Isnin, 12 Jun 2017

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN TAHUN 1438 H / 2017M





Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Jumaat, 26 Mei 2017

SALAM RAMADHAN 1438H/2017M




 

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1438H kepada semua warga Taman Warisan. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 27 Mei  2017 (Sabtu).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami AJK mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat ini.


- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.

Isnin, 1 Mei 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2017




Warga Taman Warisan, 
AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja  2017 (1 Mei 2017) kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2017 ini.

Diharapkan tahun 2017 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. 

Sabtu, 1 April 2017

TAPAK GERAI PPTW SUDAH BEROPERASI




Syukur kepada Allah dengan izinNya tapak gerai Pertubuhan Penduduk Taman Warisan telah menjadi realiti dan beroperasi, pembinaanya atas sumbangan daripada ADUN Semerah YB. En. Mohd Ismail bin Roslan, pembinaannya dengan kebenaran MPBP. Ini adalah hasil permohonan yang dibuat semasa Majlis Mesyuarat Agung yang ke-7 Tahun 2016. 

Terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga Allah memberakti khidmat bakti YB.  Dipersilakan dan sudi-sudikan ke gerai En. Azuri untuk menikmati juadah dengan harga mampu milik.  Tahniah kepada warga PPTW, Batu Pahat.. 

Rabu, 15 Mac 2017

MESYUARAT AGUNG PPTW PESERAI BATU PAHAT KALI KE-8 TAHUN 2017



Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-7 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 24 Mac  2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Jln. Warisan 4, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : Yang Berbahagia En. Mohd Farid bin Mohd Sah,  Penghulu Mukim 3 Peserai, 

                Batu Pahat, Johor. 

Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan  telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-8 Tahun 2017). 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 


8.30 pagi           :     Pendaftaran
9.00 pagi           :     Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-8.
11.00 pagi         :     Acara Penutupan Rasmi : 
                              - Ucapan Aluan Pengerusi PPTW
                              - Ucapan Penutupan Rasmi oleh 
                                Yang Berhormat En. Mhd Farid  bin Mohd Sah, Penghulu Mukim                                            3 Peserai, Batu Pahat. 
                              - Penyampaian Cenderamata  :
                                        - Hadiah Pelajar Cemerlang
                                        - Cenderamata Perasmi
                        :    - Jamuan & Bersurai 
                      
Sekian, terima kasih.

Catatan :    1.      Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi / 
                            Setiausaha PPTW sebelum atau pada 22 Mac 2017.
                 2.     Pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-8. 

Isnin, 13 Mac 2017

MESYUARAT KHAS PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PERLAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN, BATU PAHAT, JOHOR KALI KE-8 TAHUN 2017



Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  Mesyuarat Khas Pembentangan kertas Kerja mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat Johor Kali Ke-8 tahun 2017, akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   17 MAC 2017 
 MASA     :   9.15 MALAM
TEMPAT  :   NO. 2 JALAN WARISAN 2, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. MOHD DAUD BIN SALLEH PENGERUSI PPTW)
                                
Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.


Sekian. Terima kasih.

Ahad, 1 Januari 2017

SALAM TAHUN BARU 2017


Warga Taman Warisan yang mulia,
AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2017 ini.

Diharapkan tahun 2017 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu sambil ditemani dengan azam baru. Walapun tahun 2017 penuh dengan cabaran dalam kehidupan.


“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan. 


Tahniah!. Selamat Menyambut Tahun Baru 2017.

-Pengerusi
 Pertubuhan Penduduk Taman Warisan