Selasa, 8 Julai 2014

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 2014 SELURUH NEGERI



Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.
Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri
Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
Lampiran kadar bayaran zakat fitrah yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri

NegeriTahun 2014 (RM) [Terkini]Tahun 2013 (RM)
Perlis6.506.00
Kedah7.007.00
Pulau Pinang7.007.00
Perak7.007.00
Selangor7.007.00
Negeri Sembilan6.506.50
Melaka6.706.50
Johor8.00/5.00*5.00/8.00*
Pahang7.007.00
Terengganu7.60/7.00/4.50*4.50/7.00/7.60*
Kelantan7.007.00
Sarawak7.006.50
Sabah7.007.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.007.00
* Perbezaan kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan

Harga Fitrah RM 5.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)
mysumber.com : kadar bayaran zakat fitrah 2014 seluruh negeri 

Khamis, 3 Julai 2014

TUT POKOK



Cara untuk Tut Pokok ( Air Layering or Marcotting )
Pokok bunga jenis berkayu seperti kenanga dan cempaka serta pokok 
buah-buahan seperti limau, dokong dan jambu boleh dibiakkan dengan 
kaedah tut pada dahan matang pokok tersebut.

Di sini ditunjukkan cara-cara untuk Tut pokok bunga kenanga ( Canangium odorata atau Ylang-ylang ).


Sediakan satu gumpalan tanah kebun yang dilembabkan dengan air,

 satu keping plastik untuk membungkus dan dua utas tali rafia untuk mengikat.


Pilih dahan yang telah matang yang sesuai untuk ditut.


Buat dua gelangan pada dahan tersebut menggunakan pisau yang tajam

dan bersih. Pastikan anda tidak membuat gelangan pada bahagian dahan 
yang mempunyai tunas. Buang kulit dahan di antara gelangan tadi. 
Kikis perlahan-lahan permukaan kayu di antara gelangan tadi untuk membuang 
sisa-sisa kulit dahan. Biarkan beberapa minit untuk mengeringkan permukaan kayu tadi.


Letakkan gumpalan tanah yang lembab pada dahan yang telah 

dibuang kulit luarnya dan bungkus tanah tadi mengelilinginya. 
Saiz gumpalan tanah  bergantung kepada saiz dahan pokok. Balut plastik pembungkus pada dahan pokok dan ikat bahagian atas dan bawah gumpalan tanah tadi dengan tali rafia.


Gambar menunjukkan dahan pokok bunga kenanga yang sudah siap ditut.


 Akar akan tumbuh dalam gumpalan tanah dalam masa 2-3 minggu atau

 1-3 bulan bergantung kepada jenis pokok dan saiz pokok. Akar boleh dilihat
atau dirasa dengan jari pada bungkusan plastik. Pastikan akar sudah banyak
dan matang ( warna keperangan ) sebelum anda memotong anak 
pokok dari dahan pokok induk.

Anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg dan letakkan ditempat teduh 

selama dua minggu. Buang daun-daun yang matang dan tua untuk 
membantu pokok memulakan pertumbuhan dengan akar yang baru. 
Pertumbuhan anak pokok yang baik boleh dilihat dengan penghasilan
 pucuk-pucuk yang baru. Selamat Mencuba.

Khamis, 26 Jun 2014

SALAM RAMADHAN 1435H/2014M




Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1435H kepada semua warga Taman Warisan. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 29 Jun 2014 (Ahad).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat ini.


- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.

Khamis, 12 Jun 2014

SALAM TAKZIAH BUAT TN. HJ. MAT JUSOH SEKELUARGA

AJK PPTW dan seluruh warga penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengucapkan salam takziah kepada Tn. Hj. Mat Jusoh bin Daud sekeluarga atas kembalinya isteri beliau Pn. Hjh. Zainah binti Ithnin ke rahmatullah pada 11 Jun 2014/13 Syaaban 1435 (Rabu) di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, lebih kurang  pada jam 7.30 malam.

Marilah kita sedekahkan alfatihah buat Allahyarmah Pn. Hjh. Zainah binti Ithnin agar rohnya cucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ-اارَّØ­ِيم
Ø£ٌلحَÙ…ْدُÙ„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِ اٌÙ„ْعَÙ„َÙ…ِينَ*اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اٌلرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ*Ù…َÙ„ِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ اٌلدِّÙŠْÙ†ِ*Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُÙˆْدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِÙŠْÙ†ُ*Ø¥ٌÙ‡ْدِÙ†َا الصِّرَØ·َ اٌÙ„ْÙ…ُسْتَÙ‚ِÙŠْÙ…ُ*صِرَØ·َ اٌÙ„َّذِÙŠْÙ†َ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِّÙ…ْ غَÙŠْرِاٌÙ„ْÙ…َغْضُبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ

- Pengerusi PPTW Peserai.

Selasa, 3 Jun 2014

TINDAKAN ADUAN ANJING LIAR OLEH MPBP





Tindakan MPBP terhadap aduan berkaitan anjing liar yang berkeliaran di Taman Warisan adalah seperti dalam surat yang dilampirkan di atas. Terima kasih diucapkan kepada MPBP atas keprihatinan pihak tuan.

-Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat.

Isnin, 26 Mei 2014

SELAMAT MENYAMBUT ISRAK DAN MIKRAJ




Tanggal 27 Rejab 1435 Hijrah /27 Mei 2014 M , kita sekali lagi menyambut untuk memperingati peristiwa israk mikraj.  Ini adalah baik kerana menunjukkan bahawa umat Islam cakna dan mengambil tahu tentang 27 Rejab 1435 atau israk mikraj. Namun, apa yang lebih penting di sini ialah bagaimana kita mengambil pengajaran, penghayatan dan mengaplikasi dalam kehidupan kita daripada kisah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dalam kisah israk mikraj ini? 

Marilah kita sama-sama juga menghayati peristiwa penting dan paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.


Khamis, 1 Mei 2014

HARI PEKERJA



Warga Taman Warisan, 
AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja  2014 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2014 ini.

Diharapkan tahun 2014 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. 


“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Tahniah!. Selamat Menyambut Hari Pekerja 2014.