Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat
Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kecemerlangan minda dan deria. Program Marhaban dan Majlis
Penutup Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1434H/2013M yang dirancang berjalan dengan jayanya.
Kunjungan Marhaban dari rumah ke rumah, yang mana acara kemuncaknya pada hari Sabtu (malam Ahad) 24 Ogos 2013 di Jalan Warisan 2, Taman Warisan. Tahun ini giliran warga Jalan Warisan 2 mengendalikan Majlis Penutupan Program Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1434H/2013M.
Program ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang di
kalangan kariah Taman Warisan dan menzahirkan syiar Islam, di samping
menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga Taman Warisan
Perserai, Batu Pahat, Johor.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Taman Warisan kerana
sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, samada sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun peralatan dan barang keperluan.
Kambing golek
Tajaan En. Abd. Hamid Abdullah dan isterinya Pn Ramlah Ismail
Penduduk Taman Warisan Sedang Menjamu Selera
Pengerusi PPTW En. Mohd Daud sedang menyampaikan ucapan
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Batu Pahat, Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan