Sabtu, 31 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

 

Assalamu'alaiku Wr. Wb. Warga Taman Warisan,




AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2012 ini.

Diharapkan tahun 2012 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu sambil ditemani dengan azam baru. 

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Tahniah!. Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.

-Pengerusi
 Pertubuhan Penduduk Taman Warisan

Jumaat, 30 Disember 2011

AZAM BARU MENJELANG 2012


Assalamu'alaiku Wr. Wb. Warga Taman Warisan,

Apa azam tuan/puan menjelang tahun 2012?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu.  Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2011 ke tahun 2012, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”

Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat  akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.
 
 

Rabu, 28 Disember 2011

SALAHKAH REMAJA BERCINTA? Buat Renungan Anak-Anak Remaja dan Ibu BapaTaman Warisan.

Assalamu'alaiku Wr. Wb. Warga Taman Warisan,

Buat kali pertama  ruangan khas ini  ditujukan untuk remaja iaitu anak-anak remaja kita,  dan juga untuk ibu bapa khususnya yang mempunyai anak remaja. 

REMAJA selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Jawapannya tidak salah. Bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap insan. Ingin cinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta itu fitrah, tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah masakan Allah mengurniakan rasa cinta? Allah maha mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, dikurnikanNya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.

Namun Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Justeru, DIA juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia, khusus para remaja. Kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya 'cinta terlarang', yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah.

Ketika itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah. Bila kehendak tabi'e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah, berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Jadi janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga adanya peraturan cinta yang juga datang dari Allah.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Isnin, 26 Disember 2011

PENDAFTARAN KEAHLIAN DAN YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN




Assalamu'alaikum warahamatullahi wabarakatuh,

Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Pendaftaran Keahlian dan Yuran Pertubuhan Penduduk Taman Warisan yang mana  tarikh akhir untuk  tuan/puan mengembalikan borang yang lengkap berserta pembayarannya ialah pada 31 Disember 2011.

Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. 
Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah mengembalikannya.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email  : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Jumaat, 23 Disember 2011

KEPUTUSAN PMR 2011, TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA





Assalamu'alaiku Wr. Wb. Warga Taman Warisan,





Keputusan PMR 2011 telah diumumkan,  AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan tahniah kepada Ibubapa dan anak-anak Taman Warisan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011 kali ini. Kepada yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, jangan putus asa sebab anda masih berpeluang untuk memperbaiki keputusan dengan terus berusaha untuk menghadapi SPM pula.

- Pengerusi
  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.

Khamis, 22 Disember 2011

PROGRAM GOTONG ROYONG & "ANTI DENGGI"





Assalamu'alaiku Wr. Wb. Warga Taman Warisan,


Saya bagi pihak AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan memohon maaf kepada seluruh Ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan kerana aktiviti Gotong Royong & "Anti Denggi" yang sepatutnya dilaksanakan pada 26 Disember 2011 (Isnin) terpaksa ditangguhkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Harap maaf dan segala kesulitan amat dikesali.

Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan . 
Sekian, terima kasih.


-Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Batu Pahat.

Selasa, 20 Disember 2011

TARIKH RASMI PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2011

 السلام عليكم
Warga Taman Warisan,
Saya menarik perhatian kepada ibu bapa khususnya anak mereka merupakan calon PMR 2011, dan juga untuk anak-anak pelajar  Taman Warisan yang menanti keputusan PMR 2011.


Dalam satu kenyataan akhbar  yang disiarkan oleh KPM pada hari ini, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22 Disember 2011, Khamis.
 
Pada 22 Disember juga, Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakanpada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
 
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 seperti gambar yang tertera di bawah. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.




-Pengerusi (Biro Pendidikan),
Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.