Khamis, 23 April 2020

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1441H/2020M



 

Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1441H kepada semua warga Taman Warisan. InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 24 April 2020 (Jumaat).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami AJK mentadbir dan menguruskan organisasi yang ada di Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat ini.


- Pengerusi PPTW, Peserai, Batu Pahat.

Sabtu, 14 Mac 2020

MESYUARAT AJK PERTUBUHAN PENDUDUK TAMAN WARISAN PESERAI BATU PAHAT JOHOR KALI KE-4 SESI 2019-2021.

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, sukacitanya dimaklumkan  Mesyuarat AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat Johor Kali Ke-5 Sesi 2017-2019, akan diadakan seperti ketentuan  berikut :

 TARIKH   :   16 MAC 2020/21 REJAB 1441 (ISNIN)
 MASA     :   9.15 MALAM
TEMPAT  :   NO. 1 JALAN WARISAN 4, TAMAN WARISAN, PESERAI, BATU PAHAT. 
                   (RUMAH TN. HJ. MAZLAN BIN SAMAN, NAIB PENGERUSI PPTW)
                                
Semua AJK diminta hadir dan  semoga mesyuarat tersebut berjalan lancar.


Sekian. Terima kasih.

Rabu, 1 Januari 2020

SALAM TAHUN BARU 2020



Warga Taman Warisan yang mulia,
AJK  Pertubuhan Penduduk Taman Warisan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada seluruh warga Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah Penduduk Taman Warisan semakin mantap pada tahun 2020 ini.

Diharapkan tahun 2020 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu sambil ditemani dengan azam baru. Walapun tahun 2020 penuh dengan cabaran dalam kehidupan.


“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan. 

Tahniah!. Selamat Menyambut Tahun Baru 2020.

-Pengerusi
 Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat.