATU PAHAT KALI KE-9 TAHUN 2018




Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-9 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 31 Mac  2018 (Sabtut)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Jln. Warisan 4, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : YB Dato' Dr. Noraini binti Hj. Ahmad,  Ahli Perlimen Parit Sulung, 

                Batu Pahat, Johor. 

Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan  telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-9 Tahun 2018). 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 


9.00 pagi           :     Pendaftaran
9.30 pagi           :     Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-8.
11.30 pagi         :     Acara Penutupan Rasmi : 
                              - Ucapan Aluan Pengerusi PPTW
                              - Ucapan Penutupan Rasmi oleh 
                                YB Dato' Dr. Noraini binti Hj. Ahmad,  Ahli Perlimen Parit Sulung, 
                                Batu Pahat, Johor.   
                              - Penyampaian Cenderamata  :
                                        - Hadiah & Anugerah Pelajar Cemerlang
                                        - Cenderamata Perasmi
                        :    - Jamuan Jalinan Kasih : Semua ahli dan anak-anak ahli dipersilakan                                                                        hadir untuk menikmati jamuan tengah hari.                             - Bersurai                           .
                            
Sekian, terima kasih.

Catatan :    1.    Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi / 
                            Setiausaha PPTW selewat-lewatnya pada 15 Mac 2018.
                  2.   Tiada  Pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-9, Tahun    
                        2018.