Sabtu, 1 April 2017
TAPAK GERAI PPTW SUDAH BEROPERASI
Syukur kepada Allah dengan izinNya tapak gerai Pertubuhan Penduduk Taman Warisan telah menjadi realiti dan beroperasi, pembinaanya atas sumbangan daripada ADUN Semerah YB. En. Mohd Ismail bin Roslan, pembinaannya dengan kebenaran MPBP. Ini adalah hasil permohonan yang dibuat semasa Majlis Mesyuarat Agung yang ke-7 Tahun 2016.
Terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga Allah memberakti khidmat bakti YB. Dipersilakan dan sudi-sudikan ke gerai En. Azuri untuk menikmati juadah dengan harga mampu milik. Tahniah kepada warga PPTW, Batu Pahat..
Rabu, 15 Mac 2017
MESYUARAT AGUNG PPTW PESERAI BATU PAHAT KALI KE-8 TAHUN 2017
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor, kali ke-7 akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Tarikh : 24 Mac 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Jln. Warisan 4, Taman Warisan, Peserai, 83000 Batu Pahat.
Perasmi : Yang Berbahagia En. Mohd Farid bin Mohd Sah, Penghulu Mukim 3 Peserai,
Batu Pahat, Johor.
Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung tersebut. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan juga diminta mengemukakan sebarang usul atau cadangan yang membina demi menjana kemajuan pertubuhnan ini untuk dibahaskan dalam Mesyurat Agung tersebut (Borang Usul/Cadangan telah diedarkan bersama Notis Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-8 Tahun 2017).
Semoga kehadiran tuan/puan akan menyemarakkan lagi permuafakatan di antara penduduk dan ke arah kesejahteraan taman kita, disamping memperkukuhkan peranan pertubuhan penduduk dalam pembentukan keharmonian penduduk.
Agenda majlis seperti berikut :
8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Kali Ke-8.
11.00 pagi : Acara Penutupan Rasmi :
- Ucapan Aluan Pengerusi PPTW
- Ucapan Penutupan Rasmi oleh
Yang Berhormat En. Mhd Farid bin Mohd Sah, Penghulu Mukim 3 Peserai, Batu Pahat.
- Penyampaian Cenderamata :
- Hadiah Pelajar Cemerlang
- Cenderamata Perasmi
: - Jamuan & Bersurai
Sekian, terima kasih.
Catatan : 1. Borang Usul/Cadangan hendaklah dikembalikan kepada pihak Pengerusi / Setiausaha PPTW sebelum atau pada 22 Mac 2017.
2. Pemilihan AJK dalam Mesyuarat Agung PPTW Kali Ke-8.
Isnin, 13 Mac 2017
MESYUARAT KHAS PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PERLAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN, BATU PAHAT, JOHOR KALI KE-8 TAHUN 2017
Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan Mesyuarat Khas Pembentangan kertas Kerja mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat Johor Kali Ke-8 tahun 2017, akan diadakan seperti ketentuan berikut :
TARIKH : 17 MAC 2017
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT : NO. 2 JALAN WARISAN 2, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.
(RUMAH EN. MOHD DAUD BIN SALLEH PENGERUSI PPTW)
Semua AJK diminta hadir dan semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.
Sekian. Terima kasih.
Ahad, 1 Januari 2017
SALAM TAHUN BARU 2017
Warga Taman Warisan yang mulia,
AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2017 ini.
Diharapkan tahun 2017 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu sambil ditemani dengan azam baru. Walapun tahun 2017 penuh dengan cabaran dalam kehidupan.
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan.
Tahniah!. Selamat Menyambut Tahun Baru 2017.
-Pengerusi
Rabu, 28 Disember 2016
YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN TAHUN 2016
Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2016. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah menjelaskan yuran tersebut kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan En. Muhamad bin Misman (No. 3, Jalan Warisan 6).
Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email : tamanwarisanbatupahat@yahoo.com
Terima kasih.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Batu Pahat, Johor.
Selasa, 20 Disember 2016
TAHNIAH ANDA CEMERLANG PT3 2016

Pada 19 Disember 2016 (Isnin) keputusan PT3 2016 telah diumumkan. AJK PPTW mengucapkan tahniah kepada ibu bapa dan calon PT3 2016 kerana berjaya dengan cemerlang dalam PT3 2016, terutama khusus untuk ibu bapa dan pelajar warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor.
Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh di peringkat menengah. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua.
Jumaat, 18 November 2016
UPSR 2016: TAHNIAH DAN TERUSKAN SEMANGAT JUANG!

Keputusan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah diumumkan pada 17 November 2016. Kami AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warsan ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada anak-anak yang cemerlang dalam UPSR.
Kejayaan tersebut hakikatnya, adalah mukadimah untuk mencapai sasaran bagi
menjadi generasi rabbani yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa,
negara dan keluarga.
Kepada yang kurang cemerlang kami
nyatakan bahawa UPSR bukanlah segala-galanya.
Terlalu banyak tokoh-tokoh dunia yang hebat, bermula dengan pencapaian yang
biasa. Ia menjadi satu pembakar semangat bagi mereka untuk mendaki tangga
kejayaan dan akhirnya jauh lebih cemerlang daripada mereka yang sejak mulanya
'selesa' dengan kejayaan demi kejayaan.
Teruskan perjuangan menuntut ilmu kerana individu yang hebat, tidak ada
dalam kamus hidupnya dua perkara; putus asa dan penat lelah.
Sekali
lagi diucapkan tahniah dan syabas.
Langgan:
Catatan (Atom)











