Selasa, 23 Jun 2015

Majlis Perjumpaan PPTW bersama Pemaju (Hashim Aris Holdings Sdn. Bhd.) dan Kontraktor Utama (Teraju A&S Sdn. Bhd.) berkenaan Projek Perumahan Fasa 2 Taman Warisan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perjumpaan Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, bersama Pemaju (Hashim Aris Holdings Sdn. Bhd.) dan Kontraktor Utama (Teraju A&S Sdn. Bhd.) berkenaan Projek Perumahan Fasa 2 Taman Warisan. akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 26 Jun 2015 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi.
Tempat : Jln. Warisan 5, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
 

Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir  supaya segala maklumat berkaitan projek pembinaan perumahan fasa 2 dan implikasinya dapat diketahui bersama demi keharmonian seluruh penduduk taman ini.  

Rabu, 17 Jun 2015

SALAM RAMADHAN 1436H/2015M



 

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1436H kepada semua warga Taman Warisan. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 18 Jun 2015 (Khamis).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat ini.


- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.

Jumaat, 1 Mei 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2015



Warga Taman Warisan, 
AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja  2015 (1 Mei 2015) kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2015 ini.

Diharapkan tahun 2015 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. 


“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Tahniah!. Selamat Menyambut Hari Pekerja 2015, "Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat".

Ahad, 12 April 2015

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN KALI KE- 6


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-6 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 24 April 2015 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang.
Tempat : Jln. Warisan 3, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : Yang Berbahagia En. Sazali bin Saion, Ketua Kampung Peserai
.
 

Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan  telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-6 Tahun 2015). 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 


3.00 petang       :     Pendaftaran
3.15 petang       :     Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-6
5.20 petang       :     Acara Penutupan Rasmi : 
                              - Ucapan Aluan Pengerusi PPTW
                              - Ucapan Penutupan Rasmi oleh 
                                Yang Berbahagia En. Farid bin Mohd Sah, Penghulu Mukim 3, Peserai.
                 :           - Penyampaian Cenderamata AJK Sesi 2013-2015
                             - Hadiah Pelajar Cemerlang
                             - Cenderamata Perasmi
                        :    - Jamuan & Bersurai 
                      
Sekian, terima kasih.

Catatan :    1.      Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi / 
                            Setiausaha PPTW sebelum atau pada 19 April 2015.
                 2.      Ada pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-6..

Rabu, 8 April 2015

MESYUARAT AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN KALI KE-2 SESI 2014-2015

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  Mesyuarat AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Kali Ke-2 Sesi 2014-2015 akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   9 April 2015  / 19 JAMADIL AKHIR 1436M (KHAMIS)
 MASA     :   9.15 MALAM
TEMPAT  :   NO. 8 JALAN WARISAN 3, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. ZAIHAN BIN HJ. SALIM)
                                
Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.


Sekian. Terima kasih.

Isnin, 5 Januari 2015

YURAN TAHUN 2015


Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2015. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan  Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah  menjelaskan yuran tersebut kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan En. Muhamad bin Misman (No. 3, Jalan Warisan 6).

Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat  untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Sabtu, 3 Januari 2015

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H/3 JANUARI 2015



AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat menyambut Muaulidur Rasul 1436H. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi  Muhammad S.A.W. Sempena hari keputeraan baginda 12 Rabiul Awal 1436H, bersamaan 3 Januari 2015  kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan  kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 1436H/2015M ini.

- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.