Isnin, 10 September 2018

SALAM MAAL HIJRAH 1440H


Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1440H yang akan disambut pada 11 September 2018 (Selasa)  ini kepada semua umat Islam, khususnya semua warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.  Semoga dengan kehadiran tahun baru ini bersamalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T., banyakan beribadah dan mengerjakan perkara kebaikan.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)
  

Khamis, 30 Ogos 2018

SALAM KEMERDEKAAN ULANG TAHUN KE-61



TANGGAL 31 Ogos datang lagi - tanda meningkat setahun lagi usia kemerdekaan negara. Ketika laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang dikumandangkan Tunku Abdul Rahman mengiang-ngiang di telinga, kini Malaysia menyambut lagi ulang tahun ke-60.
Sebagaimana Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara menjadi saksi turunnya bendera Union Jack, begitulah juga bangunan dengan reka bentuk Moorish itu menjadi saksi peningkatan dalam pembangunan serta perkembangan sebuah negara bernama Malaysia.
Dengan bebasnya negara daripada belenggu penjajahan bermakna perjuangan mendapatkan kemerdekaan juga berakhir, tetapi ia juga bermakna bermulanya perjuangan mengisi kemerdekaan.Semangat merdeka juga terus disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan. Bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.
Rentetan demi rentetan peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari kemerdekaan.Kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Sana-sini ia diarak bagi membuakkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya.
Tidak cukup dengan itu, pelbagai bahan digunakan bagi membentuk Jalur Gemilang menandakan betapa semaraknya keinginan semua anggota masyarakat untuk terus menjadi sebuah negara berdaulat yang merdeka.
Justeru itu, sama-samalah kita mengubah sikap dan kembali ke landasan sebenar supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan yang dinikmati hari ini. Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang anggotanya bertatasusila luhur, berdaya maju, melindungi dan mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan. Untuk membentuk masyarakat madani, pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendidikan dan tarbiyah secara berkesan penting kerana pembangunan material serta kepesatan perkembangan ekonomi semata-mata belum tentu menjanjikan terbinanya masyarakat yang bermoral.

AJK PPTW mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-61, kepada warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor. 

Selasa, 21 Ogos 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1439H/2018M




In Shaa Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1439H/2018M  pada 22 Ogos  2018 (Rabu). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1438H/ 2017M dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya dan mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk mengelakkan berlakunya kejadian kecurian dan pecah rumah. Diingatkan patuhi undang-undang lalu lintas dan ingatlah orang yang tersayang, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.


Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir Pertubuhan Penduduk Taman Warisan ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama. 

  
Qurban itu melepaskan apa yang kita sayang untuk orang yang tersayang kerana YANG MAHA PENYAYANG. Qurban itu maknanya merelakan dirinya susah untuk orang lain yang susah kerana YANG AMAT PEMURAH. Selamat menjalani ibadah qurban dan Selamat menyambut idul adha. Salam Aidiladha.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,

Isnin, 2 Julai 2018

PERNIAGAAN BUNDLE DI TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.


Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya tapak gerai Taman Warisan telah ada penyewa yang baru. Penyewa tersebut berniaga barang-barang bundle.  Sesiapa yang berhajat dipersilakan berkunjung ke gerai tersebut.






Ahad, 1 Julai 2018

MALAM KELIMA (30 JUN 2018) : MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.











Alhamdulillah, marilah kita bersama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua Program Marhaban dan Majlis Penutup Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M yang dirancang berjalan dengan jayanya. 

Kunjungan Marhaban dari rumah ke rumah, yang mana acara kemuncaknya pada hari Sabtu  (malam Ahad) 30 Jun 2018 di Jalan Warisan 4, Taman Warisan. Pada malam kelima   ini sebanyak 4  buah rumah lagi telah dapat dikunjungi di Jalan Warisan  4, termasuk rumah En. Saadon. Tahun ini Majlis Penutupan Program Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M. diserikan dengan diadakan jamuan khas yang dinamakan Majliis Jamuan Perdana Tautan Ukhuwah Aidilfitri Tahun 1439H/2018M.

Program ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang di kalangan kariah Taman Warisan dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga Taman Warisan Perserai, Batu Pahat, Johor.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Taman Warisan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, samada sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun peralatan dan barang keperluan. Kutipan Tabung Marhaban Sambutan Aidil Fitri Pertubuhan Penduduk Taman Warisan bagi tahun 1439H/2018M berjumlah  RM 1112.00

Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Program Marhaban dan Majlis Penutupan Marhaban Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor.

Agenda Majlis Penutup Marhaban PPTW  & Majliis Jamuan Perdana Tautan Ukhuwah Aidilfitri Tahun 1439H/2018M.

10.30 Malam :
  • Jamuan Hari Raya
  • Ucapan Aluan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan
  • Pengisytiharan Kutipan Tabung Marhaban 1439H/2018M
  • Cabutan Nama Bertuah 
  • Bacaan Doa oleh Tn. Hj. Mazlan bin Saman (Tuan Imam Masjid Jamek Ar-Raudhah Peserai, Batu Pahat)
  • Bersurai 



Warga PPTW yang bertuah  dalam acara : Cabutan Nama Bertuah 







Sabtu, 30 Jun 2018

MALAM KE-4 (29 JUN 2018) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.



Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M dapat diteruskan untuk malam  yang keempat (29 Jun 2018/15 Syawal 10439H). Warga Jalan Warisan 1 & 2  menjadi tuan rumah. Pada malam keempat  ini sebanyak 09 buah rumah lagi  telah dapat dikunjungi.  

Malam keempat Majlis Marhaban PPTW menerima kehadiran YB Mohd Khuzzan bin Abu Bakar ADUN Semerah, kehadiran beliau untuk sesi berkenalan, ramah mesra dan ziarah warga penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Terima kasih YB Mohd Khuzzan atas kesudian beliau bersama dalam Majlis Marhaban PPTW 2018.

Terima kasih diucapakan kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut.


Ucapan Ringkas YB Mohd Khuzzan bin Abu Bakar 
ADUN Semerah, 



Ucapan Aluan En. Mohd Daud bin Salleh, Pengerusi PPTW 




Khamis, 28 Jun 2018

MALAM KE-3 (27 JUN 2018) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.


Image may contain: 23 people, people smiling, people standing and indoor

Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M dapat diteruskan untuk malam  yang ketiga ( 27 Jun 2018/12 Syawal 10439H). Warga Jalan Warisan 3 menjadi tuan rumah. Pada malam ketiga  ini sebanyak 09 buah rumah lagi  telah dapat dikunjungi.  

Terima kasih diucapakan kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut.