Ringkasan Bajet 2014 adalah seperti berikut :
- Fisikal defisit dijangka
     dikurangkan kepada 3.5% daripada GDP pada tahun 2014 berbanding 4.0% tahun
     2013
 - Menaiktaraf beberapa
     lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu, Mukah dan
     terminal penumpang di Kuantan dan Langkawi 
 - Dana pinjaman siswazah
     sebanyak RM50 juta bagi menceburi bidang usahawan boleh membuat pinjaman
     sehingga RM500,000 dengan kadar faedah 4% dengan SME Bank
 - Bagi Skim Persaraan
     1Malaysia, Kerajaan akan mencarum 10% berbanding dengan 5% sebelum ini dan
     jumlah maksimum dinaikkan kepada RM120 daripada RM60 sebelum ini setahun
 - Pemberian sekali sahaja
     kepada pencarum Skim Persaraan Swasta (PRS) yang berumur 20-30 tahun
     berjumlah RM500
 - Skim Usahawan Pasar Malam dikendalikan oleh BSN dengan dana sebanyak RM100 juta diberi kepada
     peniaga pasar malam dengan pinjaman maksimum RM30,000 dengan kadar faedah
     sebanyak 4% 
 - Bagi pembayar cukai yang
     membayar cukai melalui potongan cukai berjadual (PCB) tidak perlu
     mengemukakan borang cukai jika kita mengganggap PCB tu adalah jumlah cukai
     yang perlu kita bayar  
 - Cukai barangan dan
     perkhidmatan (GST)
     menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dimansuh. Ianya akan
     dilaksanakan pada 1 April 2015 dan kadar GST adalah 6%.
 - Bayaran secara one-off
     diberi sebanyak RM300 kepada isi rumah penerima BR1M setelah GST
     dilaksanakan
 - Kadar cukai pendapatan
     syarikat dikurangkan kepada 24% daripada 25% 
 - Subsidi gula dimansuhkan
     iaitu 34 sen sekilo bermula 26 Oktober 2013
 - BR1M dinaikkan
     daripada RM500 kepada RM650 (gaji isi rumah bawah RM3,000) dan individu
     bujang daripada RM250 kepada RM300(gaji di bawah RM2,000) manakala yang
     isi rumah di antara RM3,000-RM4,000, BR1M sebanyak RM450 diberi
 - Pelepasan cukai khas
     sebanyak RM2,000 pada tahun 2013 bagi yang berpendapatan RM8,000 ke bawah.
     Ini boleh memberi penjimatan cukai sehingga RM480 
 - Bantuan persekolahan kepada
     pelajar sekolah rendah dan menengah diteruskan sebanyak RM100 
 - Baucar buku sebanyak RM250
     diteruskan kepada pelajar pra-uni dan IPT 
 - Waktu kerja yang lebih
     fleksibel kepada kaum wanita untuk memberi kelonggaran tempoh, tempat dan
     waktu berada di tempar kerja 
 - Cukai Keuntungan Hartanah
     (RPGT) dinaikkan kepada 30% jika dilupuskan dalam masa 3 tahun, 20% (4
     tahun) dan 15% (5 tahun)
 - Menyediakan kemudahan park
     and ride di stesen LRT, KTM Komuter dan ERL 
 - Pendapatan isi rumah bulanan
     penjawat awan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi melayakkan
     mereka mendapat subsidi yuran taska sektor awam sebanyak RM180
     sebulan 
 - Untuk orang kelainan upaya
     (OKU) sebanyak RM441 juta diperuntukan bagi pembangunan dan kebajikan
     golongan ini
 - Bonus untuk kakitangan awam sebanyak setengah bulan gaji atau minima RM500 dan kepada pesara sebanyak RM250. Ianya dibayar bulan Januari 2014
 
- Pengerusi Pertubuhan Penduduk Taman Warisan,
Batu Pahat, Johor.
Batu Pahat, Johor.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan