Isnin, 5 Mac 2012

LELAKI BERGELANG TANGAN





Assalamu'alaikum Wr. Wb. 
Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.
Hakikatnya banyak cara lain yang boleh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
“Apakah bendanya ini”?Lelaki itu berkata,”Ia adalah gelang perubatan”. Rasullulalah bersabda,”Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” (Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad)
Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri dan lain-lain. Maka sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis-jenis gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.
wallhualam.

Sumber : Ustaz Zainuddin Hashim


Ahad, 4 Mac 2012

HARI KEJIRANAN 2012 PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN : GOTONG ROYONG PERDANA CEGAH DENGGI DAN KEMPEN KITAR SEMULA





Assalamu'alaikum Wr. Wb.



Alhamdulilah, syukur kehadrat Allah S.W.T, Hari Kejiranan 2012 Taman Warisan Batu Pahat : Gotong Royong Perdana Cegah Denggi dan Kempen Kitar Semula dapat dilaksanakan mengikut jadual. Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua warga Taman Warisan  yang telah menjayakan program ini. Semua warga Taman Warisan telah memberikan sokongan dan kerjasama yang cukup hebat. Semoga, semangat ini akan berterusan untuk aktiviti seterusnya.Terima kasih untuk semua.


- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Jumaat, 2 Mac 2012

HARI KEJIRANAN 2012 PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN : GOTONG ROYONG PERDANA CEGAH DENGGI DAN KEMPEN KITAR SEMULA





 Assalamu'alaikum Wr. Wb.


Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T,  sukacitanya dimaklumkan  Hari Kejiranan 2012 Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat : Gotong Royong Perdana Cegah Denggi dan Kempen Kitar Semula  akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

TARIKH   :   04 MAC 2012 (AHAD)
MASA     :   09.00 PAGI
TEMPAT  :   SELURUH KAWASAN TAMAN WARISAN  PESERAI, BATU PAHAT. 
                
Aktiviti program tersebut :
  1. Meracun rumput dan lalang bersebelahan lorong Warisan 4, 5, 6 dan 7 (Aktiviti kaum bapa)
  2. Mencantas pokok teduhan di kawasan taman permainan (Aktiviti kaum bapa).
  3. Membersihkan sampah sarap sepanjang lorong utama dan lorong masing-masaing (aktiviti kaum ibu)
  4. Membersihkan longkang di bahagian hadapan dan belakang rumah (Aktiviti kaum ibu)
  5. KEMPEN KITAR SEMULA  bahan terpakai / terbuang seperti kertas surat khabar, barang plastik dan besi (Aktiviti anak-anak ahli. Barangan tersebut akan dikumpulkan di kawasan Taman Permainan dan akan dijual kepada peraih dan hasil jualannya akan disimpan dalam tabung pertubuhan ini)
  6. Jamuan tengah hari (Nasi ambang / di rumah Imam Hj. Mazlan) dan bersurai.  
Diharap semua dapat hadir dan bersama-sama menjalankan aktiviti tersebut sambil mengeratkan silaturahim dan memupuk pemuafakatan seluruh penduduk Taman Warisan.                        


Sekian. Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Sabtu, 25 Februari 2012

MESYUARAT AJK PERTUBUHAN TAMAN WARISAN KALI KEDUA SESI 2011/2013

Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T,  sukacitanya dimaklumkan  mesyuarat AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-2 Sesi 2011/2012 akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   26 FEBRUARI 2012 (AHAD)
 MASA     :   09.00 MALAM
TEMPAT  :   NO. 2, JALAN WARISAN 2, TAMAN WARISAN, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. MOHD DAUD BIN SALLEH, PENGERUSI PPTW)
                               


Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.



Sekian. Terima kasih.

Sabtu, 4 Februari 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL 1433H/5 FEB 2012





Assalamu'alaikum Wr. Wb.


AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat menyambut Muaulidur Rasul 1433H. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi  Muhammad S.A.W. Sempena hari keputeraan baginda 12 Rabiul Awal 1433H, bersamaan 05 Februari 2012 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2012 ini.





- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

 

Isnin, 16 Januari 2012

JOM MASUK U

Assalamu'alaikum Wr. Wb. Warga Taman Warisan.
Perhatian untuk ibu bapa dan anak-anak Taman Warisan yang mengambil SPM dan STPM tahun 2011.





Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2012
Karvinal Jom Masuk U 2012 akan berlangsung seperti berikut :


Tarikh
Lokasi
14 – 15 Januari
Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
28 – 29 Januari
Terengganu Trade Centre, Terengganu
04 – 05 Februari
Sunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang
11 –12 Februari
Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
18 – 19 Februari
Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
25 – 26 Februari
Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan
03 –0 4 Mac
Port Dickson, Negeri Sembilan
10 – 11 Mac
Permata Exhibition Hall, Kuching, Sarawak
17 – 18 Mac
Kuala Kangsar, Perak
24 – 25 Mac
PERSADA, Johor Bahru, Johor
31 Mac – 1 April
MINES International Exhibition Centre, Selangor


Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sila layari laman web kementerian pengajian tinggi untuk maklumat yang terkini.

Rabu, 4 Januari 2012

PENDAFTARAN KEAHLIAN DAN YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN






Assalamu'alaikum Wr. Wb.


Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Pendaftaran Keahlian dan Yuran Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. Masih ramai penduduk Taman Warisan belum mengembalikan  Borang Pendaftaran Keahlian dan Yuran Petubuhan (untuk tahun 2011) yang lengkap berserta pembayarannya,

Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. 
Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.

Kembalikan borang yang lengkap diisi tersebut berserta pembayarannya kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.