Ahad, 24 Jun 2018

JADUAL MARHABAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1439H/2018 PPTW




JADUAL MARHABAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1439H/2018 PPTW


MASA
HARI/ TARIKH
RUMAH KUNJUNGAN
BIL RUMAH
CATATAN
SELEPAS SOLAT ISYAK
25.06.2018
11 SYAWAL 1439
(ISNIN)
JLN WARISAN
6 & 7

10

26.06.2018
12 SYAWAL 1439
(SELASA)
JLN WARISAN
 5  & 6


10

27.06.2018
13 SYAWAL 1439
(RABU)
JLN WARISAN
   3


09
Termasuk rumah
En. Shamsudin
Tn. Hj. Mohd Shah

29.06.2018
15 SYAWAL 1439
(JUMAAT)


JLN WARISAN
1 & 2

10
Termasuk rumah
Tn. Hj Ariff,
En. Azman
30.06.2018
16 SYAWAL 1439
(SABTU)
JLN WARISAN
3

04
Termasuk rumah
En. Saadon
Majlis Penutup Marhaban
Jamuan Perdana


Majlis Marhaban ini terbuka kepada semua penduduk Taman Warisan.  Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian kepada penduduk.

Catatan : Surat pemberitahuan dan Jadual Program Marhaban Hari Raya Aidilfitri 1439H/2018M telah diedarkan kepada warga PPTW pada 8 Jun 2018/23 Ramadhan 1439H.

Malam Penutup Marhaban akan diadakan Jamuan Perdana Tautan Ukhuwah Aidilfitri Tahun 1439H/2018M.

Khamis, 14 Jun 2018

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1439H/2018M

In sya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H/2018M  pada 
15 Jun 2018 (Jumaat). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H/ 2018M dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali. 
 Jangan lupa sertai kempen Pencegahan Jenayah Sempena Cuti Perayaan : "Maklum Polis - Rumah Selamat".
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTW ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

  - Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor. 

Rabu, 16 Mei 2018

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1439H/2018M



 

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1439H kepada semua warga Taman Warisan. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 17 Mei  2018 (Khamis).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami AJK mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat ini.


- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.

Isnin, 2 April 2018

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJARAN PPTW 2017

Nur Fatin Nadhirah binti Zaihan

Pn. Morni binti Dawi bonda Ainnur Husna binti Mohd Daud


En. Roslan bin Ramli ayahanda Nurashiqin Umaira binti Roslan

Pn. Sarimah binti Arif bonda Siti Aisyah binti Azman

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan tahniah kepada anak warga Taman Warisan yang berjaya menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajaran PPTW 2017. Anugerah Kecemerlangan  Pelajaran ini telah disempurrnakan oleh Yang Berbahagia En. Zulkiflee bin Atan, Pengerusi JPP Zon 8, Semerah, Batu Pahat, dalam Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-9, pada 31 Mac 2018.

Penerima Anugerah Kecemerlang Pelajaran PPTW 2017 (Melanjutkan Pelajaran Ke Peringkat Ijazah Pertama) seperti berikut :

1. Nur Fatin Nadhirah binti Zaihan  (UKM BANGI Selangor)
2. Ainnur Husna binti Mohd Daud (UiTM Shah Alam)
3. Nurashiqin Mmairah binti Roslan (Universiti Malaya)
4. Siti Aisyah binti Azman (UiTM Seremban 3)

Ahad, 1 April 2018

MESYUARAT AGUNG PPTW PESERAI BATU PAHAT KALI KE-9 TAHUN 2018







Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-9 telah dapat dilaksanakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 31 Mac  2018 (Sabtut)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Jln. Warisan 4, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : Yang Berbahagia En. Zulkiflee bin Atan, Pengerusi JPP Zon 8, Semerah, 
                          Batu Pahat, Johor. 

Terima kasih kepada ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 


9.00 pagi           :     Pendaftaran
9.30 pagi           :     Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-8.
11.30 pagi         :     Acara Penutupan Rasmi : 
                              - Ucapan Aluan Pengerusi PPTW
                              - Ucapan Penutupan Rasmi oleh 
                                Yang Berbahagia En Zulkiflee bin Atan  JPP Zon 8, Semerah..   
                              - Penyampaian Cenderamata  :
                                        - Hadiah & Anugerah Pelajar Cemerlang
                                        - Cabutan Nama Bertuah                                      
                                        - Cenderamata Perasmi
                        :    - Jamuan Jalinan Kasih : Semua ahli dan anak-anak ahli dipersilakan                                                                                hadir untuk menikmati jamuan tengah hari.                             - Bersurai                           .
                             
Sekian, terima kasih.

Jumaat, 30 Mac 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG : MENGECAT PONDOK CEGAH JENAYAH & MENCERIAKAN JALAN MASUK KE TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.




Syukur kehadrat Allah S.W.T, Program Gotong Royong  : Mengecat Pondok Cegah Jenayah & Menceriakan Jalan Masuk Ke Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti ketentuan  berikut :


TARIKH   :   30 MAC 2014 (JUMAAT)
MASA     :    8.30 PAGI
TEMPAT  :   PONDOK CEGAH JENAYAH & LONGAKNG DAN PARIT JALAN MASUK KE TAMAN WARISAN. 
                
Aktiviti program tersebut :
  1. Mengecat dan membersihkan longkang serta parit  (aktiviti kaum bapa)
  2. Menanam pokok bunga dan mini landskap  (aktiviti kaum ibu)
  3. Jamuan kudapan (di hadapan Pondok Cegah Jenayah)  
Terima kasih kepada yang dapat hadir dan bersama-sama menjalankan aktiviti tersebut sambil mengeratkan silaturahim dan memupuk pemuafakatan seluruh penduduk Taman Warisan serta meelaksanakan aktiviti pencegahan wabak Denggi.                    


- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Rabu, 28 Mac 2018

MAJLIS PERSEFAHAMANAN JUALBELI GERAI & KONTRAK SEWAAN DI TAMAN WARISAN



Majlis Persefahaman Jualbeli Bangunan Gerai Azrol Station 
Di Taman Warisan, Peserai Batu Pahat.






Majlis Persefahaman Jualbeli Bangunan Gerai Azrol Station di hadapan Taman Warisan telah diadakan dengan ketentuan berikut :
Tarikh : 27 Mac 2018
Tempat : Kilang Norli Products Sdn. Bhad. No. 75, Kg. Mampan, Simpang Lima, 83020 Batu Pahat.
Masa : 10.00 malam.

*********************************************************************************************************

Majlis Persefahaman Sewaan Gerai Untuk Waktu Tertentu (Kontrak) 
Di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.



Majlis Persefahaman Sewaan Gerai Untuk Waktu Tertentu (Kontrak) di Taman Warisan (Gerai Azrol Station di hadapan Taman Warisan)  telah diadakan dengan ketentuan berikut :
Tarikh : 27 Mac 2018
Tempat : Gerai Azrol Station, Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.
Masa : 11.00 malam.
  
Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan membahagiakan warga Taman Warisan.

- Pengerusi PPTW