Sabtu, 15 Disember 2018

MESYUARAT BERSAMA AHLI MAJLIS ZONE 8, MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT







Mesyuarat AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan  bersama Ahli Majlis Zone 8, Peserai, Majlis Perbandaran Batu Pahat, En. Azman bin Musa  telah diadakan dengan ketentuan berikut :

Tarikh : 14 Disember 2018
Tempat : Rumah Pengerusi PPTW, No. 2, Jalan Warisan 2, Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.
Masa : 3.00 petang.

Mesyuarat tersebut adalah membincangkan bantahan penduduk Taman Warisan berkaitan pembinaan taman baharu bersebelahan Taman Warisan, Peserai, yang juga menggunakan nama yang sama iaitu Taman Warisan.

Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. dan membahagiakan warga Taman Warisan. 


- Pengerusi PPTW

Khamis, 6 Disember 2018

ZON KAWASAN AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT


Zon Kawasan Ahli Majlis MPBP*
Zon 1: Tmn Nira, Tmn Batu Pahat, Damai, Damai 2, Damai 3, Dato' Abdul Rahman Jaafar, Makmur. (DAP) Ng Sze Keong 012-7210050
Zon 2: Taman Banang, Emas, Kurnia, Putera. (DAP) Tan Pei Ling 012-7686338
Zon 3: Pekan Bukit Pasir, Tmn Indah, Sri Wangi, Cemerlang, Hajjat, Bilal, Sri Idaman, Melodi, Kemunting, Sri Mulia, Mulia Jaya, Seroja, Cemerlang Jaya, Desa Cemerlang, Sri Berlian, Sri Berlian 2, Bilal Jaya, Seroja Jaya, Seri Berkat, Setia Harmoni. (DAP) Lim Wee Hong 017-7289027
Zon 4: Pekan Tongkang Pecah Selatan, Kaw. Perindustrian Tongkang Pecah, Maju, Puteri Indah & 2, Flora Utama, Tasek & 2, Permata, Putera Jaya, Putera 2, Puteri, Puteri Jaya & 2, Puteri Emas, Kapal Layar, Emas Jaya. (Amanah) Kelvin Koe Yong Sen 012-7709180
Zon 5: Pekan Tongkang Pecah, Tmn Santalia, Anggerik, Bandar Putera Indah, Bunga Raya, Bintang Emas, Bistari, Harmoni, Koperasi Jaya, Linau, Wiramas 1&2. (Amanah) Tuan Hj Cholan bin Taib 019-7940293
Zon 6: Pasar Awam, Jln Shahbandar. (PKR) Ronald Sia Wee Yet 019-7570098
Zon 7: Pusat Bandar, Tmn Sejahtera, Jln Abu Bakar, Tmn Jenang. (DAP) George Poh Eng Guan 016-7717119
Zon 8: Pekan Semerah, Tmn Bendahara, Peserai, Warisan, Sri Molek, Cahaya Purnama, Seri Fajar. (PKR) Azman Bin Musa 014-9401941
Zon 9: Tmn Seri Sulong, Kaw. Perindustrian Seri Sulong, Simpang Lima, Peserai Indah, Peserai Jaya, Peserai. (PKR) Muhamad Fahmy Bin Muridan 012-7453642
Zon 10: Kg. Satay, Tmn Joseph, Ampuan, Pantai, Pantai Baru, Sri Pantai, Rumah Pangsa Jln Pantai, Tmn Perindustrian Murni. (PKR) Mohamad Haizizul Bin Sulaiman 012-7255433
Zon 11: Tmn Mewah, Bahagia, Sri Kenangan, Kaw. Pejabat Kerajaan, Jln Kenangan, Tmn Tanjung, Bukit Mutiara. (PPBM) Ropie Bin Subari 019-7299747
Zon 12: Tmn Soga, Dagang, Banang Heights, Banang Ria, Soga 2, Ampang Jaya, Ampuan, Desa Ampuan. (Amanah) Abd Rahman Bin Idris 019-7232810
Zon 13: Jln Tanjung Laboh, Tmn Bandar, Banang Jaya, Kaw. Perindustrian Wawasan, Bukit Flora & 2, Banang Jaya, Tanjung Indah, Evergreen Heights. (DAP) Emily Lim Siok Bee 012-7126611
Zon 14: Pekan Senggarang, Tmn Senggarang Cahaya, Senggarang & 2, Sri Mewah, Aikka, Nagaria 1,2,3, Jasa, Sri Senggarang & 2, Sri Bahagia, Sri Raya, Bestari, Medan Bunga Cempaka Baru, Senggarang Damai. (Amanah) Abd Hamid Bin Jamah 010-5521767
Zon 15: Kaw. Rengit Barat, Tmn Pandan Jaya 1,2, Rengit, Rengit Jaya, Rengit Indah. (PKR) Baharudin Bin Said 017-7807200
Zon 16: Kaw. Rengit Timur, Tmn Maju Jaya, Maju Baru, Rengit Impian, Ria & 2, Rengit Ria, Sri Damai. (PKR) Malik Faishal Bin Ahmad 019-7988064
Zon 17: Kaw. Simpang Rantai, Tmn Tanah Merah, Perdana, Gunong Soga. (PPBM) Ir. Ab Latif Bin Haji Mohd Dewa 019-7007770
Zon 18: Tmn Bukit Perdana & 2, LimPoon, Kemajuan, Sri Penggaram, Orchard Heights. (DAP) K.Mohan A/L Kuppusamy 013-7706390
Zon 19: Kg. Merdeka, Tmn Koperasi Bahagia, Tmn Bukit Pasir, Murni, Flora, Kg Istana, Kg. Kenangan Dato' Onn 1&2, Tmn Miri. (PPBM) Drs Mohd Zaid Bin Mohd Yusof 014-3111149
Zon 20: Parit Besar, Flora Jaya, Sri Wangsa, Pelangi, Perpaduan, Suria, Budaya Jaya & 2, Ria, Gembira, Ceria, Industri Broleh, Permai. (Amanah) Azhar Bin Zakaria 013-7681471
Zon 21: Tmn Megah, Kaw. Perindustrian Sri Gading, Pekan Sri Gading, Tmn Mutiara, Ria Jaya, Sri Panchor, Bahagia, Panchor Jaya, Pura Kencana, Peri, Pertama, Gading, Gading Emas, Gading Jaya, Sri Mutiara, Jaya, Setia Jaya. (PPBM)
Lim Wee Soon 012-7178525
Zon 22: Pekan Parit Raja, Tmn Robena, Kristal, Kelisa Jaya, Parit Raja II, Manis. (PPBM) Alamshah Bin Abdul Latiff 019-7863362
Zon 23: Tmn Universiti, Kaw. Perind. Parit Raja, Melewar &2&3, Wira, Maju, Sedap, Sri Indah, Parit Raja 1, Manis 1,2, Wira Jaya, Lundang, Kristal 2, Rona, Maju Baru, Siswa Jaya 1&2, Permai, Gemilang, Budiman, Waja, Impian, Sri Raja, Sri Indah, Kenangan Indah, Intan, Kg. Tradisional. (Amanah) Noor Khalim Bin Sakib 019-7722300
Zon 24: Parit Imam, Jln Kluang, Tmn Sentosa, Pasifik Selatan, Sri Saga, Beroleh, Budaya, Sri Jaya, Cempaka Putih, Tmn Perindustrian Damai Plus, Ros, Orkid, Desa, Alamanda, Intan. (PPBM) Mohd Rohaizad Bin Rosli 017-7770702


- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor

Isnin, 19 November 2018

SALAM MAULIDUR RASUL



Apakah itu Maulidur Rasul. 
Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Maulidur Rasul tahun 2018 bersamaan dengan tahun 1440H akan disambut pada hari Selasa, 20 November 2018.
Tema sambutan sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah "Menyantuni Umat Membawa Rahmat" iaitu tema yang sama dengan sambutan Maal Hijrah.
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang jatuh pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahuwataala. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahuwataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Sumber : Wikipedia

Isnin, 12 November 2018

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2018


WARGA PPTW  MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM & STPM  2018
 (13 NOVEMBER 2018 - 13 DISEMBER 2018) 
KEPADA SEMUA CALON SPM & STPM 2018, KHUSUSNYA ANAK-ANAK  WARGA TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT,  JOHOR. 
TENANGKAN HATI, FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK. KAMI DOAKAN SEMOGA MERAIH KEJAYAAN CEMERLANG.

Ahad, 11 November 2018

KETUA-KETUA KAMPUNG DALAM MUKIM 3 PESERAI BATU PAHAT


AJK Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Peserai, Batu Pahat dan seluruh warga Taman Warisan mengucapkan tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Kampung Dalam Mukim 3 Peserai, Batu Pahat. .

Ketua Kg Peserai.
Tn Hj Hishamuddin @ Misrin Bin Hj Ishak.
Tel : 0137537523
Ketua Kg Gombak.
Tn Hj Ahmad Bin Awang.
Tel : 0178561473
Ketua Kg Bintang.
En Noor Eddy Bin Jamaludin.
Tel : 0177495626
Ketua Kg Sg Kelambu.
En Zalan Bin A.Hamid
Tel : 0127291946
Ketua Kg Muhibbah.
En Mazlan Bin Mohamed.
Tel : 0137707554


Tahniah diucapkan sekali lagi, semoga dengan pelantikan ini akan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga mukim  khasnya.
Berkuatkuasa mulai 1hb. November 2018 sehingga 31hb. Disember 2020.

Sumber : Penghulu Mukim 3 Peserai.

Jumaat, 9 November 2018

YURAN PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN TAHUN 2018


Saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan Yuran Tahunan  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan tahun 2018. Untuk makluman tuan/puan semua bahwa yuran tahunan tersebut sebanyak Rm 60.00. Ahli Pertubuhan  Penduduk Taman Warisan yang belum menjelaskan bolehlah  menjelaskan yuran tersebut kepada Bendahari Pertubuhan Penduduk Taman Warisan Tn. Hj. Muhamad bin Misman (No. 3, Jalan Warisan 6).

Semoga dalam makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang telah menyempurnakannya.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat  untuk penjelasan. Pertanyaan juga boleh dibuat melalui email :  tamanwarisanbatupahat@yahoo.com

Terima kasih.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor

Isnin, 1 Oktober 2018

SELAMAT MENGHADAPI PT3 2018


AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PT3 2018 
(1 OKTOBER  2018 - 4 OKTOBER 2018)
KEPADA SEMUA CALON PT3 2018, KHUSUSNYA ANAK-ANAK
WARGA TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. SEMOGA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH DAN MERAIH KECEMERLANGAN.

Isnin, 10 September 2018

SALAM MAAL HIJRAH 1440H


Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1440H yang akan disambut pada 11 September 2018 (Selasa)  ini kepada semua umat Islam, khususnya semua warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.  Semoga dengan kehadiran tahun baru ini bersamalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T., banyakan beribadah dan mengerjakan perkara kebaikan.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)
  

Khamis, 30 Ogos 2018

SALAM KEMERDEKAAN ULANG TAHUN KE-61



TANGGAL 31 Ogos datang lagi - tanda meningkat setahun lagi usia kemerdekaan negara. Ketika laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang dikumandangkan Tunku Abdul Rahman mengiang-ngiang di telinga, kini Malaysia menyambut lagi ulang tahun ke-60.
Sebagaimana Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara menjadi saksi turunnya bendera Union Jack, begitulah juga bangunan dengan reka bentuk Moorish itu menjadi saksi peningkatan dalam pembangunan serta perkembangan sebuah negara bernama Malaysia.
Dengan bebasnya negara daripada belenggu penjajahan bermakna perjuangan mendapatkan kemerdekaan juga berakhir, tetapi ia juga bermakna bermulanya perjuangan mengisi kemerdekaan.Semangat merdeka juga terus disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan. Bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.
Rentetan demi rentetan peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari kemerdekaan.Kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Sana-sini ia diarak bagi membuakkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya.
Tidak cukup dengan itu, pelbagai bahan digunakan bagi membentuk Jalur Gemilang menandakan betapa semaraknya keinginan semua anggota masyarakat untuk terus menjadi sebuah negara berdaulat yang merdeka.
Justeru itu, sama-samalah kita mengubah sikap dan kembali ke landasan sebenar supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan yang dinikmati hari ini. Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang anggotanya bertatasusila luhur, berdaya maju, melindungi dan mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan. Untuk membentuk masyarakat madani, pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendidikan dan tarbiyah secara berkesan penting kerana pembangunan material serta kepesatan perkembangan ekonomi semata-mata belum tentu menjanjikan terbinanya masyarakat yang bermoral.

AJK PPTW mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-61, kepada warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor. 

Selasa, 21 Ogos 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1439H/2018M




In Shaa Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1439H/2018M  pada 22 Ogos  2018 (Rabu). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1438H/ 2017M dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya dan mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk mengelakkan berlakunya kejadian kecurian dan pecah rumah. Diingatkan patuhi undang-undang lalu lintas dan ingatlah orang yang tersayang, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.


Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir Pertubuhan Penduduk Taman Warisan ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama. 

  
Qurban itu melepaskan apa yang kita sayang untuk orang yang tersayang kerana YANG MAHA PENYAYANG. Qurban itu maknanya merelakan dirinya susah untuk orang lain yang susah kerana YANG AMAT PEMURAH. Selamat menjalani ibadah qurban dan Selamat menyambut idul adha. Salam Aidiladha.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,

Isnin, 2 Julai 2018

PERNIAGAAN BUNDLE DI TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.


Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya tapak gerai Taman Warisan telah ada penyewa yang baru. Penyewa tersebut berniaga barang-barang bundle.  Sesiapa yang berhajat dipersilakan berkunjung ke gerai tersebut.






Ahad, 1 Julai 2018

MALAM KELIMA (30 JUN 2018) : MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT.











Alhamdulillah, marilah kita bersama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua Program Marhaban dan Majlis Penutup Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M yang dirancang berjalan dengan jayanya. 

Kunjungan Marhaban dari rumah ke rumah, yang mana acara kemuncaknya pada hari Sabtu  (malam Ahad) 30 Jun 2018 di Jalan Warisan 4, Taman Warisan. Pada malam kelima   ini sebanyak 4  buah rumah lagi telah dapat dikunjungi di Jalan Warisan  4, termasuk rumah En. Saadon. Tahun ini Majlis Penutupan Program Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M. diserikan dengan diadakan jamuan khas yang dinamakan Majliis Jamuan Perdana Tautan Ukhuwah Aidilfitri Tahun 1439H/2018M.

Program ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang di kalangan kariah Taman Warisan dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga Taman Warisan Perserai, Batu Pahat, Johor.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Taman Warisan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, samada sumbangan berbentuk wang ringgit mahupun peralatan dan barang keperluan. Kutipan Tabung Marhaban Sambutan Aidil Fitri Pertubuhan Penduduk Taman Warisan bagi tahun 1439H/2018M berjumlah  RM 1112.00

Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Program Marhaban dan Majlis Penutupan Marhaban Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Batu Pahat, Johor.

Agenda Majlis Penutup Marhaban PPTW  & Majliis Jamuan Perdana Tautan Ukhuwah Aidilfitri Tahun 1439H/2018M.

10.30 Malam :
  • Jamuan Hari Raya
  • Ucapan Aluan Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan
  • Pengisytiharan Kutipan Tabung Marhaban 1439H/2018M
  • Cabutan Nama Bertuah 
  • Bacaan Doa oleh Tn. Hj. Mazlan bin Saman (Tuan Imam Masjid Jamek Ar-Raudhah Peserai, Batu Pahat)
  • Bersurai 



Warga PPTW yang bertuah  dalam acara : Cabutan Nama Bertuah 







Sabtu, 30 Jun 2018

MALAM KE-4 (29 JUN 2018) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.



Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M dapat diteruskan untuk malam  yang keempat (29 Jun 2018/15 Syawal 10439H). Warga Jalan Warisan 1 & 2  menjadi tuan rumah. Pada malam keempat  ini sebanyak 09 buah rumah lagi  telah dapat dikunjungi.  

Malam keempat Majlis Marhaban PPTW menerima kehadiran YB Mohd Khuzzan bin Abu Bakar ADUN Semerah, kehadiran beliau untuk sesi berkenalan, ramah mesra dan ziarah warga penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Terima kasih YB Mohd Khuzzan atas kesudian beliau bersama dalam Majlis Marhaban PPTW 2018.

Terima kasih diucapakan kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut.


Ucapan Ringkas YB Mohd Khuzzan bin Abu Bakar 
ADUN Semerah, 



Ucapan Aluan En. Mohd Daud bin Salleh, Pengerusi PPTW 




Khamis, 28 Jun 2018

MALAM KE-3 (27 JUN 2018) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.


Image may contain: 23 people, people smiling, people standing and indoor

Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M dapat diteruskan untuk malam  yang ketiga ( 27 Jun 2018/12 Syawal 10439H). Warga Jalan Warisan 3 menjadi tuan rumah. Pada malam ketiga  ini sebanyak 09 buah rumah lagi  telah dapat dikunjungi.  

Terima kasih diucapakan kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut.

Rabu, 27 Jun 2018

MALAM KE-2 (26 JUN 2018) : MAJLIS 'BARAAN' PROGRAM MARHABAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1439H/2018M TAMAN WARISAN,PESERAI, BATU PAHAT.


Image may contain: 24 people, people smiling, people sitting and indoor

Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua  Majlis "Baraan' Program  Marhaban Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1439H/2018M dapat diteruskan untuk malam  yang kedua ( 26 Jun 2018/12 Syawal 10439H). Warga Jalan Warisan 5 dan 6 menjadi tuan rumah. Pada malam kedua ini sebanyak 10 buah rumah lagi  telah dapat dikunjungi.  

Terima kasih diucapakan kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut.