Jumaat, 26 Julai 2013

MESYUARAT AJK PPTW KALI PERTAMA SESI 2013-2015

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  mesyuarat AJKPertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor Kali Pertama Sesi 2013/2015 akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   28 JULAI  2013 / 19 RAMADHAN 1434H (AHAD)
 MASA     :  10.00 PAGI
TEMPAT  :   NO. 2, JALAN WARISAN 2, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH EN. MD. MOHD DAUD BIN SALLEH, PENGERUSI  PPTW)
                                
Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.

Sekian. Terima kasih.

Selasa, 9 Julai 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK



AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan  mengerjakan ibadah Puasa untuk tahun 1434H/2013M kepada semua umat islam dan khususnya kepada  seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap..

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa  umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan  hal-hal yang berikut :

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu AJK PPTW terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang disengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.


Selasa, 11 Jun 2013

PROGRAM "MENCARI KESEMPURNAAN DALAM SURAH RUKUN SOLAT"





Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor (AJK Wanita) akan mengadakan Program "Mencari Kesempurnaan Dalam Surah Rukun Solat", seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   16 JUN 2013 / 7 SYAABAN 1434H (AHAD)
 MASA     :   2.30 petang 
TEMPAT  :   NO. 1, JALAN WARISAN 4, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (KEDIAMAN PN. HJH. ZAINAB BINTI SULAIMAN) 
PENDAFTRAN KURSUS : Sila kembalikan borang penyertaan yang lengkap sebelum 12 Jun 2013 kepada Pn. Hjh. Dr. Noraida binti Zainudin atau kepada wakil jalan masing-masing.

Sehubungan itu pihak AJK Wanita PPTW mempersilakan penduduk Taman Warisan (kaum wanita Taman Warisan) bersama-sama menjayakan program tersebut. Kehadiran puan-puan/saudari-saudari  didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. .

Sekian. 

Catatan : Borang Pendaftaran/Borang Pengesahan Kehadiran telah diedarkan.

Khamis, 23 Mei 2013

YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN 2013




Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2013. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan  Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah  menjelaskan yuran tersebut kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan En. Muhamad bin Misman. 


Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat;  untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.


Khamis, 16 Mei 2013

KURSUS JAHITAN MANIK PPTW



Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor (AJK Wanita) akan mengadakan Kursus Jahitan Manik anjuran bersama dengan GIATMARA Batu Pahat seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   18 MEI 2013 / 8 REJAB 1434H (SABTU)
 MASA     :   2.00 petang - 6.00 petang
TEMPAT  :   NO. 2, JALAN WARISAN 6, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH PN. MISROHA) 
PENDAFTRAN KURSUS : RM 5.00

Sehubungan itu pihak AJK Wanita PPTW mempersilakan penduduk Taman Warisan (perempuan) bersama-sama menjayakan kursus tersebut. Peralatan dan bahan kursus disediakan. Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta kursus.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Misroha di talian : 0137873654 atau 074130748, sebelum atau pada 16 Mei 2013 (Khamis).

Sekian. Terima kasih.

Ahad, 5 Mei 2013

SELAMAT MENGUNDI PRU 13, TAHUN 2013











Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Untuk warga PPTW, Marilah, mari kita mengundi jangan lupa kewajipan pada negara.

Berfungsilah  sebagai pengundi berilmu. Bertenang dan berfikiran rasional. Jangan terbawa-bawa dengan emosi.

Tahniah!  Selamat Mengundi PRU 13, tahun 2013.