
Keputusan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah diumumkan pada 17 November 2016. Kami AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warsan ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada anak-anak yang cemerlang dalam UPSR.
Kejayaan tersebut hakikatnya, adalah mukadimah untuk mencapai sasaran bagi
menjadi generasi rabbani yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa,
negara dan keluarga.
Kepada yang kurang cemerlang kami
nyatakan bahawa UPSR bukanlah segala-galanya.
Terlalu banyak tokoh-tokoh dunia yang hebat, bermula dengan pencapaian yang
biasa. Ia menjadi satu pembakar semangat bagi mereka untuk mendaki tangga
kejayaan dan akhirnya jauh lebih cemerlang daripada mereka yang sejak mulanya
'selesa' dengan kejayaan demi kejayaan.
Teruskan perjuangan menuntut ilmu kerana individu yang hebat, tidak ada
dalam kamus hidupnya dua perkara; putus asa dan penat lelah.
Sekali
lagi diucapkan tahniah dan syabas.