Isnin, 8 April 2013

KURANGKAN MATA SEMBAB DENGAN PISANG



Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Mata yang sembab sememangnya bukan sesuatu yang mencantikkan. Ianya turut memberikan petanda masalah kesihatan yang diakibatkan oleh kurang tidur dan zat makanan.

Bagi mengelakkan masalah tersebut, anda boleh mencuba tip secara sendiri di rumah yang lebih mudah dan tidak perlu memakan belanja terlalu banyak. Antaranya adalah pengamalan pemakanan pisang pada setiap hari.

Kaya dengan kalium, bahan mineral tersebut mampu mengawal jumlah air yang tersimpan di bahagian mata. Selain itu, diuretik semulajadi yang elok diambil adalah seperti strawberi, tomato dan teh hijau.

Sumber : Tupai.com.my

Selasa, 12 Mac 2013

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PPTW KALI KE- 8 SESI 2011-2013


Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  mesyuarat AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor Kali Ke-8 Sesi 2011/2013 akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   12 MAC 2013 / 13 RABIUL AKHIR 1434H (SELASA)
 MASA     :   9.00 MALAM
TEMPAT  :   NO. 6, JALAN WARISAN 5, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. MD. ARIFFIN BIN PARNIAN, SETIAUSAHA  PPTW)
                                
Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.


Sekian. Terima kasih.

Jumaat, 8 Mac 2013

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN KALI KE-4 TAHUN 2013




Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-4 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 17 Mac 2013 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi.
Tempat : Jln. Warisan 3, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : YB Datuk Ariss bin Samsudin, 

                Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah.
 

Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan  telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-4 Tahun 2013). 

Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan  penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.


Agenda majlis seperti berikut : 

8.30 pagi           :     Pendaftaran
9.00 pagi           :     Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-4
11.00 pagi         :     Penutupan Rasmi - Oleh YB Datu Ariss bin Samsudin, ADUN Semerah.
11.30 pagi         :     Jamuan & Bersurai 
                              
Sekian, terima kasih.

Catatan :     Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi /       

                  Setiausaha PPTW sebelum atau pada 11 Mac 2013

Isnin, 4 Mac 2013

MAJLIS TAKLIMAT GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN RM 10,000.00 KEPADA PERSATUAN PENDUDUK



Jabatan Pendaftran Pertubuhan Malaysia, Negeri Johor telah mengadakan Majlis Taklimat Garis Panduan Permohonan Geran RM 10,000.00 (maksima) Kepada Persatuan Penduduk pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh :  3 Mac 2013 (Ahad)
Masa :   9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat :  Persatuan Perniagaan Cina Kluang, Tingkat 1, No. 1, Jalan Wayang, 86000 Kluang. 

                             
Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat turut serta dalam Majlis Taklimat tersebut  dengan diwakili oleh dua (2) orang Ahli Jawatankuasa. 
Semoga dengan adanya taklimat seperti ini akan meningkatkan lagi kualiti pegurusan pertubuhan yang ada.

Sabtu, 16 Februari 2013

MAJLIS CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT TAHUN 1434H / 2013







Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Ceramah Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor Tahun 2013/1434H akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 16 Februari 2013 / 05 Rabi'ul Akhir 1434H (Sabtu)
Masa :  9.00 malam
Tempat : Jalan Warisan 3, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat, Johor.
Perceramah : Yang Berbahagia Alfadhil Imam Hj.Shamsul Riazlaris bin Abd. Hamid, 

                       Imam Masjid Jamek Yong Peng / Kaunselor Keluarga Islam.

Semua penduduk Taman Warisan khususnya dan tuan puan  dipersilakan hadir ke majlis tersebut.

Aturcara Majlis seperti berikut :

9.00 malam        :     Ketibaan tetamu jemputan & VIP
                         :     Ketibaan Penceramah Undangan
                         :     Bacaan Rawi dan Selawat
                         :     Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.
9.30 malam        :     Ceramah Maulidur Rasul S.A.W. 1434H.
                         :     Bacaan Do'a
                         :     Penyampaian Cenderamata                  
11.00 malam      :     Bersurai
                             
Sekian, terima kasih.

MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI KETUA BIRO HAL EHWAL WANITA PPTW



Ketua AJK Biro Hal Ehwal Wanita  PPTW ( Pn. Hjh. Dr. Noraida binti Zainuddin dan Tn. Hj. Mohd Nasir bin Dahlan)  telah mengadakan Majlis Perkahwinan puteri  beliau pada butiran berikut:

Tarikh : 16 Februari 2013 (Sabtu)
Tempat : No. 2, Jalan Warisan 2, Taman Warisan,  Peserai, Batu Pahat, Johor.
Masa : 11.00 pagi hingga 5.00 petang
Alhamdulillah ramai tetamu jemputan beliau hadir ke majlis berkenaan. Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga perkahwinan puteri beliau mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Ya Allah ya Tuhan kami,
Satukanlah hati kedua mempelai,
Seperti Engkau satukan Adam dan Hawa,
Muhammad S.A.W dan Siti Hadijah,
Semoga kekal hingga ke akhir hayat serta
Kurniakanlah kepada mereka zuriat
yang soleh dan soleha serta
rezeki halal yang melimpah ruah
Amin Ya Rabbal Alamin.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Jumaat, 8 Februari 2013

MAJLIS CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT PETUBUHAN PENDUDUK TAMAN WAARISAN PESERAI BATU PAHAT TAHUN 2013/1434H







Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Ceramah Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor Tahun 2013/1434H akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 16 Februari 2013 / 05 Rabi'ul Akhir 1434H (Sabtu)
Masa :  9.00 malam
Tempat : Jalan Warisan 3, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat, Johor.
Perceramah : Yang Berbahagia Alfadhil Imam Hj.Shamsul Riazlaris bin Abd. Hamid, 

                       Imam Masjid Jamek Yong Peng / Kaunselor Keluarga Islam.

Semua penduduk Taman Warisan khususnya dan tuan puan  dipersilakan hadir ke majlis tersebut.

Aturcara Majlis seperti berikut :

9.00 malam        :     Ketibaan tetamu jemputan & VIP
                         :     Ketibaan Penceramah Undangan
                         :     Bacaan Rawi dan Selawat
                         :     Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.
9.30 malam        :     Ceramah Maulidur Rasul S.A.W. 1434H.
                         :     Bacaan Do'a
                         :     Penyampaian Cenderamata                  
11.00 malam      :     Bersurai
                             
Sekian, terima kasih.