Rabu, 25 April 2012

YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN TAHUN 2012





Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2012. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00 boleh dijelaskan mulai sekarang kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Tn. Hj. Sarkawi bin Hj. Satu.

Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat;  untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Sabtu, 21 April 2012

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN KALI KE-4 SESI 2011-2013






Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T,  sukacitanya dimaklumkan  mesyuarat AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-4 Sesi 2011/2013 akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   21 APRIL 2012 (SABTU)
 MASA     :   09.00 MALAM
TEMPAT  :   NO. 6, JALAN WARISAN 5, TAMAN WARISAN, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. MD. ARIFFIN, S/U PPTW)
                              

Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.


Sekian. Terima kasih.

Isnin, 2 April 2012

KEJADIAN PECAH RUMAH & KECURIAN





Assalamu'alaikum Wr. Wb.

 Warga Taman Warisan sekalian,

Saya dimaklumkan oleh Setiausaha dan Biro AJK Keselamatan bahawa telah berlaku kejadian 'Pecah Rumah dan Kecurian'  pada hari Khamis (Malam Jumaat) 29 Mac 2012 yang lepas di rumah Tuan Imam Jalan Warisan 4, sebelum ini berlaku di Jalan Warisan 7.  Kejadian 'Pecah Rumah dan Kecurian' ini perlu diambil perhatian yang serius. Oleh itu diminta warga taman sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan sekeliling dan jika ada aktiviti yang disyaki mencurigakan silalah laporkan kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa tidak akan mengambil apa - apa tindakan terhadap pelapor walaupun setelah disiasat tiada apa yang mencurigakan, selagi niat kita melaporkan hanya untuk melindungi diri dan warga taman amnya.

Kepada tuan/puan mangsa yang terlibat, pihak AJK empati dan simpati dan diharapkan dapat bersabar atas dugaan-Nya ini. Jika ada info yang hendak dikongsi bersama atau bantuan yang diperlukan bolehlah dimaklumkan kepada AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. 

Pihak AJK melalui Biro Keselamatan telah memajukan surat permohonan kepada Ketua Polis Daerah supaya dibuat pemantuan dan rondaan di dalam kawasan Taman Warisan ini. 

Mohon kerjasama kepada semua ahli supaya lebih berwaspada dan ingat mengingatkan sesama ahli.
 
-Pengerusi (Biro Keselamatan),
Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. 

Isnin, 26 Mac 2012

MAJLIS CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN PESERAI BATU PAHAT TAHUN 2012/1433H




Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Ceramah Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor Tahun 2012/1433H akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 01 April 2012 / 09 Jamadil Awal 1433H (Ahad)
Masa :  9.00 malam
Tempat : Jalan Warisan 4, Taman Warisan & Padang Permainan
Perceramah : Yang Berbahagia Alfadhil Ustaz Mahyudin bin Md. Sharif

                      (Pegawai Pendidikan dan Dakwah Pusat Islam, UTM Skudai)

Semua penduduk Taman Warisan khususnya dan tuan puan  dijemput hadir ke majlis tersebut.

Aturcara Majlis seperti berikut :


9.00 malam        :     Ketibaan tetamu jemputan & VIP

                         :     Ketibaan Penceramah Undangan
                         :     Bacaan Rawi dan Selawat
                         :     Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.
9.30 malam        :     Ceramah Maulidur Rasul S.A.W. 1433H.
                         :     Bacaan Do'a
                         :     Sesi Jualan Kitab                   
11.00 malam      :     Bersurai
                             
Sekian, terima kasih.

Rabu, 21 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN BATU PAHAT KALI KE-3 TAHUN 2012





Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-3 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 25 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 2.30 petang.
Tempat : Dewan Muafakat SK Peserai, Batu Pahat.
Perasmi : Tn. Hj. Mohamed Yusof bin Abu Bakar, 

                (Penghulu Mukim 3 Peserai, Batu Pahat)
 

Semua penduduk dijemput hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut. 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 

2.00 petang       :     Pendaftaran
2.30 petang       :         - Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-3
                                    (Tiada Pemilihan AJK)
                                  - Cabutan nama bertuah
4.30 petang                 - Jamuan & Bersurai
                             
Sekian, terima kasih.

Ahad, 18 Mac 2012

MESYUARAT AJK PERTUBUHAN TAMAN WARISAN KALI KETIGA SESI 2011/2013 & MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1433H.





Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T,  sukacitanya dimaklumkan  mesyuarat AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-3 Sesi 2011/2012 akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   19 MAC 2012 (ISNIN)
 MASA     :   09.00 MALAM
TEMPAT  :   NO. 1, JALAN WARISAN 4, TAMAN WARISAN, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH IMAM TN. HJ. MAZLAN, TIMBALAN PENGERUSI PPTW)
                               


Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.



Sekian. Terima kasih.

Khamis, 15 Mac 2012

TARIKH RASMI PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

السلام عليكم
Warga Taman Warisan,

Saya menarik perhatian kepada ibu bapa khususnya anak mereka merupakan calon SPM 2011, dan juga untuk anak-anak pelajar  Taman Warisan yang menanti keputusan SPM 2011.




Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Sekian, terima kasih.

p/s Walau apa pun dapat untuk SPM ni, bukanlah segala-galanya. 
 
-Pengerusi (Biro Pendidikan),
Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.