Ahad, 13 Januari 2019

MESYUARAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA ADUN SEMERAH & AHLI MAJLIS KAWASAN SEMERAH





Majlis Pertemuan dan Perbincangan bersama YB. Tn. Mohd Khuzzan bin Abu Bakar,ADUN Kawasan Semerah berhubung bantahan Pembinaan taman baharu bersebelahan Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, yang menggunakan nama Taman Warisan juga dan perkara lain-lain yang berkaitan dengannya. Pada Jumaat, 11 Januari 2019, jam 9.00 malam, bertempat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Semerah, No. 2A, Jalan Peserai Indah, Taman Peserai Indah, Batu Pahat.

Selasa, 1 Januari 2019

SALAM TAHUN BARU 2019


Warga Taman Warisan yang mulia,
AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2019 ini.

Diharapkan tahun 2019 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu sambil ditemani dengan azam baru. Walapun tahun 2019 penuh dengan cabaran dalam kehidupan.


“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan. 

Tahniah!. Selamat Menyambut Tahun Baru 2019.

-Pengerusi
 Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.