Sabtu, 30 Jun 2018

MALAM KE-4 (29 JUN 2018) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.



Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M dapat diteruskan untuk malam  yang keempat (29 Jun 2018/15 Syawal 10439H). Warga Jalan Warisan 1 & 2  menjadi tuan rumah. Pada malam keempat  ini sebanyak 09 buah rumah lagi  telah dapat dikunjungi.  

Malam keempat Majlis Marhaban PPTW menerima kehadiran YB Mohd Khuzzan bin Abu Bakar ADUN Semerah, kehadiran beliau untuk sesi berkenalan, ramah mesra dan ziarah warga penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Terima kasih YB Mohd Khuzzan atas kesudian beliau bersama dalam Majlis Marhaban PPTW 2018.

Terima kasih diucapakan kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut.


Ucapan Ringkas YB Mohd Khuzzan bin Abu Bakar 
ADUN Semerah, 



Ucapan Aluan En. Mohd Daud bin Salleh, Pengerusi PPTW 




Khamis, 28 Jun 2018

MALAM KE-3 (27 JUN 2018) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.


Image may contain: 23 people, people smiling, people standing and indoor

Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M dapat diteruskan untuk malam  yang ketiga ( 27 Jun 2018/12 Syawal 10439H). Warga Jalan Warisan 3 menjadi tuan rumah. Pada malam ketiga  ini sebanyak 09 buah rumah lagi  telah dapat dikunjungi.  

Terima kasih diucapakan kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut.

Rabu, 27 Jun 2018

MALAM KE-2 (26 JUN 2018) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.


Image may contain: 24 people, people smiling, people sitting and indoor

Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M dapat diteruskan untuk malam  yang kedua ( 26 Jun 2018/12 Syawal 10439H). Warga Jalan Warisan 5 dan 6 menjadi tuan rumah. Pada malam kedua ini sebanyak 10 buah rumah lagi  telah dapat dikunjungi.  

Terima kasih diucapakan kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut.

Selasa, 26 Jun 2018

MALAM PERTAMA (25 JUN 2018) : MAJLIS 'BARAAN' MARHABAN PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI 1439H/2018M, TAMAN WARISAN PESERAI, BATU PAHAT.



Image may contain: 16 people, people smiling, people sitting, table and indoor


Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kecemerlangan diri. Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M yang dirancang berjalan dengan jayanya. Bermula pada 25 Jun 2018 bersamaan 11 Syawal 10439H (Isnin) dengan warga Jalan Warisan 6 & 7 menjadi tuan rumah pada malam pertama. Syukur dan puji-pujian kepada Allah, majlis malam pertama sungguh meriah, ceria dan penuh ukhwah. Pada malam pertama ini sebanyak 10 buah rumah telah dikunjungi.


Terima kasih diucapakan kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut.

Ahad, 24 Jun 2018

JADUAL MARHABAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1439H/2018 PPTW




JADUAL MARHABAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1439H/2018 PPTW


MASA
HARI/ TARIKH
RUMAH KUNJUNGAN
BIL RUMAH
CATATAN
SELEPAS SOLAT ISYAK
25.06.2018
11 SYAWAL 1439
(ISNIN)
JLN WARISAN
6 & 7

10

26.06.2018
12 SYAWAL 1439
(SELASA)
JLN WARISAN
 5  & 6


10

27.06.2018
13 SYAWAL 1439
(RABU)
JLN WARISAN
   3


09
Termasuk rumah
En. Shamsudin
Tn. Hj. Mohd Shah

29.06.2018
15 SYAWAL 1439
(JUMAAT)


JLN WARISAN
1 & 2

10
Termasuk rumah
Tn. Hj Ariff,
En. Azman
30.06.2018
16 SYAWAL 1439
(SABTU)
JLN WARISAN
3

04
Termasuk rumah
En. Saadon
Majlis Penutup Marhaban
Jamuan Perdana


Majlis Marhaban ini terbuka kepada semua penduduk Taman Warisan.  Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian kepada penduduk.

Catatan : Surat pemberitahuan dan Jadual Program Marhaban Hari Raya Aidilfitri 1439H/2018M telah diedarkan kepada warga PPTW pada 8 Jun 2018/23 Ramadhan 1439H.

Malam Penutup Marhaban akan diadakan Jamuan Perdana Tautan Ukhuwah Aidilfitri Tahun 1439H/2018M.

Khamis, 14 Jun 2018

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1439H/2018M

In sya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H/2018M  pada 
15 Jun 2018 (Jumaat). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H/ 2018M dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. 
 Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat".
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTW ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

  - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.