Khamis, 26 Jun 2014
SALAM RAMADHAN 1435H/2014M
Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1435H kepada semua warga Taman Warisan. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 29 Jun 2014 (Ahad).
Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat ini.
- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.
Khamis, 12 Jun 2014
SALAM TAKZIAH BUAT TN. HJ. MAT JUSOH SEKELUARGA
AJK PPTW dan seluruh warga penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengucapkan salam takziah kepada Tn. Hj. Mat Jusoh bin Daud sekeluarga atas kembalinya isteri beliau Pn. Hjh. Zainah binti Ithnin ke rahmatullah pada 11 Jun 2014/13 Syaaban 1435 (Rabu) di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, lebih kurang pada jam 7.30 malam.
Marilah kita sedekahkan alfatihah buat Allahyarmah Pn. Hjh. Zainah binti Ithnin agar rohnya cucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَ ّحْمَنِ-اارَّحِيم
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ
- Pengerusi PPTW Peserai.
Marilah kita sedekahkan alfatihah buat Allahyarmah Pn. Hjh. Zainah binti Ithnin agar rohnya cucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَ
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ
- Pengerusi PPTW Peserai.
Selasa, 3 Jun 2014
TINDAKAN ADUAN ANJING LIAR OLEH MPBP
Tindakan MPBP terhadap aduan berkaitan anjing liar yang berkeliaran di Taman Warisan adalah seperti dalam surat yang dilampirkan di atas. Terima kasih diucapkan kepada MPBP atas keprihatinan pihak tuan.
-Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat.
Isnin, 26 Mei 2014
SELAMAT MENYAMBUT ISRAK DAN MIKRAJ
Tanggal 27 Rejab 1435 Hijrah /27 Mei 2014 M , kita sekali lagi menyambut untuk memperingati peristiwa israk mikraj. Ini adalah baik kerana menunjukkan bahawa umat Islam cakna dan mengambil tahu tentang 27 Rejab 1435 atau israk mikraj. Namun, apa yang lebih penting di sini ialah bagaimana kita mengambil pengajaran, penghayatan dan mengaplikasi dalam kehidupan kita daripada kisah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dalam kisah israk mikraj ini?
Marilah kita sama-sama juga menghayati peristiwa penting dan paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Khamis, 1 Mei 2014
HARI PEKERJA
Warga Taman Warisan,
AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2014 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2014 ini.
Diharapkan tahun 2014 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Tahniah!. Selamat Menyambut Hari Pekerja 2014.
Selasa, 22 April 2014
ADUAN ANJING LIAR BERKELIARAN DI TAMAN WARISAN PESERAI BATU PAHAT
Pada 20 April 2014, satu aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat berkaitan dengan anjing liar yang berkeliaran di Taman Warisan terutama di kawasan padang permainan. Anjing liar ini menganggu keselesaan penduduk Taman Warisan termasuk kanak-kanak dan boleh mengancam keselamat kanak-kanak ketika berada di padang permainan.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.
Isnin, 7 April 2014
TAMAN WARISAN MENJADI KOMUNITI TERPILIH KAJIAN UPM
Langgan:
Catatan (Atom)












