Assalamu'alaiku Wr. Wb. Warga Taman Warisan,
Apa azam tuan/puan menjelang tahun 2013?
Setiap kali apabila menjelang tahun
baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin
mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang
diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa
tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun
ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya
hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2012 ke tahun 2013, ini
adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa
dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh
itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda.
Nasib kita ditentukan oleh minda kita sendiri dan cara kita berfikir. Jika kita ingin tahu apa
yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang
sedang minda fikirkan sekarang. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”
Untuk
mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar
matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan
ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Batu Pahat, Johor.
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Batu Pahat, Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan