Isnin, 6 Julai 2015

KEMPEN PENCEGAHAN JENAYAH SEMPENA CUTI PERAYAAN - 'MAKLUM POLIS - RUMAH SELAMAT'.

Menjelang cuti perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri nanti, ramailah yang akan bercuti panjang untuk pulang ke kampung halaman. Untuk lebih rasa selamat ketika meninggalkan rumah nanti, warga penduduk Taman Warisan dinasihatkan menggunakan  perkhidmatan "Maklum Polis - Rumah Selamat", satu inisiatif di bawah "Community Policing" (COPS) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).




Sempena cuti perayaan ini, COPS bekerjasama dengan PDRM dengan melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah Pecah Rumah dan Curi Kenderaan Sempena Musim Perayaan. Kempen yang dinamakan "Maklum Polis - Rumah Selamat" ini boleh dipohon secara online melalui laman web Community Policing dan boleh buat pilihan samada untuk Mengisi Borang Secara Online ataupun Muat Turun Borang di laman web Community Policing. 

In Sya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M  pada 17 Julai 2015 (Jumaat). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/ 2015M dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat"..
 

- Pengerusi PPTW
  Borang 'Maklum Polis - Rumah Selamat' telah diedarkan kepada semua ahli.

Sabtu, 4 Julai 2015

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL ALQURAN 1436H DARIPADA AJK PPTW


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Ahad, 28 Jun 2015

ZAKAT FITRAH


Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2015 bersamaan 1436 Hijrah seperti mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam. Negeri Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya. Lampiran kadar bayaran zakat fitrah yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri.


Rabu, 24 Jun 2015

MESYUARAT AJK PPTW KALI PERTAMA SESI 2015-2017



Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Kali Pertama Sesi 2015-2017  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 26 Jun 2015 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi.
Tempat : Jln. Warisan5, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
 
Semua AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat tersebut. . 
Agenda majlis seperti berikut : 

11.00 pagi         :     Bacaan Doa
                        :     Ucapan Pengerusi PPTW
                        :     Laporan Rumusan Mesyurat Agong Kali Ke-6.
                      :       Perbincangan Khas berkaitan Program Marhaban  bagi tahun 1436H  
                        :     Hal-hal lain.
                 :      :     Bersurai                     
Sekian, terima kasih.

Catatan :    1.      Surat pemberitahuan telah diedarkan
.

Selasa, 23 Jun 2015

Majlis Perjumpaan PPTW bersama Pemaju (Hashim Aris Holdings Sdn. Bhd.) dan Kontraktor Utama (Teraju A&S Sdn. Bhd.) berkenaan Projek Perumahan Fasa 2 Taman Warisan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Perjumpaan Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, bersama Pemaju (Hashim Aris Holdings Sdn. Bhd.) dan Kontraktor Utama (Teraju A&S Sdn. Bhd.) berkenaan Projek Perumahan Fasa 2 Taman Warisan. akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 26 Jun 2015 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi.
Tempat : Jln. Warisan 5, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
 

Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir  supaya segala maklumat berkaitan projek pembinaan perumahan fasa 2 dan implikasinya dapat diketahui bersama demi keharmonian seluruh penduduk taman ini.  

Rabu, 17 Jun 2015

SALAM RAMADHAN 1436H/2015M



 

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1436H kepada semua warga Taman Warisan. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 18 Jun 2015 (Khamis).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat ini.


- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.

Jumaat, 1 Mei 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2015



Warga Taman Warisan, 
AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja  2015 (1 Mei 2015) kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2015 ini.

Diharapkan tahun 2015 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. 


“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Tahniah!. Selamat Menyambut Hari Pekerja 2015, "Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat".