Pada 20 April 2014, satu aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat berkaitan dengan anjing liar yang berkeliaran di Taman Warisan terutama di kawasan padang permainan. Anjing liar ini menganggu keselesaan penduduk Taman Warisan termasuk kanak-kanak dan boleh mengancam keselamat kanak-kanak ketika berada di padang permainan.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.
Selasa, 22 April 2014
Isnin, 7 April 2014
TAMAN WARISAN MENJADI KOMUNITI TERPILIH KAJIAN UPM
Rabu, 26 Mac 2014
MAJLIS CERAMAH MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN PESERAI, BATU PAHAT TAHUN 2014M/1435H
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Ceramah Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor Tahun 2014/1435H akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 28 Mac 2014 / 26 Jamadil Awal 1435H (Jumaat)
Masa : 9.15 malam
Tempat : Jalan Warisan 2, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat, Johor.
Perceramah : Yang Berbahagia Ustaz Hj. Zainuddin bin Khusil,
Penolong Pegawai Pendidikan Agama Daerah Batu Pahat.
Semua penduduk Taman Warisan khususnya dan tuan puan dipersilakan hadir ke majlis tersebut.
Aturcara Majlis seperti berikut :
9.15 malam : Ketibaan tetamu jemputan & VIP
: Ketibaan Penceramah Undangan
: Bacaan Rawi dan Selawat oleh En. Mustafa bin Ismail
: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W.
(Tn. Hj. Mazlan bin Saman)
9.35 malam : Ceramah Maulidur Rasul S.A.W. 1434H.
: Bacaan Do'a
: Penyampaian Cenderamata
11.00 malam : Bersurai
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Ahad, 23 Mac 2014
YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN 2014
Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2014. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah menjelaskan yuran tersebut kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan En. Muhamad bin Misman.
Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com
Terima kasih.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Batu Pahat, Johor.
Jumaat, 21 Mac 2014
TAHNIAH ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM STPM & SPM 2013
Pada 19 Mac dan 20 Mac 2014 keputusan STPM & SPM 2013 telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada ibu bapa dan calon STPM & SPM 2013 warga Taman Warisan Peserai, Batu Pahat kerana berjaya dengan cemerlang dalam STPM & SPM 2013. Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua
Kepada ibu bapa yang mana anak mereka mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat gred A untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM & SPM 2013 (anak ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat) bolehlah memohon Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Pertubuhan Penduduk Taman Warisan. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada website ini. Permohonan yang lengkap bolehlah diserahkan kepada Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.
- Pengerusi PPTW
Rabu, 19 Mac 2014
MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN KALI KE-5 TAHUN 2014
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-5 akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 28 Mac 2014 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang.
Tempat : Jln. Warisan 2, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : YB En. Mohd Ismail bin Hj. Roslan,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah.
Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-5 Tahun 2014).
Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.
Agenda majlis seperti berikut :
2.30 petang : Pendaftaran
3.00 petang : Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-5
5.20 petang : Penutupan Rasmi - Oleh YB En. Ismail bin Hj. Roslan ADUN Semerah
: Penyampaian Cenderamata
- Hadiah Pelajar Cemerlang
- Cenderamata kepada semua ahli berdaftar
- Hadiah Perasmi
: Jamuan & Bersurai
Sekian, terima kasih.
Catatan : 1. Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi / Setiausaha PPTW sebelum atau pada 24 Mac 2014.
2. Tiada pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-5..
Jumaat, 14 Mac 2014
MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-5 DAN MAJLIS CERAMAH MAULIDUR RASUL S.A.W. PERTUBUHAN TAMAN WARISAN TAHUN 2014/1435M
Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan Mesyuarat Penyelarasan Majlis Mesyuarat Agung Kali Ke-5 dan Majlis Ceramah Maulidur Rasul S.A.W. Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor Tahun 2014/1435M akan diadakan seperti ketentuan berikut :
Semua AJK diminta hadir dan semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.
Sekian. Terima kasih.
TARIKH : 17 MAC 2014 / 14 JAMADIL AKHIR 1435M (ISNIN)
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT : NO. 1 JALAN WARISAN 4, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.
(RUMAH TN. HJ. MAZLAN BIN SAMAN , NAIB PENGERUSI PPTW)
Semua AJK diminta hadir dan semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.
Sekian. Terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)












