YURAN PENDAFTARAN DAN BAYARAN YURAN TAHUNAN
Bayaran yuran Pendaftaran Ahli dan Yuran Tahunan Pertubuhan penduduk Taman Warisan boleh dibayar secara tunai kepada Bendahari atau 'bank in' ke akaun Pertubuhan Penduduk Taman Warisan :
Bank Islam Cawangan Batu Pahat.
No. Akaun : 01032010050787
Sila hantar slip transaksi bank sebagai bukti pembayaran dan untuk pengesahan pendaftaran kepada Bendahari atau email kepada :  tamanwarisanbatupahat@yahoo.com
Tulis Nama Penuh dan No. Rumah pada slip transaksi tersebut.
Borang Pembayaran Yuran dan Borang Tuntutan Khairat Kematian boleh dimuat turun (download)  melalui webset ini.
<KLIK DI SINI> MUAT TURUN BORANG TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN
Sekiranya berlaku kematian dikalangan ahli atau anggota keluarga ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan, Peserai, Batu Pahat, Johor, sila 
hubungi :
1. En. Mohd Daud bin Salleh (Pengerusi PPTW) - 0197520557
2. Tn. Hj. Md. Ariffin bin Parnian (Setiausaha PPTW) - 0177211061
1. En. Mohd Daud bin Salleh (Pengerusi PPTW) - 0197520557
2. Tn. Hj. Md. Ariffin bin Parnian (Setiausaha PPTW) - 0177211061
3. Tn. Hj.Muhamad bin Misan (Bendahari PPTW) - 0197232914
<KLIK DI SINI> MUAT TURUN BORANG TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN
YURAN MASUK DAN LAIN-LAIN YURAN
(a)    Yuran masuk bagi seseorang ahli dan ahli bersekutu ialah sebanyak   RM120.00 disertakan bersama borang keahlian menjadi ahli
(b)      Yuran bulanan sebanyak RM5.00 sebulan atau RM60.00 setahun hendaklah   dibayar pada persatuan ini.
(c)    Yuran masuk menjadi ahli hendaklah disimpan dan digunakan sebagai  urusan pentadbiran persatuan ini.
(d)      Yuran  bulanan ahli-ahli hendaklah digunakan sebagai bayaran khairat kematian  dan kira-kira bulanan hendaklah diasingkan dari bayaran yuran masuk.
(e)      Ahli-ahli  yang tidak menjelaskan yuran bulanan tiga (3) bulan berturut hendaklah  diberitahu oleh Setiausaha supaya ahli menjelaskan hutangnya dalam masa  empat belas (14) hari dari tarikh surat pemberitahuan itu., dan jika  tidak ditunaikan maka perkara ini akan dikemukakan dalam mesyuarat  Jawatankuasa (keputusan Muktamad)
(f)      Apabila  seseorang yang telah berhenti atau diberhentikan daripada menjadi ahli,  mohon masuk menjadi ahli semula dan diterima oleh Jawatankuasa, maka  hendaklah beliau menjelaskan segala hutang-hutang yang masih dihutang  masa lalu. Yuran masuk menjadi ahli perlu dibayar semula.
(g)      Yuran  ahli seumur hidup hanya diberi pada ahli yang menjadi ahli biasa  dahulu. (lazimnya penyewa) dan mendapat surat pengesahan pertukaran ke  tempat lain atas arahan majikan, surat mesti dilampirkan dan disahkan.
                  WANG PENDAPATAN
(a)   Kesemua  wang-wang yang diterima daripada bayaran yuran masuk , yuran bulanan  dan derma atau sumbangan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun simpanan  bank, dengan nama Pertubuhan Penduduk Taman Warisan.
(b)   Wang  dari kira-kira tersebut boleh dikeluarkan dengan bersama-sama  ditandatangani oleh mana-mana dua orang jawatankuasa sama ada (i)  Pengerusi, (ii) Bendahari , (iii) Setiausaha untuk membayar khairat  kematian dan kebajikan-kebajikan lain dalam undang-undang kecil ini.
(c)   Perbelanjaan untuk aktiviti mesti mengikut bajet yang ditetapkan oleh ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
(d)   Bendahari dibenar menyimpan wang di tangan tidak melebihi RM300.00 bagi tujuan membayar khairat kematian dan kegunaan runcit.
(e)   Sebarang  Pentadbir dan Jawatankuasa yang menggunakan wang-wang dengan tidak  ketentuan atau melangkaui bajet yang telah ditetapkan ahli hendaklah  mengganti balik wang-wang yang telah digunakan.
(f)      Segala  aktiviti yang melibatkan wang persatuan hendaklah dibentangkan dalam  laporan kewangan bulanan (mesyuarat Jawatankuasa) dan laporan kewangan  dalam mesyuarat Agung Persatuan.
                  BAYARAN WANG KHAIRAT KEMATIAN
(a)   Wang  khairat hanya dibayar sekali sahaja pada setiap satu kematian mengikut  bagaimana undang-undang persatuan. Kutipan akan dipungut balik sama rata  jika yuran bulanan tidak mencukupi bagi menampung khairat tersebut.
(b)    Seorang  ahli tidak berhak mendapat bayaran khairat kematian melainkan telah  menyempurnakan yuran masuk dan yuran bulanan yang ditetapkan persatuan.
(c)    Wang  khairat ahli akan diserahkan pada waris terdekat dengan permohonan yang  disertakan sijil atau akuan kematian pendaftar kematian atau pihak  berkuasa yang layak dan waris yang dilantik sahaja mengikut senarai nama  dalam surat permohonan semasa menjadi ahli.
                  KHAIRAT KEMATIAN AHLI DAN TANGGUNGANNYA
(a)   Ahli ( suami ), jika berlaku kematian berhak mendapat RM 400.00
(i)                 Ahli bersekutu berhak mendapat faedah seperti dalam terma dan syarat undang-undang kecil persatuan ini.
(b)   Pasangan isteri/suami, jika berlaku kematian berhak mendapat RM 200.00
      (c)  Anak ahli dalam tanggungan yang didaftarkan semasa permohonan  
masuk di mana umur tidak melebihi 18 tahun, jika berlaku
kematian berhak mendapat RM 100.
masuk di mana umur tidak melebihi 18 tahun, jika berlaku
kematian berhak mendapat RM 100.
(i)               Anak  yang didaftarkan selepas bersalin atau kematian yang disahkan selepas  bersalin, jika berlaku kematian berhak mendapat RM100.00
(ii)           Jika  berlaku kematian anak kembar yang berbilang-bilang dalam sehari maka  persatuan akan mengeluarkan khairat mengikut peraturan “ c (i) “. dan  jika terdapat kematian pada anak kembar tersebut pada hari berlainan  ahli berhak mendapat khairat RM 100.00 khairat mengikut peraturan “c (i)  “
(d)   Anak  angkat dan anak tiri ahli yang didaftarkan semasa permohonan masuk di  mana umur tidak melebihi 18 tahun jika berlaku kematian berhak mendapat  RM100.00
.
(i)      Anak  angkat dan anak tiri yang tidak didaftarkan semasa permohonan masuk di  mana umur tidak melebihi 18 tahun, jika berlaku kematian ahli hanya  mendapat RM50.00 sebagai tanda ikhsan.
(ii)             Ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua walau di mana berada jika berlaku kematian ahli berhak mendapat RM100.00
(iii)                Ibu tiri, bapa tiri, jika berlaku kematian, ahli hanya akan mendapat RM50.00 sebagai tanda ikhsan.
     ANUGERAH PELAJARAN(Diluluskan pada Mesyuarat AJK kali ke-3, bertarikh : 19 .3.2012 )
Tempat Mesyuarat : No. 1, Jln. Warisan 3, Taman Warisan)
Kebajikan kepada anak-anak ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan yang memperolehi "A" penuh dalam keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan termasuk peperiksaan
sijil Agama seperti SDEA, SDKA, SMRA dan STAM mulai
tahun 2012 dianugerahkan saguhati sepeti berikut :
* UPSR & SDEA - RM 40.00
* PMR & SDKA - RM 40.00
* SPM & SMRA - RM 60.00
* STPM & STAM - RM 80.00
* IJAZAH IPTA/IPTS - RM 100.00 - Ahli dan anak ahli.
(Diluluskan pada Mensyuarat Agung ke-8, 24 Mac 2017)
Tempat Mesyuarat : Jalan Warisan 4, Taman Waisan.)
Berkuatkuasa mulai tahun 2016,
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMAATAN
Semua ahli Pertubuhan Penduduk Taman Warisan (PPTW) dimestikan menyertai Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dengan kadar yuran RM 1.35 untuk satu hari
(RM 40.00 sebulan) untuk sebuah rumah kediaman. Status kerja ialah mengawal keselamatan nyawa, harta benda dan keharmonian penduduk Taman Warisan Peserai Batu Pahat.. Mula beroperasi pada 1 Julai 2017. Seorang Pekerja Kawalan Keselamatan telah dilantik untuk membuat rondaan pada waktu malam pada tempuh waktu yang telah ditetapkan oleh pihak PPTW. Rondaan bermula jam 10.00 malam hingga 6,00 pagi. Rondaan dilakukan setiap 1 jam ke rumah-rumah yang menyertai perkhidmatan tersebut.