Khamis, 15 Mac 2018
TAHNIAH ANDA BERJAYA
Pada 6 Mac dan 15 Mac 2018 keputusan STPM & SPM 2018 telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada ibu bapa dan calon STPM & SPM 2017 warga Taman Warisan Peserai, Batu Pahat kerana berjaya dengan cemerlang dalam STPM & SPM 2017. Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua
Kepada ibu bapa yang mana anak mereka mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat gred A untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM & SPM 2017 (anak ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat) bolehlah memohon Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada website ini. Permohonan yang lengkap bolehlah diserahkan kepada Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.
- Pengerusi PPTW
Jumaat, 2 Mac 2018
MESYUARAT AGUNG PPTW PESERAI BATU PAHAT KALI KE-9 TAHUN 2018
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-9 akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 31 Mac 2018 (Sabtut)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Jln. Warisan 4, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : YB Dato' Dr. Noraini binti Hj. Ahmad, Ahli Perlimen Parit Sulung,
Batu Pahat, Johor.
Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-9 Tahun 2018).
Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.
Agenda majlis seperti berikut :
9.00 pagi : Pendaftaran
9.30 pagi : Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-8.
11.30 pagi : Acara Penutupan Rasmi :
- Ucapan Aluan Pengerusi PPTW
- Ucapan Penutupan Rasmi oleh
YB Dato' Dr. Noraini binti Hj. Ahmad, Ahli Perlimen Parit Sulung,
Batu Pahat, Johor.
- Penyampaian Cenderamata :
- Hadiah & Anugerah Pelajar Cemerlang
- Cenderamata Perasmi
: - Jamuan Jalinan Kasih : Semua ahli dan anak-anak ahli dipersilakan hadir untuk menikmati jamuan tengah hari. - Bersurai .
Sekian, terima kasih.
Catatan : 1. Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi / Setiausaha PPTW selewat-lewatnya pada 15 Mac 2018.
2. Tiada Pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-9, Tahun
2018.
- Penyampaian Cenderamata :
- Hadiah & Anugerah Pelajar Cemerlang
- Cenderamata Perasmi
: - Jamuan Jalinan Kasih : Semua ahli dan anak-anak ahli dipersilakan hadir untuk menikmati jamuan tengah hari. - Bersurai .
Sekian, terima kasih.
Catatan : 1. Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi / Setiausaha PPTW selewat-lewatnya pada 15 Mac 2018.
2. Tiada Pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-9, Tahun
2018.
Sabtu, 17 Februari 2018
MAJLIS PERKAHWINAN PUTERA & PUTERI WARGA PPTW
AJK PPTW dan seluruh warga Penduduk Taman Warisan mengucapkan tahniah kepada En. Ab. Hamid bin Abdullah dan Pn. Ramlah binti Ismail telah mengadakan Majlis Perkahwinan
putera & puteri (3 pasang mempelai) beliau pada
butiran berikut:
Tarikh : 17 Februari 2018 (Sabtu)
Tempat : Dewan Seri Mahkota, MRSM Batu Pahat, Km 14, Jalan Simpang Lima, Separap, Batu Pahat, Johor.
Masa : 11.00 pagi hingga 5.00 petang
Alhamdulillah ramai tetamu jemputan beliau hadir ke majlis berkenaan. Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan putera & puteri beliau mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan bahagia sehingga ke akhir hayat.
Tarikh : 17 Februari 2018 (Sabtu)
Tempat : Dewan Seri Mahkota, MRSM Batu Pahat, Km 14, Jalan Simpang Lima, Separap, Batu Pahat, Johor.
Masa : 11.00 pagi hingga 5.00 petang
Alhamdulillah ramai tetamu jemputan beliau hadir ke majlis berkenaan. Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan putera & puteri beliau mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan bahagia sehingga ke akhir hayat.
Ya Allah ya Tuhan kami,
Satukanlah hati ketiga pasang mempelai,
Seperti Engkau satukan Adam dan Hawa,
Muhammad S.A.W dan Siti Hadijah,
Semoga kekal hingga ke akhir hayat serta
Kurniakanlah kepada mereka zuriat
yang soleh dan soleha serta
rezeki halal yang melimpah ruah
Amin Ya Rabbal Alamin.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Batu Pahat, Johor.
Batu Pahat, Johor.
Khamis, 1 Februari 2018
MESYUARAT AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN PESERAI BATU PAHAT JOHOR KALI KE-2 SESI 2017-2019.
Dengan
penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan
Mesyuarat AJK Pertubuhan
Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat Johor Kali Ke-2 Sesi 2017-2019, akan diadakan seperti ketentuan berikut :
Semua AJK diminta hadir dan semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.
Sekian. Terima kasih.
TARIKH : 05 FEBRUARI 2018 (ISNIN)
MASA : 9.30 MALAM
TEMPAT : NO. 2 JALAN WARISAN 2, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.
(RUMAH EN. MOHD DAUD BIN SALLEH PENGERUSI PPTW)
Semua AJK diminta hadir dan semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.
Sekian. Terima kasih.
Rabu, 10 Januari 2018
YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN TAHUN 2018
Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2018. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah menjelaskan yuran tersebut kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan En. Muhamad bin Misman (No. 3, Jalan Warisan 6).
Semoga
dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima
kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com
Terima kasih.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Batu Pahat, Johor
Isnin, 1 Januari 2018
SALAM TAHUN BARU 2018

Apa azam anda menjelang tahun 2018?
Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2016 ke tahun 2018, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”
Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan
Ingatlah......
"WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk
kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan
tidak akan pernah KEMBALI".
Selamat Menyambut Tahun Baru 2018!.
Ahad, 8 Oktober 2017
SELAMAT MENGHADAPI PT3 2017

AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN MENGUCAPKAN
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PT3 2017
(9 OKTOBER 2017 - 12 OKTOBER 2017)
KEPADA SEMUA CALON UPSR 2017, KHUSUSNYA ANAK-ANAK
(9 OKTOBER 2017 - 12 OKTOBER 2017)
KEPADA SEMUA CALON UPSR 2017, KHUSUSNYA ANAK-ANAK
WARGA TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. SEMOGA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH DAN MERAIH KECEMERLANGAN.
Langgan:
Catatan (Atom)










