Selasa, 19 September 2017
Ahad, 10 September 2017
SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2017


AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN MENGUCAPKAN
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR 2017
(11 SEPTEMBER 2017 - 14 SEPTEMBER 2017)
KEPADA SEMUA CALON UPSR 2017, KHUSUSNYA ANAK-ANAK
(11 SEPTEMBER 2017 - 14 SEPTEMBER 2017)
KEPADA SEMUA CALON UPSR 2017, KHUSUSNYA ANAK-ANAK
WARGA TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. SEMOGA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH DAN MERAIH KECEMERLANGAN.
Khamis, 31 Ogos 2017
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1438H/2017M

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya dan mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk mengelakkan berlakunya kejadian kecurian dan pecah rumah. Diingatkan patuhi undang-undang lalu lintas dan ingatlah orang yang tersayang, supaya selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir Pertubuhan Penduduk Taman Warisan ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.
Qurban itu melepaskan apa yang kita sayang untuk orang yang tersayang kerana YANG MAHA PENYAYANG. Qurban itu maknanya merelakan dirinya susah untuk orang lain yang susah kerana YANG AMAT PEMURAH. Selamat menjalani ibadah qurban dan Selamat menyambut idul adha. Salam Aidiladha.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Rabu, 30 Ogos 2017
SALAM KEMERDEKAAN ULANG TAHUN KE-60

Sebagaimana Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara menjadi saksi
turunnya bendera Union Jack, begitulah juga bangunan dengan reka bentuk
Moorish itu menjadi saksi peningkatan dalam pembangunan serta
perkembangan sebuah negara bernama Malaysia.
Dengan bebasnya negara daripada belenggu penjajahan bermakna perjuangan
mendapatkan kemerdekaan juga berakhir, tetapi ia juga bermakna
bermulanya perjuangan mengisi kemerdekaan.Semangat merdeka juga terus
disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa
payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur
penjajahan. Bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak bersendirian kerana
pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan
ini tidak akan berjaya kerana melalui kemerdekaan, Malaya akan ditadbir
di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.
Rentetan demi rentetan peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara
mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda
hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari
kemerdekaan.Kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit
semangat kemerdekaan. Sana-sini ia diarak bagi membuakkan rasa kasih dan
cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada
rakyatnya.
Tidak cukup dengan itu, pelbagai bahan digunakan bagi membentuk Jalur
Gemilang menandakan betapa semaraknya keinginan semua anggota masyarakat
untuk terus menjadi sebuah negara berdaulat yang merdeka.
Justeru itu, sama-samalah kita mengubah sikap dan kembali ke landasan
sebenar supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan yang
dinikmati hari ini. Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang
anggotanya bertatasusila luhur, berdaya maju, melindungi dan mematuhi
serta memelihara undang-undang dan peraturan. Untuk membentuk masyarakat
madani, pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendidikan dan tarbiyah
secara berkesan penting kerana pembangunan material serta kepesatan
perkembangan ekonomi semata-mata belum tentu menjanjikan terbinanya
masyarakat yang bermoral.
AJK PPTW mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-60, kepada warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor.
Isnin, 21 Ogos 2017
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA ULANG TAHUN KEMEREDKAN KE-60 MALAYSIA PERINGKAT PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.
Sempena
Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-60, Pertubuhan Penduduk Taman
Warisan mengadakan kempen menggalakkan kibar Jalur Gemilang di setiap
kediaman masing-masing. Kempen brtujuan untuk menyemaikan semangat
patriotisme dikalangan penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat
terutama dikalangan kanak-kanak. Patriotisme adalah sentimen nasional
yang menekankan aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada
negara.
Salam Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia Ke- 60, tahun 2017 untuk seluruh warga Taman Warisan, Peserai Batu Pahat.
Sabtu, 15 Julai 2017
MALAM KEEMPAT (14 JULAI 2017) : MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1438H/2017M, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.
Alhamdulillah, marilah kita bersama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua Program Marhaban dan Majlis Penutup Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H/2017M yang dirancang berjalan dengan jayanya.
Kunjungan Marhaban dari rumah ke rumah, yang mana acara kemuncaknya pada hari Jumaat (malam Sabtu) 14 Julai 2017 di Jalan Warisan 3 & 4, Taman Warisan. Pada malam keempat ini sebanyak 12 buah rumah telah dapat dikunjungi di Jalan Warisan 3 & 4. Tahun ini giliran warga Jalan Warisan 3 & 4 mengendalikan Majlis Penutupan Program Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H/2017M.
Program ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang di kalangan kariah Taman Warisan dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga Taman Warisan Perserai, Batu Pahat, Johor.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Taman Warisan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, samada sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun peralatan dan barang keperluan. Kutipan Tabung Marhaban Sambutan Aidil Fitri Pertubuhan Penduduk Taman Warisan bagi tahun 1438H/2017M berjumlah RM 900.
Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Program Marhaban dan Majlis Penutupan Marhaban Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor.
Agenda Majlis Penutup Marhaban PPTW 1438H/2017M (10.30 Malam) :
- Jamuan Hari Raya
- Ucapan Aluan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan
- Pengisytiharan Kutipan Tabung Marhaban 1438H/2017M
- Cabutan Nama Bertuah
- Bacaan Doa oleh Tn. Hj. Mazlan bin Saman (Tuan Imam Masjid Jamek Ar-Raudhah Peserai, Batu Pahat)
- Bersurai

Ucapan Aluan En. Mohd Daud Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan





Jumaat, 14 Julai 2017
MALAM KETIGA (12 JULAI 2017) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1438H/2017M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.






Langgan:
Catatan (Atom)






