Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Saya ingin mendedahkan satu taktik kotor penjenayah yang
mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah. Jangan
mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih
lagi yang tidak dikenali. Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik
dengan bahan penghayal dan
digam (seal)
semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada mangsa.
Sebarkan,
tak rugi pun kalau kita kongsikan dengan anak-anak, rakan, jiran dan siapa juga, jika ini dapat membantu menyelamatkan
diri, keluarga, rakan atau sesiapa sahaja supaya tidak menjadi mangsa
kepada penjenayah-penjenayah yang cuba membuat perkara yang tidak baik ini.
- Pengerusi PPTW
Tiada ulasan:
Catat Ulasan