Khamis, 23 April 2020

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1441H/2020M



 

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1441H kepada semua warga Taman Warisan. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 24 April 2020 (Jumaat).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami AJK mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat ini.


- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.

Sabtu, 14 Mac 2020

MESYUARAT AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN PESERAI BATU PAHAT JOHOR KALI KE-4 SESI 2019-2021.

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  Mesyuarat AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat Johor Kali Ke-5 Sesi 2017-2019, akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   16 MAC 2020/21 REJAB 1441 (ISNIN)
 MASA     :   9.15 MALAM
TEMPAT  :   NO. 1 JALAN WARISAN 4, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH TN. HJ. MAZLAN BIN SAMAN, NAIB PENGERUSI PPTW)
                                
Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.


Sekian. Terima kasih.

Rabu, 1 Januari 2020

SALAM TAHUN BARU 2020



Warga Taman Warisan yang mulia,
AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2020 ini.

Diharapkan tahun 2020 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu sambil ditemani dengan azam baru. Walapun tahun 2020 penuh dengan cabaran dalam kehidupan.


“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan. 

Tahniah!. Selamat Menyambut Tahun Baru 2020.

-Pengerusi
 Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.

Isnin, 3 Jun 2019

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1440H/2019M

In sya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1440H/2019M  pada 
5 Jun 2019 (Rabu). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H/ 2019M dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. 
 Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat".
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTW ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

  - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Ahad, 5 Mei 2019

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1440H/2019M




 

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1440H kepada semua warga Taman Warisan. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 6 Mei  2019 (Isnin).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami AJK mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat ini.


- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.

Ahad, 7 April 2019

GOTONG ROYONG PERDANA CEGAH DENGGI PPTW 2019


         Program  Gotong Royong Perdana Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat anjuran bersama Pejabat Kesihatan Batu Pahat dan disertai juga beberapa agensi lain seperti SWM, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Bomba dan lain-lain, yang mana Majlis Perasmiannya disempurnakan oleh  En.  Azman bin Musa, Ahli  Majlis  Zon 8, Semerah, Batu Pahat, telah dilanksanakan sepeti ketentuan berikut :


           Tarikh             :  6 April 2019 (Sabtu)
            Masa              :  8.30 pagi – 12.00 tengah hari
           Tempat           :  Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.

           




 








    

Sabtu, 23 Mac 2019

MESYUARAT AGUNG PPTW KALI KE-10, 2019


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-10 telah dapat dilaksanakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 22 Mac  2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Jln. Warisan 4, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : Yang Berbahagia En. Azman bin Musa, Ahli Majlis Zon 8, Semerah, 
                                   Batu Pahat, Johor. 

Terima kasih kepada ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 


2.30 petang       :     Pendaftaran
3.00 petag         :     Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-8.
4.45 petang        :     Acara Penutupan Rasmi : 
                              - Ucapan Aluan Pengerusi PPTW
                              - Ucapan Penutupan Rasmi oleh 
                                Yang Berbahagia En Azman Musa, Ahli Majlis ,Zon 8, Semerah..   
                              - Penyampaian Cenderamata  :
                                        - Hadiah & Anugerah Pelajar Cemerlang                                 
                                        - Cenderamata Perasmi
                        :    - Jamuan Jalinan Kasih : Semua ahli dan anak-anak ahli dipersilakan                                                                                hadir untuk menikmati jamuan.                                                           - Bersurai                           .
                             
Sekian, terima kasih.