Jumaat, 25 Oktober 2013

BAJET 2014


           
         Ringkasan Bajet 2014 adalah seperti berikut :

  • Fisikal defisit dijangka dikurangkan kepada 3.5% daripada GDP pada tahun 2014 berbanding 4.0% tahun 2013
  • Menaiktaraf beberapa lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu, Mukah dan terminal penumpang di Kuantan dan Langkawi 
  • Dana pinjaman siswazah sebanyak RM50 juta bagi menceburi bidang usahawan boleh membuat pinjaman sehingga RM500,000 dengan kadar faedah 4% dengan SME Bank
  • Bagi Skim Persaraan 1Malaysia, Kerajaan akan mencarum 10% berbanding dengan 5% sebelum ini dan jumlah maksimum dinaikkan kepada RM120 daripada RM60 sebelum ini setahun
  • Pemberian sekali sahaja kepada pencarum Skim Persaraan Swasta (PRS) yang berumur 20-30 tahun berjumlah RM500
  • Skim Usahawan Pasar Malam dikendalikan oleh BSN dengan dana sebanyak RM100 juta diberi kepada peniaga pasar malam dengan pinjaman maksimum RM30,000 dengan kadar faedah sebanyak 4% 
  • Bagi pembayar cukai yang membayar cukai melalui potongan cukai berjadual (PCB) tidak perlu mengemukakan borang cukai jika kita mengganggap PCB tu adalah jumlah cukai yang perlu kita bayar  
  • Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dimansuh. Ianya akan dilaksanakan pada 1 April 2015 dan kadar GST adalah 6%.
  • Bayaran secara one-off diberi sebanyak RM300 kepada isi rumah penerima BR1M setelah GST dilaksanakan
  • Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan kepada 24% daripada 25% 
  • Subsidi gula dimansuhkan iaitu 34 sen sekilo bermula 26 Oktober 2013
  • BR1M dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 (gaji isi rumah bawah RM3,000) dan individu bujang daripada RM250 kepada RM300(gaji di bawah RM2,000) manakala yang isi rumah di antara RM3,000-RM4,000, BR1M sebanyak RM450 diberi
  • Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 pada tahun 2013 bagi yang berpendapatan RM8,000 ke bawah. Ini boleh memberi penjimatan cukai sehingga RM480 
  • Bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah diteruskan sebanyak RM100 
  • Baucar buku sebanyak RM250 diteruskan kepada pelajar pra-uni dan IPT 
  • Waktu kerja yang lebih fleksibel kepada kaum wanita untuk memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu berada di tempar kerja 
  • Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) dinaikkan kepada 30% jika dilupuskan dalam masa 3 tahun, 20% (4 tahun) dan 15% (5 tahun)
  • Menyediakan kemudahan park and ride di stesen LRT, KTM Komuter dan ERL 
  • Pendapatan isi rumah bulanan penjawat awan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi melayakkan mereka mendapat subsidi yuran taska sektor awam sebanyak RM180 sebulan 
  • Untuk orang kelainan upaya (OKU) sebanyak RM441 juta diperuntukan bagi pembangunan dan kebajikan golongan ini
  • Bonus untuk kakitangan awam sebanyak setengah bulan gaji atau minima RM500 dan kepada pesara sebanyak RM250. Ianya dibayar bulan Januari 2014
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Isnin, 14 Oktober 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1434H/2013M


InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H/2013M  pada 15 Oktober 2013 (Selasa). Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H/ 2013M dan Maaf Zahir Batin kepada semua penduduk Taman Warisan.

Kepada penduduk yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya dan mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk mengelakkan berlakunya kejadian kecurian dan pecah rumah. Diingatkan patuhi undang-undang lalu lintas dan ingatlah orang yang tersayang, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.


Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sepanjang kami melaksanakan tugas mentadbir PPTW ini mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama. 

  
Qurban itu melepaskan apa yang kita sayang untuk orang yang tersayang kerana YANG MAHA PENYAYANG. Qurban itu maknanya merelakan dirinya susah untuk orang lain yang susah kerana YANG AMAT PEMURAH. Selamat menjalani ibadah qurban dan Selamat menyambut idul adha. Salam Aidiladha.

- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
  Batu Pahat, Johor.

Selasa, 1 Oktober 2013

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR 2013






AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PMR 2013 
(02 OKTOBER 2013 -  09 OKTOBER 2013)
KEPADA SEMUA CALON PMR  2013, KHUSUSNYA ANAK-ANAK
WARGA TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. SEMOGA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH DAN MERAIH KECEMERLANGAN.