Khamis, 1 Mei 2014

HARI PEKERJA



Warga Taman Warisan, 
AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja  2014 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2014 ini.

Diharapkan tahun 2014 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. 


“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Tahniah!. Selamat Menyambut Hari Pekerja 2014.

Selasa, 22 April 2014

ADUAN ANJING LIAR BERKELIARAN DI TAMAN WARISAN PESERAI BATU PAHAT

Pada 20 April 2014, satu aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat berkaitan dengan anjing liar yang berkeliaran di Taman Warisan terutama di kawasan padang permainan. Anjing liar ini menganggu keselesaan penduduk Taman Warisan termasuk kanak-kanak dan boleh mengancam keselamat kanak-kanak ketika berada di padang permainan.



- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.

Isnin, 7 April 2014

TAMAN WARISAN MENJADI KOMUNITI TERPILIH KAJIAN UPM






Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat telah menjadi komuniti terpilih untuk kajian mengenai Modal Sosial dan Semangat Komuniti di kalangan komuniti online berasaskan kediaman di Malaysia oleh Fakuliti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.  Sesi Temu bual bersama pelajar tahun akhir Bacelor Sains Pembangunan Manusia dan Pensyarah Fakuliti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, telah berlangsung pada 6 April 2014, jam 11.00 pagi di No. 2, Jalan Warisan 2, Taman Warisan, Batu Pahat. 

Rabu, 26 Mac 2014

MAJLIS CERAMAH MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN PESERAI, BATU PAHAT TAHUN 2014M/1435H




Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Ceramah Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor Tahun 2014/1435H akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 28 Mac 2014 / 26 Jamadil Awal 1435H (Jumaat)
Masa :  9.15 malam
Tempat : Jalan Warisan 2, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat, Johor.
Perceramah : Yang Berbahagia Ustaz Hj. Zainuddin bin Khusil, 

                       Penolong Pegawai Pendidikan Agama Daerah Batu Pahat.

Semua penduduk Taman Warisan khususnya dan tuan puan  dipersilakan hadir ke majlis tersebut.

Aturcara Majlis seperti berikut :

9.15 malam        :     Ketibaan tetamu jemputan & VIP
                         :     Ketibaan Penceramah Undangan
                         :     Bacaan Rawi dan Selawat oleh En. Mustafa bin Ismail
                         :     Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.
                               (Tn. Hj. Mazlan bin Saman)

9.35 malam        :     Ceramah Maulidur Rasul S.A.W. 1434H.
                         :     Bacaan Do'a
                         :     Penyampaian Cenderamata                   
11.00 malam      :     Bersurai
                           
Sekian, terima kasih.

Ahad, 23 Mac 2014

YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN 2014



Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2014. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan  Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah  menjelaskan yuran tersebut kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan En. Muhamad bin Misman. 

Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat  untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Jumaat, 21 Mac 2014

TAHNIAH ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM STPM & SPM 2013



Pada 19 Mac dan 20 Mac 2014  keputusan STPM & SPM 2013 telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada ibu bapa dan  calon STPM & SPM 2013 warga Taman Warisan Peserai, Batu Pahat kerana berjaya dengan cemerlang dalam STPM & SPM  2013. Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua 

Kepada ibu bapa yang mana anak mereka mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat gred A untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM & SPM 2013  (anak ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat) bolehlah memohon Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada website ini. Permohonan yang lengkap bolehlah diserahkan kepada Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.
 

- Pengerusi PPTW

Rabu, 19 Mac 2014

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN KALI KE-5 TAHUN 2014



Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-5 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 28 Mac 2014 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang.
Tempat : Jln. Warisan 2, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : YB En. Mohd Ismail bin Hj. Roslan, 

                Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah.
 

Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan  telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-5 Tahun 2014). 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 


2.30 petang       :     Pendaftaran
3.00 petang       :     Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-5
5.20 petang       :     Penutupan Rasmi - Oleh YB En. Ismail bin Hj. Roslan ADUN Semerah
                        :     Penyampaian Cenderamata
  • Hadiah Pelajar Cemerlang
  • Cenderamata kepada semua ahli berdaftar
  • Hadiah Perasmi

                        :     Jamuan & Bersurai 
                              
Sekian, terima kasih.

Catatan :    1.    Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi / 
                            Setiausaha PPTW sebelum atau pada 24 Mac 2014.
                 2.    Tiada pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-5..