Selasa, 27 Mac 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG : MENGECAT PONDOK CEGAH JENAYAH & MENCERIAKAN JALAN MASUK KE TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.


Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T,  sukacitanya dimaklumkan  Program Gotong Royong  : Mengecat Pondok Cegah Jenayah & Menceriakan Jalan Masuk Ke Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

TARIKH   :   30 MAC 2018 (SABTU)
MASA     :    8.30 PAGI
TEMPAT  :   PONDOK CEGAH JENAYAH & LONGAKNG DAN PARIT JALAN MASUK KE TAMAN WARISAN. 
                
Aktiviti program tersebut :
  1. Mengecat dan membersihkan longkang serta parit  (aktiviti kaum bapa)
  2. Menanam pokok bunga dan mini landskap  (aktiviti kaum ibu)
  3. Jamuan kudapan (di hadapan Pondok Cegah Jenayah)  
Diharap semua dapat hadir dan bersama-sama menjalankan aktiviti tersebut sambil mengeratkan silaturahim dan memupuk pemuafakatan seluruh penduduk Taman Warisan serta melaksanakan aktiviti pencegahan wabak Denggi. .                       


Sekian. Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Khamis, 15 Mac 2018

TAHNIAH ANDA BERJAYA


Pada 6 Mac dan 15 Mac 2018  keputusan STPM & SPM 2018 telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada ibu bapa dan  calon STPM & SPM 2017 warga Taman Warisan Peserai, Batu Pahat kerana berjaya dengan cemerlang dalam STPM & SPM  2017. Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua 

Kepada ibu bapa yang mana anak mereka mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat gred A untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM & SPM 2017  (anak ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat) bolehlah memohon Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada website ini. Permohonan yang lengkap bolehlah diserahkan kepada Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.
 

- Pengerusi PPTW

Jumaat, 2 Mac 2018

MESYUARAT AGUNG PPTW PESERAI BATU PAHAT KALI KE-9 TAHUN 2018




Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-9 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 31 Mac  2018 (Sabtut)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Jln. Warisan 4, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : YB Dato' Dr. Noraini binti Hj. Ahmad,  Ahli Perlimen Parit Sulung, 

                Batu Pahat, Johor. 

Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan  telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-9 Tahun 2018). 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 


9.00 pagi           :     Pendaftaran
9.30 pagi           :     Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-8.
11.30 pagi         :     Acara Penutupan Rasmi : 
                              - Ucapan Aluan Pengerusi PPTW
                              - Ucapan Penutupan Rasmi oleh 
                                YB Dato' Dr. Noraini binti Hj. Ahmad,  Ahli Perlimen Parit Sulung, 
                                Batu Pahat, Johor.   
                              - Penyampaian Cenderamata  :
                                        - Hadiah & Anugerah Pelajar Cemerlang
                                        - Cenderamata Perasmi
                        :    - Jamuan Jalinan Kasih : Semua ahli dan anak-anak ahli dipersilakan                                                                        hadir untuk menikmati jamuan tengah hari.                             - Bersurai                           .
                            
Sekian, terima kasih.

Catatan :    1.    Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi / 
                            Setiausaha PPTW selewat-lewatnya pada 15 Mac 2018.
                  2.   Tiada  Pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-9, Tahun    
                        2018.

Sabtu, 17 Februari 2018

MAJLIS PERKAHWINAN PUTERA & PUTERI WARGA PPTW





AJK PPTW dan seluruh warga Penduduk Taman Warisan mengucapkan tahniah kepada En. Ab. Hamid bin Abdullah dan Pn. Ramlah binti Ismail  telah mengadakan Majlis Perkahwinan putera & puteri (3 pasang mempelai)  beliau pada butiran berikut:

Tarikh : 17 Februari 2018 (Sabtu) 
Tempat : Dewan Seri Mahkota, MRSM Batu Pahat, Km 14, Jalan Simpang Lima, Separap, Batu Pahat, Johor. 
Masa : 11.00 pagi hingga 5.00 petang

Alhamdulillah ramai tetamu jemputan beliau hadir ke majlis berkenaan. Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan putera & puteri beliau mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan bahagia sehingga ke akhir hayat.
Ya Allah ya Tuhan kami,
Satukanlah hati ketiga pasang mempelai,
Seperti Engkau satukan Adam dan Hawa,
Muhammad S.A.W dan Siti Hadijah,
Semoga kekal hingga ke akhir hayat serta
Kurniakanlah kepada mereka zuriat
yang soleh dan soleha serta
rezeki halal yang melimpah ruah
Amin Ya Rabbal Alamin.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Khamis, 1 Februari 2018

MESYUARAT AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN PESERAI BATU PAHAT JOHOR KALI KE-2 SESI 2017-2019.

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  Mesyuarat AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat Johor Kali Ke-2 Sesi 2017-2019, akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   05 FEBRUARI 2018 (ISNIN)
 MASA     :   9.30 MALAM
TEMPAT  :   NO. 2 JALAN WARISAN 2, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. MOHD DAUD BIN SALLEH PENGERUSI PPTW)
                                
Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.


Sekian. Terima kasih.

Rabu, 10 Januari 2018

YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN TAHUN 2018



Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2018. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan  Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah  menjelaskan yuran tersebut kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan En. Muhamad bin Misman (No. 3, Jalan Warisan 6).

Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat  untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor

Isnin, 1 Januari 2018

SALAM TAHUN BARU 2018


Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2018?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2016 ke tahun 2018, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”
Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan 
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2018!.