Ahad, 12 Januari 2014

KUNJUNGAN ADUN SEMERAH DI PROGRAM GOTONG ROYONG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.




Jutaan terima kasih kepada ADUN Semerah YB Mohd Ismail bin Roslan atas kunjungan beliau semasa Program Gotong Royong  : Mengecat Pondok Cegah Jenayah & Menceriakan Jalan Masuk Ke Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, yang berlangsung pada 11 Januari 2014 (Sabtu).  

Terima kasih YB atas kunjungan tuan YB.



- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Sabtu, 11 Januari 2014

PROGRAM GOTONG ROYONG : MENGECAT PONDOK CEGAH JENAYAH & MENCERIAKAN JALAN MASUK KE TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.


















Syukur kehadrat Allah S.W.T, Program Gotong Royong  : Mengecat Pondok Cegah Jenayah & Menceriakan Jalan Masuk Ke Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti ketentuan  berikut :


TARIKH   :   11 JANUARI 2014 (SABTU)
MASA     :    8.30 PAGI
TEMPAT  :   PONDOK CEGAH JENAYAH & LONGAKNG DAN PARIT JALAN MASUK KE TAMAN WARISAN. 
                
Aktiviti program tersebut :
  1. Mengecat dan membersihkan longkang serta parit  (aktiviti kaum bapa)
  2. Menanam pokok bunga dan mini landskap  (aktiviti kaum ibu)
  3. Jamuan kudapan (di hadapan Pondok Cegah Jenayah)  
Terima kasih kepada yang dapat hadir dan bersama-sama menjalankan aktiviti tersebut sambil mengeratkan silaturahim dan memupuk pemuafakatan seluruh penduduk Taman Warisan serta meelaksanakan aktiviti pencegahan wabak Denggi.                    


- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Khamis, 9 Januari 2014

PROGRAM GOTONG ROYONG : MENGECAT PONDOK CEGAH JENAYAH & MENCERIAKAN JALAN MASUK KE TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.



Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T,  sukacitanya dimaklumkan  Program Gotong Royong  : Mengecat Pondok Cegah Jenayah & Menceriakan Jalan Masuk Ke Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

TARIKH   :   11 JANUARI 2014 (SABTU)
MASA     :    8.30 PAGI
TEMPAT  :   PONDOK CEGAH JENAYAH & LONGAKNG DAN PARIT JALAN MASUK KE TAMAN WARISAN. 
                
Aktiviti program tersebut :
  1. Mengecat dan membersihkan longkang serta parit  (aktiviti kaum bapa)
  2. Menanam pokok bunga dan mini landskap  (aktiviti kaum ibu)
  3. Jamuan kudapan (di hadapan Pondok Cegah Jenayah)  
Diharap semua dapat hadir dan bersama-sama menjalankan aktiviti tersebut sambil mengeratkan silaturahim dan memupuk pemuafakatan seluruh penduduk Taman Warisan serta meelaksanakan aktiviti pencegahan wabak Denggi. .                       


Sekian. Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Rabu, 8 Januari 2014

PONDOK AKTIVITI CEGAH JENAYAH TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.




Syukur kepada Allah dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pondok Aktiviti Cegah Jenayah Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor hampir siap keseluruhan pembinaannya. Untuk pengetahuan warga Taman Warisan pembinaan ini adalah geran persatuan penduduk daripada JPPM (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia). Lokasi Pondok Aktiviti Cegah Jenayah ini di persimpangan jalan utama masuk dan keluar ke Taman Warisan Peserai Batu Pahat.

Semoga dengan adanya Pondok Aktiviti Cegah Jenayah ini akan banyak memberi faedah dan manfaat kepada penduduk Taman Warisan.

Ahad, 5 Januari 2014

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1435H/14 JANUARI 2014


AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat menyambut Muaulidur Rasul 1435H. Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi  Muhammad S.A.W. Sempena hari keputeraan baginda 12 Rabiul Awal 1435H, bersamaan 14 Januari 2014  kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan  kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 1435H/2014M ini.

- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.

Selasa, 31 Disember 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014





Warga Taman Warisan yang mulia,
AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2014 ini.

Diharapkan tahun 2014 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu sambil ditemani dengan azam baru. Walapun tahun 2014 penuh dengan cabaran dalam kehidupan.


Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan. 


Ingatlah : "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Tahniah!. Selamat Menyambut Tahun Baru 2014.

-Pengerusi
 Pertubuhan Penduduk Taman Warisan

Khamis, 19 Disember 2013

TAHNIAH ANDA BERJAYA MERAIH KEJAYAAN DALAM PMR 2013


Pada 19 Disember  2013 (Khamis) keputusan PMR 2013 telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada ibu bapa dan  calon PMR 2013 warga Taman Warisan Peserai, Batu Pahat kerana berjaya dengan cemerlang dalam PMR  2013. Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh di peringkat sekolah menengah. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua 

Kepada ibu bapa yang mana anak mereka mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat gred A untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan PMR 2013 (anak ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat) bolehlah memohon Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada website ini. Permohonan yang lengkap bolehlah diserahkan kepada Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.

Kehidupan adalah apa yang kita beri  pada setiap perkara yang berlaku. 

- Pengerusi PPTW