Ahad, 12 April 2015
MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN KALI KE- 6
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-6 akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 24 April 2015 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang.
Tempat : Jln. Warisan 3, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : Yang Berbahagia En. Sazali bin Saion, Ketua Kampung Peserai.
Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-6 Tahun 2015).
Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.
Agenda majlis seperti berikut :
3.00 petang : Pendaftaran
3.15 petang : Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-6
5.20 petang : Acara Penutupan Rasmi :
- Ucapan Aluan Pengerusi PPTW
- Ucapan Penutupan Rasmi oleh
Yang Berbahagia En. Farid bin Mohd Sah, Penghulu Mukim 3, Peserai.
: - Penyampaian Cenderamata AJK Sesi 2013-2015
- Hadiah Pelajar Cemerlang
- Cenderamata Perasmi
: - Jamuan & Bersurai
Sekian, terima kasih.
Catatan : 1. Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi / Setiausaha PPTW sebelum atau pada 19 April 2015.
2. Ada pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-6..
Rabu, 8 April 2015
MESYUARAT AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN KALI KE-2 SESI 2014-2015
Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan Mesyuarat AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Kali Ke-2 Sesi 2014-2015 akan diadakan seperti ketentuan berikut :
Semua AJK diminta hadir dan semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.
Sekian. Terima kasih.
TARIKH : 9 April 2015 / 19 JAMADIL AKHIR 1436M (KHAMIS)
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT : NO. 8 JALAN WARISAN 3, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.
(RUMAH EN. ZAIHAN BIN HJ. SALIM)
Semua AJK diminta hadir dan semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.
Sekian. Terima kasih.
Isnin, 5 Januari 2015
YURAN TAHUN 2015
Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2015. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah menjelaskan yuran tersebut kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan En. Muhamad bin Misman (No. 3, Jalan Warisan 6).
Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com
Terima kasih.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Batu Pahat, Johor.
Sabtu, 3 Januari 2015
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1436H/3 JANUARI 2015
- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.
Rabu, 31 Disember 2014
SALAM TAHUN BARU 2015

Warga Taman Warisan yang mulia,
AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2015 ini.
Diharapkan tahun 2015 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu sambil ditemani dengan azam baru. Walapun tahun 2015 penuh dengan cabaran dalam kehidupan.
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan.
Tahniah!. Selamat Menyambut Tahun Baru 2015.
-Pengerusi
Selasa, 30 Disember 2014
PEMBAYARAN BONUS KAKITANGAN AWAM 2015
Tahniah!
Pembayaran bonus penjawat awam 2015
telah dipercepatkan iaitu pada
5 Januari 2015.
5 Januari 2015.
Pekeliling Tarikh Pembayaran Bonus
Kakitangan Awam 2015
Khamis, 25 Disember 2014
SUMBANGAN MANGSA BANJIR
Assalamaualaikum Wr. Wb.
Ya Allah keadaan banjir kali ini sangat dasyat.
Dalam sabar ada syukur, dalam sukar tetap akur. Ya Allah kami hanya hambamu.
Banjir ini menyuburkan kembali kasih-sayang yang sudah gersang di hati kita. Kasih, simpati, empati yang semakin tenggelam diapungkan semula oleh tragedi ini.
Sumbangan untuk mangsa banjir boleh disalurkan mengikut ketentuan di atas.
Terima kasih kepada semua yang prihatin.
Ya Allah keadaan banjir kali ini sangat dasyat.
Dalam sabar ada syukur, dalam sukar tetap akur. Ya Allah kami hanya hambamu.
Banjir ini menyuburkan kembali kasih-sayang yang sudah gersang di hati kita. Kasih, simpati, empati yang semakin tenggelam diapungkan semula oleh tragedi ini.
Sumbangan untuk mangsa banjir boleh disalurkan mengikut ketentuan di atas.
Terima kasih kepada semua yang prihatin.
Langgan:
Catatan (Atom)











